Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, November 2, 2011

Bersantai di TRAP Sungai Klah

Sebagai ganti cuti sambutan ulang tahun pertama kelahiran Ilhan yang terganggu gara-gara Bapak mempunyai tugasan luar negara, Orang Rumah Bapak, Khalish dan Ilhan dibawa bersantai di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Sungkai.

Sampai di TRAP Sungai Klah yang terletak hampir 100 km dari Ipoh, Bapak membayar tiket masuk RM10 untuk Bapak dan Orang Rumah Bapak. Khalish dan Ilhan masuk percuma sebab tingginya masih belum sampai 90 cm lagi..

Selepas makan tengah hari dan solat, kami meneruskan agenda bersantai. Mula-mula di kolam air gunung. Oleh kerana kami pergi pada hari biasa, kolam itu macam milik kami sebab tak ramai orang. Ada masanya cuma kami empat beranak di dalam kolam itu.
Berbekalkan pelampung yang baru Bapak beli, Khalish diajar berenang. Bab main air, Khalish memang cekap. Sekejap je sudah pandai. Ilhan pun secara spontan menguis-guis kaki dan tangan seolah-olah berenang apabila sudah berada di dalam kolam itu.

Oleh kerana sudah terlalu syok berendam, Khalish enggan keluar dari kolam walaupun sudah berjam-jam. Bapak dan Orang Rumah Bapak risau badannya sudah mula menggigil tapi masih nak mandi. Akhirnya Khalish berjaya dipujuk keluar setelah Orang Rumah Bapak beritahu ada sebuah kolam yang lebih best menanti di depan...heheh..
 Dengan bersemangat Khalish berjalan ke kolam air panas sambil memegang erat pelampung barunya. Sampai di kolam air panas, Khalish beriya-iya nak berendam di situ dengan pelampung tapi tak jadi apabila kaki terasa suam-suam panas apabila mejejak kaki kolam air panas tersebut.

Mula-mula cuba celup kaki tapi tak lama selepas itu, Khalish turut sama Bapak berendam di dalam kolam air panas itu. Setelah puas, kami menyalin pakaian dan berjalan di denai punca air panas sebelum pulang.






8 comments:

  1. Kena singgah jugak lah satu masa nanti..nampak mcm tenang jer, tak crowded.

    ReplyDelete
  2. Hehehehe...in kolam Kahlish yang punya!

    ReplyDelete
  3. best mandi sini, tapi time pergi few years back tu, ramai sgt org.

    ReplyDelete
  4. Kak Hani,

    kalau hari minggu crowded jugak..heheh..

    ReplyDelete
  5. Daddy Cool,

    biasalah Khalish! heheh...

    ReplyDelete
  6. Intan,

    kitaorang pergi hari biasa, tu yg x ramai

    ReplyDelete
  7. waa..bestnya..dah sejukk2...panas plak..waa..best2..

    ReplyDelete
  8. Nik,

    ada masa, singgah la ke Sungai Klah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails