Translate

Sahabat Bapak

Thursday, October 1, 2009

Road Show Raya Khalish 2


Pada raya kedua, kami sekeluarga menziarahi keluarga di Kampung Bandar, Banting pula.

Di sinilah keluarga sebelah Mama berasal. Arwah atuk dulu walaupun berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan tapi pernah bersekolah dan mengajar di sini sebelum berpindah ke Pulau Indah (dulu Pulau Lumut) kerana menjaga wasiat arwah moyang.

Masa mula-mula kahwin dulu, Orang Rumah Bapak ada tanya kenapa namanya Kampung Bandar, sudah kampung, bandar pula...hehhe...apa pun kawasan ini bersejarah dan pernah menjadi lokasi pusat pemerintahan (bandar diraja) Selangor sebelum berpindah ke Klang.

Di sinilah bersemadi pusara arwah moyang dan nenek Bapak. (Bapak tak pernah jumpa arwah nenek sebab dia meninggal tiga tahun sebelum Bapak lahir tapi berkesempatan dengan arwah moyang yang meninggal ketika Bapak berusia 15 tahun).

Setiap tahun memang rutin kami menziarahi pusara mereka dan beraya rumah saudara mara terutama Tok Busu (adik arwah nenek) dan Tok Andak (adik arwah atuk).

Tok Busu dan Tok Andak antara adik-beradik arwah atuk dan nenek yang masih ada dan hubungan kami memang rapat.

Tahun ini Bapak dan Orang Rumah Bapak tak ke pusara moyang dan nenek kerana Khalish masih kecil. Insyaallah bila Khalish dah besar, Bapak akan bawa dia ziarah agar dia kenal susur galur keluarga dan mengerti kasih sayang tak pernah putus walaupun mereka sudah lama meninggalkan kita...

4 comments:

  1. Khalish la yg paling hepi skali..dapat jalan sana sini..hehehe


    p/s Anda dijemput sertai pertandingan mencipta dialog di blog akak..

    jangan tunggu lelama..

    sila jenguk skrg

    ReplyDelete
  2. Seronok kan beraya dengan anak...lebih meriah dan rasa lain...selamat menempuh pengalaman baru!

    ReplyDelete
  3. Kak Yan,

    memang dari malam semalam Bapak dah dok pikiaq idea dialog tue..hhehe

    ReplyDelete
  4. Dun,

    memang seronok dan berbeza, walaupun kekadang rasa diri dah semakin x diperdulikan berbanding Khalish...hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails