Translate

Sahabat Bapak

Saturday, July 18, 2009

MMS beracun....

Sedang Bapak sibuk menyiapkan kerja di pejabat, seorang teman sekerja bertanya sama ada telefon bimbit Bapak boleh menerima MMS (sistem khidmat pesanan multimedia) atau sebaliknya.

"Apa punyer soalan ni, mestilah boleh. Ko ingat hanset aku cokia ker!," jawab Bapak dengan gaya ala-ala takbur. (bukan ker kebanyakan hanset sekarang semua leh MMS ker...heheh)

Tanpa menjelaskan lebih lanjut tujuan pertanyaannya itu, dia tersenyum sambil sesekali menjeling kepada Bapak yang acuh tak acuh dan masih meneruskan kerja-kerja pejabat.

Selang beberapa minit kemudian tiba-tiba telefon bimbit Bapak menyanyi lagu I'm yours, tanda ada MMS masuk. Ingatkan Orang Rumah Bapak yang hantar (beliau selalu hantar MMS foto terbaru Khalish) tapi bukan, ia daripada nombor telefon lain yang tidak dikenali.

Apabila Bapak buka MMS tu, terkejut Bapak tengok ada foto seorang awek berpakaian seksi sambil kemam lolipop. Sempat pulak selit mesej 'Ai, name awk spe...

"Minah mana pulak ni, apahal pulak nak tahu nama aku lak ni?," cakap Bapak dengan nada agak kuat, respons daripada penerimaan MMS tersebut.

Kawan sekerja Bapak tadi yang terdengar Bapak mengomel, cepat-cepat datang ke meja Bapak.

"Dah sampai ker MMS tue. Sorilah henset aku rosak semalam, sementara ni aku pakai henset murah jer, takleh tengok MMS. Ada awek kata nak antar MMS gambar terbaru dia. Tu yang aku pakai nombor (henset) ko," katanya tanpa ditanya dalam keadaan teruja.

Namun keterujaaanya tak kekal lama, kendur setelah melihat MMS terbabit.

Gambar hiasan

"La, tak cun pun. kansel la," katanya spontan. Tercenggang Bapak melihat reaksi mamat tue yang statusnya sama ngan Bapak...

"Ni awek Tagged, baru kenal," jelas teman sekerja Bapak tue tanpa ditanya lagi.

"Tagged? Apa menatang tue?," tanya Bapak.

Dia pun menerangkan Tagged adalah salah satu laman perkhidmatan rangkaian sosial cam Facebook (FB) jugak. Tapi lebih best sebab lebih ramai awek cun dan bole chatting-chatting ngan diorang guna nama samaran.

"O...camtue. tak minat lah aku. Tapi MMS minah ni camner?," kata Bapak.

"Ko simpan lah, aku dah reject. Oklah aku nak cari awek baru kat Tagged," balasnya.

Lantak kau lah. Untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan, Bapak terus delete MMS tu. Bukan ada faedah pun simpan, lagi pun kalau Orang Rumah Bapak nampak, kan tak pasal-pasal Bapak yang tak berdosa ni menjadi mangsa..

18 comments:

  1. Salam Bapak Muda yg Comel..
    Betul tu akak setuju..benda2 yang tak elok tu eloklah jangan disimpan dan terikut2 dgn budaya hidup bebas mcm dibarat...
    Sesungguhnya isteri adalah cermin diri yg terbaik...Mmg diakhir zaman mcm ni mcm2 boleh berlaku..benarlah kata pepatah "Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu dan wanita mempunyai 1 akal dan 9 nafsu..dan kalau tidak menggunakan akal dgn sebaiknya maka nafsulah yg akan menguasai akal.

    ReplyDelete
  2. Bagus tindakan bapak tu..sebelum isteri bapak ternampak baik buang aje..Isteri ni kalau dah ternampak benda2 pelik macam tu..hati dia tak kan senang walaupun suami dah cerita keadaan sebenar..

    ReplyDelete
  3. Bravo Bapak!!

    Salute you..

    Kena buang benda2 yg tak leh pakai.

    Buat nyemak jek nnti..

    Berat kan kpala mikir..

    Baik pikirkan baby ngan mak dia tu jek...

    ReplyDelete
  4. Kak Zai,

    Salam. insyaallah Bapak akan cuba kawal nafsu yang satu itu agar tidak menguasai akal ni..

    p/s : terima kasih kata Bapak muda lagi comel..heheh

    ReplyDelete
  5. Kak Tirana,

    Betul cakap kak tue. Bapak paling takut, hilang kepercayaan daripada Orang Rumah Bapak..apatah lagi atas sebab yang bukan Bapak lakukan...

    ReplyDelete
  6. Kak Yan,

    Bapak memang x suka pening2. bukan apa cari keseronokan sementara tapi mengundang masalah berpanjangan...hehhe

    ReplyDelete
  7. Bapak...ko jangan cari fasal...kang tak fasal2 lain jadinya, jangan ko layan 'budak2'macamtu...hah no nasihat kakak....

    ReplyDelete
  8. aduhai, susah juga nak nasihat kawan sendiri yang layan laman jaringan sosial ni ya. aduh. parah kalau terkena!

    ReplyDelete
  9. lolipop? hehehehehehe...eeeeeeee bahaya nih encik bapak................

    ReplyDelete
  10. Kak Linda,

    heheh, caya jugak kat Kak Linda!

    ReplyDelete
  11. Kak Sonata,

    terima kasih atas nasihat akak tue. insyaallah Bapak elak dari layan budak2 camtue..

    ReplyDelete
  12. Syahidah,

    memang parah kalau terkena, kita nasihatlah mana yang bole..

    ReplyDelete
  13. Samm :

    memang bahaya,heheh...

    pasal tue Bapak elak sebelum terjebak..hehhe

    ReplyDelete
  14. Bapak,
    Susah gak tu.. sebab minah tu ada no phone bapak... ish kes naya sungguh ni..

    ReplyDelete
  15. Bapak,
    Jangan dekati dan perbiasakan perbuatan yang tidak elok itu kelak memusnahkan diri.

    ReplyDelete
  16. Ana,

    rasanye kalu Bapak tak layan, tak jadi apa2 kot..x tau lah minah tue terhengeh2 pulak...mintak simpanglah..

    ReplyDelete
  17. Kak Zara,

    terima kasih atas ingatan itu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails