Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, November 10, 2010

Hikmah tersalah wad

Ilhan dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. Orang Rumah Bapak tak putus-putus memuji perkhidmatan mesra dan profesional yang didapati semasa melahirkan Ilhan di hospital itu.

Apatah lagi HRPB adalah Hospital Mesra Bapa dan Mesra Bayi. Maksudnya suami boleh menemani isteri semasa proses kelahiran dan bayi dipastikan hanya mendapat susu ibu.

Sejujurnya Bapak akui komen Orang Rumah Bapak itu walaupun markahnya tak mungkin 100 peratus. Malah dalam beberapa segi, perkhidmatan yang diperoleh di HRPB lebih baik daripada hospital pakar swasta semasa Khalish dilahirkan dulu...

Kalau adapun yang boleh mengurangkan skor servis semasa Ilhan dilahirkan ialah kejadian tersalah memberi wad kepada Orang Rumah Bapak semasa pasca kelahiran.

Wad yang menempatkan Orang Rumah Bapak dan Ilhan lebih rendah daripada wad yang ditempah Bapak..

Silap Bapak juga sebab pagi 27 Oktober selepas Ilhan dilahirkan memang Bapak turut serta menghantar Orang Rumah Bapak dan Ilhan memasuki wad.

Tetapi memang Bapak agak mamai pada masa tu (sebab tak tidur hampir sepanjang malam), Bapak tak sedar Orang Rumah Bapak dihantar ke wad yang salah (walaupun pelik juga apasal wad tu ramai orang sangat...)

Kesilapan itu hanya Bapak sedari pada tengah hari apabila diadu oleh Orang Rumah Bapak. Bapak segera merujuk kepada jururawat bertugas namun pertukaran wad hanya dapat diuruskan pada lewat petang.

Oleh kerana dijangka keluar wad pada keesokan harinya dan sudah hampir sehari suntuk berada di wad terbabit, Orang Rumah Bapak bersetuju untuk kekal dan tidak bertukar wad.

Bagaimanapun pihak hospital telah memberi jaminan baki deposit akan dipulangkan semula.

Terkejut juga Bapak mendapat hampir semula deposit yang dibayar kerana caj yang dikenakan antara dua kelas wad itu agak banyak bezanya...

Begitupun Bapak masih rasa bersalah kepada Orang Rumah Bapak. Walaupun beliau tak kisah kerana baginya yang penting anak dan ibu selamat, memang sudah niat Bapak nak beri sedikit keselesaan kepada Orang Rumah Bapak.


Akhirnya dengan baki wang deposit itu Bapak beli telefon bimbit Nokia C3 warna merah jambu untuk dihadiahkan kepada Orang Rumah Bapak sempena kelahiran Ilhan.

Nak beli telefon bimbit yang lebih canggih lagi, baki wang depositnya taklah sebanyak mana...

8 comments:

  1. ha..kalau cam tu ..saya pun nak tersalah wad jugak la bapak..heeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. hospital krjaan yer??
    hspital krjaan x de la teruk sgt sy rasa...
    ada sesetgh tu ok...
    ikut bhgian la kot...
    n pekerja nya...

    bak kata bos lama sy...
    skrg hspital krjaan pon dh secanggih swasta..
    n lepas tu dia akan ke klinik krjaan klu nk wat cek up...tp tahan la tgu beratur lama
    (ni pendpt dia lepas wat projek hspital krjaan)

    ReplyDelete
  3. Nik Hakimah,

    kalau cam tu plan la bebaik, ada 8++ bulan lagi..tapi pastikan Dzul x kantoikan..hheheh...

    ReplyDelete
  4. Cik Bedah,

    masyarakat kita memang banyak terpengaruh persepsi...apabila dah rasai pengalaman sendiri barulah kita dapat fakta yg sebenar..

    ReplyDelete
  5. nak kena suruh mrhubby baca entry ni nih...hahaha

    ReplyDelete
  6. Tahniah Bapak !
    selalu berikan terbaik utk isteri
    tabik springggg ...

    ReplyDelete
  7. Isabelle,

    Bapak x bertanggungjawab apa yg bakal terjadi pas tue..heheh...

    ReplyDelete
  8. Kak Linda,

    Bapak banyak belajar dari hubby Kak Linda...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails