Translate

Sahabat Bapak

Saturday, October 22, 2011

Muzium Kapal Korek Tanjung Tualang

Di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, Tanjung Tualang dekat Batu Gajah, terdapat  tinggalan satu-satunya kapal korek yang masih ada di negara ini.
Kapal korek yang dinamakan Kapal 5 ini merupakan sumbangan Malaysian Mining Corporation (MMC) kepada kerajaan Perak sekitar 1990-an untuk dijadikan monumen sejarah dan tarikan pelancongan.

Dikhabarkan suatu masa dulu sebelum industri perlombongan bijih timah malap pada 1980-an, terdapat  40 kapal korek beroperasi di sekitar Lembah Kinta terutama Chemor, Ipoh, Gopeng, Batu Gajah, Papan, Tronoh dan Malim Nawar.

Kapal 5 kemudiannya dijadikan muzium di bawah seliaan Osborne & Chappel Sdn Bhd (OCSB) dan dibuka kepada awam dengan caj RM5 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak) pada awal 2009.

Namun tidak lama kemudian ia terpaksa ditutup setelah kapal korek itu hampir tenggelam dengan 18 peratus plantunnya senget ke dalam lombong.

Namun dengan campur tangan kerajaan negeri Perak, dana RM1.4 juta sumbangan bekas pelombong bijih timah berjaya dikutip menerusi tabung 'Selamatkan Kapal Korek'.

Kini Kapal 5 sedang dibaikpulih dan fasa pertama iaitu mengapungnya semula telah berjaya dilakukan baru-baru ini dengan kos RM420,000.

Fasa kedua, kapal korek itu akan dicat semula dan fasa terakhir beberapa kemudahan seperti papan info dan skrin sesentuh akan dipasang di sekitar Kapal 5 untuk manfaat pelancong.

InsyaAllah, Muzium Kapal Korek akan dibuka semula kepada awam pada awal tahun depan yang kebetulan merupakan Tahun Melawat Perak.
Bagi Bapak, selain nilai sejarah dan kejuruteraan yang begitu tinggi, kapal korek itu  merupakan tanda kenangan Lembah Kinta pernah gemilang di peta dunia sebagai pusat perlombongan bijih timah utama dunia.

Cuma pusat informasinya perlu lebih interaktif perhatian pelancong terutama generasi muda. Sayang, bahan ada tetapi susun aturnya sangat berserabut...


4 comments:

  1. salam, mau tanye ttg direction, muzium kapal korek ni di Batu gajah or tanjung tualang? saya nak datang dari arah tronoh, macam mane nak ke sana? terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. muzium kapal korek ni kalau dari Batu Gajah, x sampai lagi ke pekan Tanjung Tualang.

      kalu dr Tronoh, bole lalu dr Kampung Bali atau pekan Batu Gajah, lebih kurang 2 km dr simpang masuk ke Tanjung Tualang & Malim Nawar

      Delete
  2. nak tny..dari tambun bape minit ek nk g sni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih krg setengah jam kalau ikut jalan persekutuan, maksudnya dr Jalan Tambun, Jalan Gopeng dan Batu Gajah.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails