Translate

Sahabat Bapak

Monday, April 12, 2010

Teh & Skon



Antara moment yang Bapak suka setiap kali bercuti di Cameron Higlands ialah minum teh sambil makan skon ditemani angin-angin sepoi bahasa dan panorama teh yang menghijau..hehhehe

Setahu Bapak , ada dua pengeluar teh terbesar di Cameron iaitu Cameron Bharat dan Boh. Kunjungan kali ini kami pergi kedua-dua tempat sekali.

Memang ada perbezaan aroma, citarasa teh dan susun atur landskap di kedua-dua tempat berkenaan. Namun Cameron Bharat dan Boh mempunyai keistimewaannya tersendiri....
Semasa bersantai di Boh, kami perasan dicetak sebuah buku berkaitan tentang pembuatan teh yang sesuai untuk kanak-kanak. Buku yang berwarna-warni ini Bapak beli untuk Khalish.

Buku bertajuk 'The Tea-riffic Adventure of Mr. Boh & Mr Teaf' itu dwi-bahasa. Membaca terjemahan bahasa Melayu, membuatkan Bapak tersengih. Maksudnya memang tak lari tapi janggal kerana diterjemah perkataan demi perkataan...heheheh
Contohnya : - Up in the cool Cameron Highlands where the jungle meets the sky.

Di tanah tinggi Cameron Highlands yang dingin di mana hutan bertemu langit

6 comments:

  1. dah lama tak pergi bercuti ke CH.. Kak Tirana suka duduk kat atas tu..sejuk dan nyaman

    ReplyDelete
  2. Kak Tirana,

    cuti sekolah dah nak dekat. bolelah Kak Tirana sekeluarga bercuti di CH...

    ReplyDelete
  3. tiada rezeki kita untuk bertemu...

    ReplyDelete
  4. Salam Bapak..

    Memang best minum teh sambil memandang arah bukit dan lurah kat Cameron tu.. heheheh.. perasan sekejap mcm dalam cerita hindustan.. Last sekali pi Cameron last year December, birthday EnAmat..

    Dulu time dok di Seri Manjung boleh kata tiap2 bulan pi.. syokkk nyeeee..

    ReplyDelete
  5. OneZ,

    Bapak x tahu camne nk contact OneZ..lagi hari tu pegi terjah je..heheh

    ReplyDelete
  6. Kak Isma,

    wah bestnya sambut birthday EnAmat yg sporting kat Cameron...hehehhe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails