Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, June 29, 2011

Analisis Malaysia vs Taiwan (Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014)

Pasukan Malaysia akan berkunjung ke Taiwan pada Ahad ini dengan berbekalkan kemenangan tipis 2-1. Banyak lagi yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan timbal-balik yang berlangsung di gelanggang lawan.

Secara keseluruhan tempo Malaysia agak perlahan pada permulaan perlawanan, meningkat semula dengan kemasukan Abdul Hadi Yahaya dan semakin bersemarak dengan jaringan kapten, Safiq Rahim.

Permainan Malaysia semakin kemas sebaik sahaja separuh kedua bersambung lantas menghasilkan gol kedua menerusi tandukan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Razak.

Namun selepas kecederaan Safiq tidak lama kemudian, pemain negara terutama di posisi pertahanan mula leka. Peluang ini tidak dilepaskan Taiwan untuk merapatkan kedudukan menerusi pemain gantian, Cheng Pong Liang.

Malaysia dilihat terlalu bergantung kepada Safiq yang bermain di posisi tengah. Barisan serangan negara kurang menyerlah dengan beberapa peluang keemasan dilepaskan Badrol Bakhtiar.

Safee Sali sebelum mengalami kecederaan hamstring pula seakan lupa corak permainanan Malaysia apabila kurang menjadi. Dia bermain dengan teknik permainan biasa digunakan dalam Liga Indonesia yang berbeza dengan pasukan kebangsaan.

Barisan pertahanan juga kadang-kala leka, kurang marking dan menutup ruang sehingga membolehkan pemain Taiwan sekali-sekala melakukan serangan berbahaya.

Permainan juga cuba dilambat-lambatkan barisan pemain-pemain Taiwan yang agak 'lembik' sering terjatuh dan terpaksa diusung keluar biarpun hanya menerima terjahan lemah.

Apa pun perlawanan pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia ini menunjukkan pasukan Malaysia lebih baik dari segi skil, motivasi dan taktikal berbanding Taiwan. Peluang untuk ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh hampir 30 tahun tidak mustahil untuk digapai.

21 comments:

  1. mmm... harap diorg bole score gol lagi nnt masa lawan kat Taiwan... klu takde... punah la harapan...

    ReplyDelete
  2. kecewa dengan pemain malaysia pada separuh masa kedua

    Kisah Joyah Dan Bedah

    ReplyDelete
  3. Maria,

    kalau mereka bermain ikut taktikal dan formasi Datuk Rajagopal, insyaallah xde masalah...

    ReplyDelete
  4. Hans,

    pemain Malaysia main xdelah teruk sangat macam dulu2..cuma kurang fokus & terlalu berharap dengan Safiq Rahim

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah menang walaupun tipis jer

    ReplyDelete
  6. rajagobal kena letakkan safee di barisan depan..bukan badrol bakhtiar..safee bole bawa bola..lari pantas..xmacam badrol..tgok smlm safee mcm xde mood jer nk main..badrol main mcm hampeh..

    ReplyDelete
  7. IEB,

    syukur ada peningkatan tapi perjalanan masih panjang...

    ReplyDelete
  8. Anon,

    Badrol kekadang bole jadi killer tapi semalam memang hampehlah..

    ReplyDelete
  9. Safee kena main sekali dgn norshahrul..fakrani,badrul,,xbole blah la..tp i like Cara KUNA main..terbaek la dia..badrol bole jadi killer time liga jer..tp pentas asia mcm ni..belum tentu kot..

    ReplyDelete
  10. Anon,

    setuju gandingan Safee ngan Norshahrul paling ideal. tapi Safee dikhabarkan cedera, Norshahrul belum pasti cergas.

    apa pun baik Malaysia kembali kepada strategi Piala AFF. Kita tak bergantung sangat pada skil individu tetapi kepada pencaturan taktikal.

    ReplyDelete
  11. betul..klu macam tu better rajagobal jadi striker sekali la..hehehe

    ReplyDelete
  12. Anon,

    kalu bole, jgn kata rajagopal, tan sri anuar musa pun nak main sekali..hhehe

    x cukup stiker, kita letak ramai attacking midfielder la bro.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails