Translate
Sahabat Bapak
Sunday, May 20, 2012
Chelsea juara Champion League
Chelsea menewaskan Bayern Muchen menerusi penentuan tendangan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 dalam permainan 120 minit yang turut menyaksikan Arjen Robben gagal menyempurnakan penalti pada minit ke-95.
Kuda tua, Didier Drogba muncul wira membawa Chelsea muncul juara kejohanan yang terprestij buat kelab bola sepak Eropah itu.
Dia menyempurnakan tendangan penalti terakhir yang menjadi penentu selepas pemain tengah, Bastian Schweinsteiger sebagai pengambil tendangan penalti kelima Bayern sebelum itu gagal melakukannya.
Drogba juga menjadi penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-88. Bayern mendahului dengan jaringan Thomas Muller pada minit ke-83.
Penghargaan buat pengendali sementara Chelsea, Roberto Di Matteo yang menjalankan tugasnya dengan baik. Adakah Abramovich akan mengiktiraf jasa Di Matteo dengan melantik beliau sebagai pengurus tetap Chelsea untuk musim depan? Berdasarkan rekod lalu, jawapan hampir 99 peratus, tidak...
Sunday, February 12, 2012
Suarez = Evra
Dua jaringan Rooney membolehkan Man United mengatasi Liverpool 2-1 di gelanggang sendiri.
Namun drama antara Suarez dan Evra lebih menarik perhatian. Insiden gangguan perkauman di Anfield yang menyebabkan Suarez digantung 7 perlawanan punca segalanya.
Suarez memulakan dengan enggan bersalaman dengan Evra yang cuba gentlemen pada awal perlawanan. Walaupun cuba mengawal emosi sepanjang 90 minit permainan, Evra akhirnya membalas perbuatan Suarez dengan membuat provokasi ke atas penyerang Liverpool itu sejurus tamat perlawanan.
Nasib baik ditegur pengadil, kalau tak mungkin insiden lebih teruk mungkin terjadi..Pendek kata Suarez dan Evra sama-sama naik..
Hish,makin moden makin menjadi-jadi isu perkauman ni..di EPL sahaja musim ini, isu tersebut telah menyebabkan kapten England dilucut jawatan, pengurusnya pula melucutkan jawatannya sendiri.
Negara kita pula, jangan ceritalah. Politikus, sikit-sikit rasis.itu rasis, ini rasis...orang lain suarakan semuanya rasis, dia tak rasis, suarakan hak katanya.
Sampaikan pasal tak dapat makan KFC pun boleh jadi isu rasis...dunia..dunia...
Manusia makin menilai ikut emosi bukan akal, jadilah mereka burung kakak tua, mengulang suara idola masing-masing walaupun sepatah haram pun tak faham apa yang disebut...
Thursday, February 9, 2012
Cayalah Perak kecuali Popovic
Keputusan semua sudah tahu Perak berjaya mengatasi Sarawak 2-1, kemenangan kelima daripada enam perlawanan setakat ini.
Secara keseluruhannya permainan Perak semalam takde lah cemerlang sangat, banyak juga peluang dipersia. Tapi sebab menang dan sudah berada di persada liga, Bapak dan kebanyakan penyokong lain buat-buat tak nampak je...
Ramai gak tak puas hati dengan penyerang import sorang ni, sapa lagi kalau tak Popovic. Dia ala-ala Torres juga la. Bukan pasal skil tetapi kemarau gol... Perlawanan semalam, nampak sangat, dia malas berlari kejar bola pastu harap badan je besar, asyik jatuh je walaupun takclenye takde kuat mane..ceh..heheh
Tak nafi Popovic nampak pandai setting bola untuk pemain lain hasilkan gol tetapi bak kata orang, penyerang dibayar untuk jaringkan gol yeop! Seorang lagi import, Kubala; ok siap jaringkan gol pertama lagi semalam.
Begitupun harap selepas ini kelemahan itu dapat diperbaiki, apatah lagi lawan seterusnya T-Team di Kuala Terengganu.
p/s : Dengar cerita Fabio Capello sudah letak jawatan. Sayang benor dia ngan John Terry tu...
Monday, October 24, 2011
Sport : Tragedy, Glory & Lesson
Monday, August 8, 2011
Man. United senyapkan City
LONDON - Manchester United mendiamkan 'jiran bising' mereka, Manchester City selepas menang 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik yang menyaksikan Red Devils bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum berjaya mempertahankan kejuaraan Perisai Komuniti di Stadium Wembley, malam tadi. Ketika perlawanan seolah-olah bakal ditentukan menerusi sepakan penalti, Nani muncul hero United dengan ledakan jaringan kemenangan pada minit ke-94.
Pemain sayap Portugal itu turut menyumbangkan gol kedua United.
Nani menghukum kelalaian ketua pasukan City, Vincent Kompany di tengah padang sebelum membawa bola dengan pantas ke gawang lawan, memperdaya penjaga golnya, Joe Hart dan menolak masuk untuk memberi kemenangan kepada pasukannya, sekali gus melaungkan amaran awal kepada pencabarnya musim ini.
Meskipun menguasai permainan sejak sepak mula, United terlebih dahulu tersentak dengan jaringan pembukaan City menerusi tandukan cantik Joleon Lescott pada minit ke-38 selepas menerima umpanan David Silva hasil sepakan percuma dari luar kotak.
Penyerang Bosnia, Edin Dzeko menggandakan kedudukan City sebelum rehat dengan rembatan rendah kencang menewaskan penjaga gol baru United, David De Gea buat kali kedua dalam tempoh tujuh minit.
Jika De Gea boleh dimaafkan untuk gol pertama kerana tidak mampu berbuat apa-apa, gol kedua sememangnya berpunca daripada respons lambatnya dan dia tidak sepatutnya ditewaskan dari jarak itu.
Sekiranya City menyangka mereka sudah selesa, mereka silap. Babak kedua jelas berat sebelah memihak kepada United. Kemasukan Tom Cleverly, Johnny Evans dan pemain pertahanan baru, Phil Jones menggantikan Rio Ferdinand, Nemanja Vidic dan Michael Carrick nyata mengubah rentak United.
Juara Liga Perdana itu tidak menunggu lama untuk merapatkan kedudukan apabila gol yang dicari-cari itu muncul pada minit ke-52 menerusi Chris Smalling yang menyudahkan hantaran cantik hasil sepakan percuma Ashley Young dengan sepakan voli dari jarak dekat.
Selang lima minit kemudian, gol penyamaan muncul dengan rangkaian serangan United yang dikemudi Wayne Rooney memberikan pengajaran berguna kepada barisan pertahanan City.
Gandingan Rooney, Cleverly dan Nani bertukar empat hantaran pendek dalam kotak penalti yang dikawal ketat sebelum Nani menyudahkan dengan sepakan lambung menewaskan Hart di sebelah kanan gawang.
Keputusan Ferguson meninggalkan penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov di bangku simpanan dan menggandingkan Danny Welbeck dengan Rooney di bahagian serangan membuahkan hasil apabila penyerang skuad Bawah 21 England itu mempamerkan aksi meyakinkan.
Welbeck juga membuktikan keputusan Fabio Capello memanggilnya ke skuad England semalam sebagai tepat.
United telah membuktikan keunggulannya dalam perlawanan ini sementara City yang walaupun disokong dengan sumber kewangan tidak terhad, masih perlu bekerja keras sekiranya berhasrat merapatkan jurang dengan musuh sejirannya.
Statistik perlawanan menceritakan segala-galanya, United dengan 56 peratus penguasaan bola serta 21 cubaan berbanding City dengan hanya lapan. - AGENSI
Wednesday, July 6, 2011
Bapak berfutsal
Peluang untuk kembali berfutsal hujung minggu lalu tidak dilepaskan Bapak walaupun dalam keadaan fizikal yang sudah jauh berubah daripada mula-mula berpindah ke Ipoh dulu..heheh..Lokasinya di padang Taman DR Seenivasagam. Main enam sebelah dengan seorang pemain perempuan diwajibkan beraksi bagi setiap perlawanan. Menariknya setiap pasukan menerima jersi original percuma menerusi cabutan.
Mungkin ada konspirasi, pasukan Bapak 'tercabut' jersi Arsenal. Mahu tak mahu terpaksalah Bapak yang digelar kawan-kawan sebagai Alex Ferguson ni pakai...
Apabila turun gelanggang, Bapak perasan banyak yang telah 'hilang' terutamanya skil dan stamina biarpun banyak berfungsi sebagai pemain pertahanan (faktor jersi kot...heheh).Dipendekkan cerita, kemaraan pasukan Bapak disekat di peringkat separuh akhir menerusi tendangan penalti.
Penentuan tempat ketiga dan keempat pun ditentukan menerusi tendangan penalti. Masa itu Bapak tawar diri jadi penjaga gol. Entah macam mana Bapak dapat selamatkan semua tendangan penalti diambil pihak lawan dan dapatlah kami tempat ketiga.
Tuesday, July 5, 2011
Lepas dari mulut Taiwan, nanti Singapura di pusingan kedua
Malaysia bernasib baik mara ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia mengatasi Taiwan berdasarkan peraturan gol di tempat lawan setelah seri agregat 4-4.Mungkin beberapa keputusan pengadil seperti memberi tiga penalti kepada Taiwan dan mudah melayangkan kad kuning kepada pemain negara namun sebaliknya sekiranya kesalahan dilakukan pemain Taiwan boleh dipertikai.
Namun tidak dapat dinafikan kemenangan Taiwan tersebut berpunca daripada kepincangan barisan negara juga.
Tak banyak perubahan corak permainan barisan pertahanan diperbaiki daripada perlawanan pertama biarpun agak cemerlang pada permulaan. Namun setelah diasak bertalu-talu, mereka mula panik, permainan jadi tidak teratur dan 'clearing' juga berterabur. Mereka juga melakukan kesilapan mudah.
Barisan tengah juga kurang mengcengkam hingga membiarkan posisi itu dikuasai pemain Taiwan. Mereka dibiarkan bebas melakukan hantaran-hantaran lintang yang menghasilkan beberapa percubaan berbahaya.
Tanpa sokongan daripada barisan tengah dan tidak berada dalam prestasi terbaik, barisan serangan, Norshahrul Idhan dan Abdul Hadi tidak menyengat.
Nasib baik ada pemain lain selain penyerang mampu menjaringkan gol, terima kasih Safiq Rahim dan Aidil Zaquan yang menjaringkan gol bertaraf dunia.
Kredit juga harus diberikan kepada penjaga gol, Sharbinee Allawee yang cemerlang mengawal gawang daripada lebih banyak dibocori pemain Taiwan.
Apapun syukur kita sudah mara di pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun.
Jadikan tiga perlawanan persahabatan dengan Liverpool, Arsenal dan Chelsea pertengahan bulan ini sebagai medan latihan terbaik untuk memperbaiki kelemahan sebelum turun menentang Singapura pada hujung bulan ini.
Wednesday, June 29, 2011
Analisis Malaysia vs Taiwan (Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014)
Pasukan Malaysia akan berkunjung ke Taiwan pada Ahad ini dengan berbekalkan kemenangan tipis 2-1. Banyak lagi yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan timbal-balik yang berlangsung di gelanggang lawan.Secara keseluruhan tempo Malaysia agak perlahan pada permulaan perlawanan, meningkat semula dengan kemasukan Abdul Hadi Yahaya dan semakin bersemarak dengan jaringan kapten, Safiq Rahim.
Permainan Malaysia semakin kemas sebaik sahaja separuh kedua bersambung lantas menghasilkan gol kedua menerusi tandukan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Razak.
Namun selepas kecederaan Safiq tidak lama kemudian, pemain negara terutama di posisi pertahanan mula leka. Peluang ini tidak dilepaskan Taiwan untuk merapatkan kedudukan menerusi pemain gantian, Cheng Pong Liang.
Malaysia dilihat terlalu bergantung kepada Safiq yang bermain di posisi tengah. Barisan serangan negara kurang menyerlah dengan beberapa peluang keemasan dilepaskan Badrol Bakhtiar.
Safee Sali sebelum mengalami kecederaan hamstring pula seakan lupa corak permainanan Malaysia apabila kurang menjadi. Dia bermain dengan teknik permainan biasa digunakan dalam Liga Indonesia yang berbeza dengan pasukan kebangsaan.
Barisan pertahanan juga kadang-kala leka, kurang marking dan menutup ruang sehingga membolehkan pemain Taiwan sekali-sekala melakukan serangan berbahaya.
Permainan juga cuba dilambat-lambatkan barisan pemain-pemain Taiwan yang agak 'lembik' sering terjatuh dan terpaksa diusung keluar biarpun hanya menerima terjahan lemah.
Apa pun perlawanan pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia ini menunjukkan pasukan Malaysia lebih baik dari segi skil, motivasi dan taktikal berbanding Taiwan. Peluang untuk ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh hampir 30 tahun tidak mustahil untuk digapai.
Monday, June 20, 2011
Malaysia ikat Lebanon
MALAYSIA berjaya mendapat bekalan terbaik apabila mengikat Lebanon 0-0 pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Sports City, Beirut semalam. Ia keputusan yang mampu memberikan kelebihan kepada anak-anak buah Ong Kim Swee itu untuk menanti kunjungan Lebanon pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini.
Pada aksi yang berlangsung pada sebelah petang waktu Lebanon dengan cuaca panas terik itu semalam, Malaysia tampil dengan berhati-hati dan lebih bertahan pada separuh masa pertama.
Namun pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Nor sempat melakukan percubaan yang ditepis penjaga gol Lebanon pada minit ke-11 manakala tandukan Izzaq Faris Ramlan 10 minit kemudian sedikit tinggi.
Biarpun lebih banyak mengasak, Lebanon tidak banyak dapat melakukan percubaan berbahaya untuk menguji penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Bersambung babak kedua, tempo permainan berubah sama sekali apabila Malaysia dilihat mula menguasai perlawanan.
Pada minit ke-51, Izzaq terlepas peluang terbaik apabila gagal menampan kemas bola hantaran leret Irfan Fazail di dalam kotak penalti.
Wan Zack selepas itu berjaya melepaskan dua rembatan kencang pada minit ke-54 dan ke-61 tetapi berjaya ditepis penjaga gol Lebanon.
Pada masa kecederaan, penyerang gantian, Syahrul Azwari Ibrahim hampir memberikan gol kemenangan tetapi percubaannya di hadang keluar pemain pertahanan Lebanon. - Kosmo!
Sunday, June 19, 2011
Harimau Malaya makin ganas

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my
HARIMAU Malaya terus mengganas. Semalam, mereka sekali lagi membuktikan kejaguhan selepas berjaya membenam Myanmar 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di Kota Bharu.
Kehilangan lima tonggak utama tidak merencatkan permainan selepas beberapa muka baru yang disenaraikan jurulatih, Datuk K.Rajagobal berjaya memikul tanggungjawab yang diberikan.
Seawal minit kelapan, Malaysia menguji gawang Myanmar menerusi rembatan kencang Baddrol Bakhtiar namun, sepakannya sedikit melepasi palang.
Dua minit kemudian giliran Myanmar menguji benteng Malaysia apabila Kyi Lin melakukan hantaran lintang yang gagal ditangkap oleh Sharbinee Allawee sebelum berjaya dikeluarkan oleh Helmi Rameli.
Pada minit ke-24 menyaksikan Helmi sekali lagi menyelamatkan gawang Malaysia selepas berjaya mengeluarkan bola hantaran lintang Kyaw Ko Ko tidak berjaya ditangkap kemas Sharbinee sebelum disambar David Than yang sudah bersedia menolak masuk bola tersebut.
Selang empat minit kemudian, stadium mula gempita dengan sorakan lebih 15,000 orang penonton selepas Amirulhadi Zainal berjaya memecah kebuntuan.
Gol tersebut berpunca daripada lambungan Baddrol mengucar-kacirkan benteng Myanmar sebelum Amirul yang tidak dikawal melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol,Kyaw Zin Htet.
Babak kedua bersambung, Malaysia tidak menunggu lama untuk menjarakkan kedudukan apabila giliran Baddrol mencatat nama sebagai penjaring.
Beliau yang tidak dikawal berjaya melepaskan rembatan kencang menarik selepas menerima hantaran lintang Abdul Hadi Yahya.
Baddrol berpeluang merekodkan satu lagi gol namun, beliau gagal memperdayakan penjaga gol Myanmar pada minit ke-67 selepas menerima lorongan daripada ketua pasukan, Safiq Rahim.
Dua minit berselang, peluang sekali lagi menjelma juga melalui Baddrol apabila gerakan yang bermula daripada Safiq yang turut melibatkan Ashaari Shamsuddin namun, rembatan pemain Kedah itu sedikit tersasar. - Kosmo!
Saturday, June 11, 2011
Welcome to the club : Ashley Young, Phil Jones & David De Gea
Pembelian Young dari Aston Villa menyaksikan jumlah perbelanjaan United pada musim perpindahan ini mencecah £55 juta (RM271 juta).
Kehadiran pemain berstatus bintang itu melengkapkan pembelian ketiga oleh Ferguson.
Sebelum ini, Liverpool telah berbelanja £20 juta (RM98.5 juta) apabila membeli perancang Sunderland, Jordan Henderson, manakala pengurus Arsenal, Arsene Wenger hanya mengeluarkan £1 juta (RM4.9 juta) ke atas pertahanan Charlton Athletic, Carl Jenkinson.
Lebih mengejutkan, kelab yang sebelum ini terkenal dengan pembelian pemain secara besar-besaran, Chelsea dan Manchester City masih belum me- ngeluarkan belanja selepas tamat saingan musim ini.
Young, 25, melepasi ujian perubatan di padang latihan United di Carrington semalam dan menandatangani kontrak selama empat tahun.
Dia kini menyertai Phil Jones seba- gai pemain baharu di Old Trafford se- lepas berpindah dari Blackburn Rovers dengan harga £16.5 juta (RM81.3 juta), Rabu lalu.
United juga sebelum itu telah membeli penjaga gol Sepanyol, David De Gea dari Atletico Madrid dengan harga £18.5 juta (RM91.2 juta).
Ferguson merampas Jones dari tangan pencabarnya, Liverpool, manakala pengurus The Reds, Kenny Dalglish turut dikatakan berminat ke atas Young.
Young boleh beraksi sebagai pemain sayap atau penyerang kedua dan dia merupakan pemain yang mampu memberi sumbangan besar kepada United di bahagian serangan.
Pemain ini mula menarik perhatian ketika bermain dengan kelab Watford sebelum dibeli oleh Villa dengan £8 juta (RM39.4 juta) pada Januari 2007.
Dia membuat 193 penampilan dengan menjaringkan 39 gol, namun statistik mencipta peluang jaringan sebanyak 54 kali telah membuatkan Young sebagai aset yang bernilai.
Pembeliannya juga mula mencetuskan persoalan mengenai masa depan Nani di Old Trafford.
Baru-baru ini, Nani mengesahkan dia bersedia mengubah haluan dengan menyertai kelab lain. - Agensi
Monday, May 23, 2011
Man U vs Kenny Dalglish
Sunday, May 15, 2011
Man United juara EPL kali ke-19
Misi lebih 20 tahun untuk mengatasi rekod Liverpool sebagai pasukan terbanyak menjuarai EPL akhirnya diselesaikan Manchester United malam semalam.Kejuaraan kali ke-19 sah apabila satu mata yang diperlukan dapat diraih setelah mencapai keputusan seri 1-1 dengan Blackburn.
Terima kasih kepada penjaga gol Blackburn, Paul Robinson kerana mengasari Hernandez yang mendorong sepakan penalti yang disempurnakan Wayne Rooney pada minit ke-73.
Jaringan pendahuluan Blackburn oleh Brett Emerton membuktikan Man U memerlukan penjaga gol lain yang lebih berwibawa selain Tomasz Kuszczak untuk menggantikan posisi Edwin De Sar yang akan bersara akhir musim ini.
Prestasi Man United sepanjang musim ini penuh warna-warni. Skuad diperkuat dengan tiga pemain baru, Hernandez, Chris Smalling dan Bebe (macam takde beri sumbangan signifikan je Bebe ni...)
Pada awal musim agak ketinggalan dengan Chelsea dan Arsenal, ditambah pula dengan ragam Rooney. Nasib baik Berbatov yang agak 'lembik' dua musim terdahulu kembali menyerlah hingga telah menjaringkan 21 gol dalam kempen EPL.
Pertengahan musim seolah-olah memberi harapan 'untouchable team' apabila tidak tertewas sehinggalah kalah kepada Wolves pada awal Februari.
Kekalahan kepada Liverpool, Chelsea dan Arsenal memberi sedikit debaran namun takhta tidak tergugat kerana pesaing-pesaing juga tidak konsisten terutama selepas cabaran Liga Juara-Juara mereka berakhir.
Selepas ini Man United berpeluang untuk mendapat kejuaraan berganda dengan syarat menewaskan Barcelona pada final Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, London pada 28 Mei ini.
Namun macam Bapak pernah beritahu dulu, itu adalah bonus kerana apa yang lebih penting dan prestij dalam bola sepak Inggeris ialah kejuaraan EPL.
Friday, February 4, 2011
Tribute to Gary Neville...
LONDON - Bekas kapten Manchester United, Gary Neville akhirnya mengumumkan persaraannya kelmarin. Selepas 20 tahun mengabdikan diri sebagai pemain bola sepak, Neville yang bakal menjangkau usia 36 tahun pada 18 Februari ini, kini bukan lagi milik United.
Bersama-sama David Beckham, Ryan Giggs, Paul Scholes, Nicky Butt dan adiknya, Phil Neville, Neville memulakan kariernya ketika membantu Akademi United menjuarai Piala FA Remaja pada 1992.
Sejak itu, Neville menandatangani kontrak untuk beraksi bersama skuad The Red Devils pada Julai 1991.
Sepanjang beraksi bersama United, Neville telah membuat penampilan sebanyak 602 perlawanan.
Dia telah memenangi lapan trofi Liga Perdana England, tiga kejuaraan Piala FA, dua gelaran Piala Liga dan masing-masing satu dalam Piala Antara Benua serta Kelab-Kelab Dunia.
Neville pada awalnya mampu menjulang lebih banyak kejuaraan bersama United, namun terpaksa bergelut dengan masalah kecederaan yang berpanjangan yang mana menyaksi- kan dia hanya beraksi seba- nyak 31 perlawanan sepanjang empat musim sebelum ini.
"Saya telah menjadi penyokong setia United sepanjang hidup saya dan telah memenuhi segala impian yang pernah saya idamkan sebelum ini.
"Saya sebenarnya sangat kecewa kerana karier saya sebagai pemain bola sepak sudah berada di penghujung.
"Namun saya perlu menerima hakikat bahawa ia pasti akan menjelma juga suatu hari nanti.
"Bagi saya, kini adalah masa yang paling sesuai untuk saya mengumumkan persaraan.
"Saya telah beraksi bersama sebuah kelab yang menakjubkan yang dibarisi pemain-pemain terbaik dunia.
"Saya sangat bertuah kerana menjadi sebahagian daripada pasukan ini dan melakarkan pelbagai kejayaan dan hasilnya, United kini dilabel sebagai salah sebuah kelab terbaik dunia," jelas Neville.
Selain beraksi bersama United, Neville juga antara tonggak utama skuad kebangsaan England.
Neville membuat penampilan bersama skuad Three Lions sebanyak 85 kali.
"Neville merupakan contoh terbaik kepada pemain-pemain muda ketika ini yang mana dia sentiasa bekerja keras, setia dan bijak.
"Sebagai pemain serta penyokong sejati United, dia telah melalui karier yang menakjubkan di Old Trafford," kata pengurus United, Alex Ferguson. - AP
Sunday, December 12, 2010
Kelantan juara Piala Emas Raja-Raja 2010
Kelantan muncul juara Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70 menewaskan Kedah dalam penentuan penalti semalam.Berbanding baru pertama kali memenangi Piala Malaysia baru-baru ini, ini kejuaraan ke-14 buat Kelantan dalam Piala Emas Raja-Raja. Pasukan Pantai Timur ini mula merangkul piala tersebut pada 1957.
Malah dalam tempoh enam tahun semenjak 2005, Kelantan berjaya melangkah lima kali ke perlawanan akhir dan menang empat daripadanya.
Sejarah Piala Emas Raja-Raja bermula apabila Prince of Wales pada masa itu melawat tanah jajahan British di sebelah Timur termasuk Tanah Melayu dan Singapura pada 1922.
Sebagai meraikan kedatangan kerabat diraja British yang bertaraf Raja Muda itu, pelbagai acara diadakan termasuk pertandingan bola sepak melibatkan negeri-negeri Melayu.
Sebanyak 10 negeri Melayu termasuk Singapura terlibat. Begitupun Pahang dan Perlis tidak menghantar penyertaan. Kejuaraan pertama milik Kedah yang menewaskan Johor pada perlawanan akhir.
Kejayaan menganjurkan kejohanan bola sepak itu memberi ilham kepada Malayan Agri-Horticultural Association (MAHA) untuk menganjurkan pertandingan bola sepak melibatkan empat Negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan pada 1923.
Bagaimanapun Pahang tetap tidak menghantar wakil dan piala yang disumbang oleh empat sultan negeri-negeri tersebut dibolot Selangor selama tiga tahun berturut-turut.
Pada 1926, empat sultan terbabit menghadiahkan sebuah piala yang dinamakan Piala Emas Raja-Raja dan melibatkan semua negeri-negeri Melayu termasuk Singapura anjuran MAHA.
Edisi awal Piala Emas Raja-Raja cuma dianjurkan sebanyak lima kali iaitu 1926, 1927, 1930, 1935 dan 1938 dan juara pertamanya ialah Selangor.Selepas Perang Dunia kedua, piala tersebut dihidupkan semula oleh Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung (kini Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia) pada 1947.
Semua negeri pernah menjuarai Piala Emas Raja-Raja kecuali Melaka. Begitupun negeri Hang Tuah itu pernah sekali melangkah ke perlawanan akhir pada 1999 tapi tewas di tangan Tentera.
Tentera merupakan satu-satunya pasukan bukan negeri yang pernah merangkul piala itu sebanyak dua kali iatu pada 1984 dan 1999.
Oleh kerana antara tujuan untuk mencungkil bakat baru terutama di kalangan Melayu, setiap pasukan dibenarkan mendaftar lima pemain Liga Malaysia sahaja, sama ada Liga Super dan Liga Perdana dan hanya tiga daripada pemain itu dibenar diturunkan dalam satu-satu perlawanan.
Monday, July 12, 2010
Bola Emas Piala Dunia
Seperti ramalan awal, pasukan Sepanyol yang berada di ranking nombor dua dunia muncul juara buat kali pertama.
Tak perlu dipertikai gol jaringan Andres Iniesta pada minit ke-116 biarpun ia berlaku pada situasi yang agak kontroversi; situasi sahaja yang kontroversi, bukan gol itu.
Agak menarik selain Dirk Kuyt yang dikeluarkan pada minit ke-71 dan penjaga gol, Maarten Stekelenburg, semua pemain kesebelasan utama Belanda menerima kad kuning termasuk John Heitinga yang diarahkan keluar padang pada minit ke-109.
Oklah, mari lihat lihat pemain-pemain yang menerima pengiktirafan kerana beraksi cemerlang sepanjang kempen Piala Dunia kali ini.
Anugerah Bola Emas
---------------------
1. Diego Forlan (Uruguay)
-Kapten Uruguay ini merupakan salah seorang daripada empat pemain yang menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol. Tak perlu diragui hampir semua gol yang dihasilkannya amat menarik.Beliau juga berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma terus ke pintu gol semasa perlawanan suku akhir menentang Ghana; untuk rekod sepanjang kejohanan, cuma empat gol berjaya dihasilkan menerusi sepakan percuma...
2. David Villa (Sepanyol)
-Walaupun tidak menjaringkan gol pada perlawanan akhir, beliau adalah pemain penting membawa Sepanyol pergi jauh dalam kejohanan ini menerusi lima gol yang dijaringkannya.3. Wesley Sneijder (Belanda)
- Bersama Arjen Robben, beliau menjadi arkitek di bahagian tengah membawa Belanda mara ke perlawanan akhir buat pertama kali dalam tempoh 32 tahun.Pemain Harapan
-----------------
Thomas Muller (Jerman)
-Pemain Bayern Munich berusia 21 tahun ini turut menjaringkan lima gol sepanjang kejohanan.Ketiadaan beliau pada perlawanan separuh akhir menentang Sepanyol akibat pengantungan perlawanan agak memberi kesan kepada skuad Jerman.
Sarung Tangan Emas
-----------------------
Iker Casillas (Sepanyol)
-Kapten Sepanyol ini cuma melepaskan dua gol sepanjang kejohanan; semuanya di peringkat kumpulan termasuk semasa tewas 0-1 kepada Switzerland.Beliau juga beraksi cemerlang terutamanya menafikan dua percubaan bahaya Arjen Robben dalam perlawanan akhir.
Wednesday, June 23, 2010
Pengajaran daripada Kumpulan A & B Piala Dunia 2010
Pusingan awal melibatkan kumpulan A dan B pun sudah berakhir dan empat pasukan yang layak ke pusingan kedua sudah diketahui. Uruguay, Mexico untuk kumpulan A sementara dua pasukan kumpulan B yang layak pula ialah Argentina dan Korea Selatan.
Afrika Selatan menjadi pasukan tuan rumah pertama yang gagal layak ke pusingan kedua dalam sejarah penganjurannya sejak 1930.
Biarpun bermain di gelanggang sendiri, sokongan padu penyokong dan kerajaan serta bantuan bunyi memekik vuvuzela tak cukup tak membantu skuad Bafana-bafana beraksi cemerlang.Alasannya mudah pasukan Afrika Selatan yang kini berada di rangking 63 FIFA itu tak cukup mantap untuk pergi jauh. Alasan sama apabila pasukan badminton negara kita gagal dalam kempen Piala Thomas di gelanggang sendiri pada Mei lalu....
Perancis yang merupakan naib juara pada edisi 2006 juga tersingkir awal. Sebelum ini skuad yang pernah menjuarai Piala Dunia 1998 pernah menjadi juara bertahan pertama yang tersingkir di pusingan awal pada edisi 2002.
Jika diikutkan barisan pemain Perancis kini jauh lebih baik dan berbakat berbanding skuad Piala Dunia 2006 namun bola sepak bukan permainan individu tetapi berpasukan.
Individu yang perlu bertanggungjawab kerana gagal mengawal dan mengadun gabungan pemain-pemain untuk menyerlahkan kemampuan dan bakat sudah pastinya jurulatih, Raymond Domenech.
Dia sepatutnya disingkirkan selepas Perancis gagal dalam kempen Euro pada dua tahun lalu. Kini Laurent Blanc perlu memikul cabaran untuk memulihkan semula skuad ini.Argentina pula cemerlang pada kempen awal biarpun reputasi jurulatih Maradona sering dipertikai sebelum ini.
Namun masih terlalu awal untuk mengatakan skuad yang pernah dua kali menjuarai Piala Dunia ini adalah calon utama merangkul gelaran.
Setakat ini Maradona agak bergantung kepada kehebatan skil individu pemain-pemainnya. Taktikal dia bakal diuji mulai pusingan kedua ini dan jika berjaya sama-samalah kita bayangkan Maradona berlari bogel di sekitar Obelisk, Buenos Aires..heheh...Kejayaan Korea Selatan melangkah ke pusingan kedua buat pertama kali luar gelanggang sendiri membuktikan mutu pasukan Asia sudah bertambah baik.
Adakah selepas ini giliran England dan Jerman pula yang akan tersingkir? Mampukah Ghana dan Algeria membawa maruah benua Afrika ke pusingan kedua setelah kegagalan Afrika Selatan, Nigeria dan Cameroon? Malam ini penentu segalanya...
Monday, April 5, 2010
Bapak & Kereta...
Sampai di SIC sebelum masuk ke dalam, Bapak ambil kesempatan ambil gambar suasana sebelum perlumbaan. Mana-mana pengunjung yang berpakaian dan ragam unik Bapak kejar dan ambil gambar mereka. Nasib baik kebanyakannya sporting....
Punya asyik ambik gambar sampai hampir ditinggalkan kekawan lain yang nak masuk...heheh
Apabila tamat perlumbaan baru Bapak tahu bagaimana Micheal Schumacher dan Fernando Alonso boleh terkeluar...Itupun Orang Rumah Bapak yang tonton televisyen di rumah yang beritahu...
Bapak hubungi seorang kawan di Kuala Lumpur yang juga punya kereta yang sama dengan Bapak. Kata-katanya yang mengatakan kalau sudah kehilangan cip, kunci baru tidak boleh dibuat di kedai kunci biasa tetapi perlu ditempah semula dengan syarikat pengeluar kereta itu yang kekadang makan masa berminggu-minggu tuk siap buat Bapak makin serabut.
Akhirnya Bapak ambil keputusan tinggalkan kereta dan balik ke rumah dengan teksi. Tidur dulu, pas tu baru fikir jalan penyelesaiannya...
Wednesday, September 16, 2009
Manchester United 1 - 0 Besiktas

Paul Scholes popped up 13 minutes from time to ensure Manchester United's bid to reach a third successive Champions League final got off on exactly the right note in Istanbul.
Sent off at the weekend at Tottenham for some would say two typical Scholes tackles, the 34-year-old produced another skill he is well noted for, ghosting into the penalty area unseen to nod home after Hakan Arikan had saved Nani's blistering shot.
Scholes' effort gave United victory they just about deserved in a match of few chances.
Sunday, September 13, 2009
Man U 3 - 1 Totthenham

Premier League champions Manchester United overcame the second-half dismissal of Paul Scholes to end Tottenham Hotspur's 100% start to the season with a 3-1 win at White Hart Lane.
England striker Jermain Defoe gave Spurs the lead after just 47 second but United hit back through a Ryan Giggs freekick, Anderson's first competitive goal for the club and a Wayne Rooney strike.
It was meant to be the game when Spurs proved their top-four credentials after four straight wins but instead it was United who showed their steel, if anyone thought they would not challenge for titles without Christiano Ronaldo.








