Translate

Sahabat Bapak

Monday, June 8, 2009

Our First Anniversary

31 Mei lalu genaplah setahun Bapak dan Orang Rumah Bapak disatukan dalam ikatan pernikahan.

Kini, kami sudah bertiga dengan kehadiran permata sulung, Khalish kira-kira 18 hari sebelum ulang tahun pertama ini.

Sekejap sahaja masa berlalu, rasanya macam baru semalam kami diakad nikah di Masjid Al-Jawahir, Pangkalan Balak pada kira-kira 5 petang.

Sebelah malamnya pula, majlis berinai besar yang diiringi dentuman bunga api diadakan. Buat pertama kali dan terakhir agaknya Bapak memakai persalinan baju Tradisional Melaka berwarna hitam yang rasanya macam ala Baba dan Nyonya.

Yang buat Bapak betul-betul macam sebahagian komuniti itu apabila Bapak yang bermata sepet ini dipakaikan tarbus. Walaupun ada beberapa saudara Bapak tersengih-sengih melihat Bapak berbusana seperti itu tetapi dalam hati ada perasaan seronok, ye lah bila lagi nak melaram dengan pakaian tersebut.

Keesokan harinya, kenduri kahwin dan majlis bersanding yang cukup meriah dan impaknya masih diperkata penduduk kampung sehingga hari ini...heheheh

Seminggu selepas itu, majlis menyambut menantu pula disambut rumah keluarga Bapak di Petaling Jaya yang tak kurang cerianya.

Bapak akui selain menghadiri kursus nikah,ujian HIV, melengkapkan borang permohonan nikah, membeli barang hantaran dan memilih jurugambar, semua perkara lain diuruskan keluarga terutamanya Mama.

Ia termasuk memilih busana, pelamin, menggubah hantaran, pemilihan warna dan tema baju pengantin dan pelamin, tukang masak, agenda program dan tata rias bilik pengantin. Bapak cuma sediakan ongkosnya sahaja.

Bukan apa, Bapak percaya yang menikahnya memang Bapak tetapi majlis adalah kepunyaan keluarga. Biarlah mereka diberi sedikit ruang untuk mengatur sebuah majlis yang meriah dan selaras dengan lunas-lunas agama.

Melihat koleksi foto perkahwinan, Bapak yakin majlis perkahwinan kami disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh sanak saudara.

Tambah membuatkan Bapak bersyukur, ia sempat diraikan Atuk. Majlis perkahwinan cucunya yang terakhir dihadiri sebelum arwah pergi menghadap Illahi kira-kira empat bulan selepas itu...

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bapak,
    Happy Aniversary.. Wah. bunting pelamin lah orang rumah bapak tu ek..

    Meriahnya kenduri kahwin.. Ana tak merasa pun ada gambar2 macam tu. Photographer cancel last minutes, semata-mata ada event yang lebih besar lagi.. Sabar je lah..

    Nasib baik ada video cam.. waaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. Selamat ulang tahun perkahwinan Pak! Humang aiii!...itu bukan tahap baba dan nyonya dah tuh, itu dah tahap kerajaan majapahit!

    ReplyDelete
  4. Happy Anniversary untuk Bapak n wife. Moga kekal bahagia ke akhir hayat, Amin...!

    ReplyDelete
  5. Happy anniversary...mudah-mudahan kebahagiaan akan berkekalan..

    ReplyDelete
  6. Ana : terima kasih. bunting pelamin? heheh...dah rezeki, alhamdulillah.
    sian Ana, selamba je photographer tue cancel last minute yer..sapalah hamba Allah bertuah tue..

    Hanis, Kak Myza & Kak Tirana : terima kasih.

    Daddy : terima kasih. cam Majapahit? nape, dah cam rupe Patih Gajah Mada ker Bapak masa tue..heheh

    ReplyDelete
  7. Salam Bapak..

    Alhamdulillah.. selamat ulang tqhun buat bapak.. juga ucapan selamat untuk tahun kedua.. ketiga.. keempat.. dan seterusnya hingga akhir hayat.. Insya Allah..

    p/s - wah.. gerun nengok Bapak dengan baju hitam dan tarbus.. heehee..

    ReplyDelete
  8. Tahniah Bapak & Orang Rumah .

    Nampak ketampanan dan keayuan.. masa nihlah nak tunjuk mancho... segak..hansem... Dah namanya Raja Sehari . SEHARI Jekkk okeh ! hahahaha

    ReplyDelete
  9. Kak Isma : terima kasih. eh, gerun nengok Bapak pakai baju hitam ngan tarbus tue..nape?heheh...

    Kak Linda : terima kasih gak. macho, segak, hensem..hehheh. memang yang lain2 sehari jek, tapi tang cover mancho, memang hari2..heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails