Translate

Sahabat Bapak

Thursday, November 10, 2011

Empat ekor sahaja...

Akhir bulan lalu, sehari selepas ulang tahun setahun kelahiran Ilhan, Bapak berangkat ke Songkhla, Thailand.

Kami sampai di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada tengah hari. Oleh kerana hari itu Jumaat, kami singgah sebentar di sebuah masjid di Danok, Thailand untuk menunaikan solat Jumaat.

Waktu Danok, Sadao, Hatyai dan Songkhla lewat sejam dari Malaysia.Namun waktu solat tak sukar diketahui kerana ia juga lewat sejam daripada waktu solat di Ipoh. Contohnya solat Zuhur bagi kawasan Ipoh masuk 1.02 petang, solat Zuhur di kawasan berkenaan jatuh pada 12.02 tengah hari.
\Masalah bahasa dalam khutbah tidak jadi masalah kerana bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu loghat Kelantan. Apa tah lagi khatib membaca teks khutbah itu daripada sebuah kitab, semakin pudar dialek Melayu Kelantanya.

Biarpun waktu solat Jumaat masuk pada 12.02 tengah hari, khutbah hanya mula dibaca selepas 45 minit kemudian.

Waktu menunggu jemaah memenuhi masjid itu, imam masjid berkenaan gunakan untuk menyampaikan pengumuman kepada masyarakat setempat.

Antaranya, Majlis Agama Islam Songkhla memutuskan sambutan Aidiladha bagi Selatan Thailand adalah mengikut Arab Saudi iaitu 6 November 2011.

Imam juga mempunyai hanya empat ekor lembu sahaja akan disembelih sebagai ibadah korban sempena Aidiladha di masjid berkenaan pada tahun ini.
 "Biasa tiga ekor (empat) sahaja tapi tahun ini kito buat empat. Kito tak terima lagi pasal tak sempat, tukang sembelih nak kelik (balik kampung) pagi raya.

"Kalau nak korban juga, bole..tapi kat kampung lain.. Macam orang Malaysia tahun lepas, 16 ekor buat korban, kemudiannya diagih-agihkan ke kampung-kampung di Danok," jelasnya.

Tengah khusyuk dengar khutbah, seorang pemuda yang duduk di saf belakang menegur Bapak dalam bahasa Siam. Bapak menoleh ke belakang memandannya dan dia menyebut perkataan sama.

Bapak cuma anggukkan kelapa dan beralih sedikit daripada tempat duduk. Pertama, mana boleh bercakap semasa khutbah di bacakan, kedua, Bapak haram tak faham apa dia ucapkan...

4 comments:

  1. hehehe... Bapak ada rupe siam eh?...

    ReplyDelete
  2. Maria,

    Bapak, Melayu tulen tau..hheheh

    ReplyDelete
  3. heheh.. org thailand memg byk gak yg ckp kelantan.. haritu Universiti yala thailand dtg uia..kami expect diorg nak speaking ke..sekali ckp kelantan..heheh :P

    ReplyDelete
  4. Yayah,

    Selatan Thailand je bole kecek Kelate, yg lain tak. boleh jadi cakap macam ayam ngan itik pasal kebanyakan diorang speaking kureng sikit...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails