Translate

Sahabat Bapak

Saturday, November 12, 2011

Activity walker : Apa pun boleh!

Setelah hampir setahun tersimpan di stor selepas membantu Khalish dan anak rakan blogger, activity walker dikeluarkan semula untuk berkhidmat untuk Ilhan pula. Kisahnya pernah diceritakan dalam Khalish sudah 'dapat' kaki.
 Activity walker berfungsi untuk membantu bayi yang belajar bertatih seperti Ilhan melangkah seterusnya berjalan dengan yakin.

Mula-mula Khalish yang teruja lebih-lebih bermain dengan activity walker itu, teringat nostalgia lama la tu..heheh.. Namun selepas diingatkan, dia dengan paksa rela memberi laluan kepada Ilhan untuk berlatih bertatih.

Secara dasarnya, walaupun Ilhan nampak agak pendiam, dia lebih lasak daripada Khalish.Setelah puas menyorong activity walker itu, Ilhan ada idea lain yang lebih menyeronokkan.
Habis kerusi, mini sofa hatta motosikal mini dan kereta mini abangnya dijadikan alat yang mengantikan fungsi activity walker tersebut.

Namun Ilhan tidak begitu fokus bertatih, dia lebih sibuk memanjat terutama sofa. Cuma peluang Ilhan untuk mendaki tangga lagi sudah terbatas kerana Bapak dan Orang Rumah Bapak sentiasa memastikan pintu pagar yang merintangi anak tangga pertama sentiasa ditutup kecuali untuk kemudahan Khalish.
Selesai memanjat, Ilhan gemar 'mengemas' koleksi majalah ibunya. Selepas dikeluarkan dari almari, dia akan mencampak-campaknya ke kiri dan ke kanan mengikut cita rasa. Dua tiga hari ini, Ilhan sudah mula belajar memegang pen, mungkin untuk meniru kemahiran menconteng yang menjadi kepakaran abangnya, Khalish...

6 comments:

  1. assalam - dah besar anak Bapak yer...tambah la lagi...Ilhan nk adik pompuan!

    ReplyDelete
  2. masa tengah blajar berjalan ni le kena jga betul2, kejap jatuh, kejap selerak satu umah..jenoh jugak tu

    ReplyDelete
  3. Kak Sonata,

    Salam,

    Orang Rumah Bapak kata nak berehat lama skt nak beri tumpuan kat Khalish & Ilhan..huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Mamasyaza,

    dah fitrah, layan je la..hehe

    ReplyDelete
  5. Wah!! ada darah seni melukis mengalir dalam diri rupanya ..

    ReplyDelete
  6. Cikgu Rashid,

    conteng-menconteng kan naluri seorang bayi...heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails