Translate

Sahabat Bapak

Saturday, May 2, 2009

Kenangan UPU

Awal-awal pagi adik Bapak ketiga, Siddiq sudah hubungi minta tolong semak status permohonan ke IPTA yang keluar 1 Mei 2009.

Setelah meminta nombor kad pengenalan Siddiq, Bapak terus aktifkan broadband dan layari laman web upu.mohe.gov.my. Namun menurut laman web itu keputusan status permohonan ke IPTA cuma akan diumumkan mulai 12 tengah hari sedangkan pada masa itu baru 7.30 pagi.


Bapak hubungi semula adik Bapak itu dan minta beliau bersabar...heheh

Gelagat Siddiq mengingatkan Bapak kenangan 11 tahun dulu semasa Bapak berada di situasi sama seperti beliau, lepasan SPM yang berdebar-debar menanti peluang untuk melanjutkan pelajaran.

Masa itu zaman internet di negara kita boleh dikatakan baru bermula dan semakan permohonan ke IPTA hanya boleh dibuat menerusi dua cara; talian hotline atau pergi sendiri ke ibu pejabat Kementerian Pendidikan (sekarang ini dipanggil Kementerian Pengajian Tinggi) di Pusat Bandar Damansara.

Sebenarnya status permohonan boleh diketahui dari 8 pagi lagi. Tapi sebab talian hotline terlalu sesak, Bapak dan seorang kawan, Edayu mengambil keputusan pergi sendiri ke Pusat Bandar Damansara.

Sesampainya di sana, kaunter yang disediakan sudah sedia sesak, setiap calon yang mahu menyemak status permohonan perlu menulis butir peribadi dalam satu slip kecil. Sebenarnya berdasarkan keputusan SPM, Bapak yakin akan mendapat tempat cuma tak tahu lokasinya sahaja, cuma harap-harap dapat pilihan pertama Bapak...

Selang beberapa minit kemudian Edayu terima semula slipnya dan beliau melompat gembira apabila ditawarkan kursus Grafik di ITM (sekarang ini UiTM). Tak berapa lama kemudian Bapak pula terima slip, pucat muka Bapak apabila diberitahu permohonan Bapak Gagal.

Slip semakan pertama yang menyatakan permohonan Bapak ke IPTA gagal...

Dengan selambanya pegawai kementerian beritahu peluang Bapak masih ada untuk kemasukan kedua pada November dengan syarat menghantar surat rayuan serta beberapa dokumen sokongan.

Tambah buat jantung Bapak nak luruh pada masa tu, tiba-tiba Bapak dihulur mikrofon oleh seorang wartawan TV3 (lelaki, tapi Bapak tak berapa cam siapa dia, maklumlah masa tu emosi tak stabil) yang datang membuat tinjauan.

Wartawan : Adik (panggilan untuk Bapak), camner? dah tahu masuk U mana?

Bapak : A....saya belum check lagi

(bohong Bapak sambil menghulurkan slip Bapak kepada Edayu yang terpinga-pinga, tanpa menghiraukan orang lain, Bapak terus meluru ke tingkat bawah menuju ke pondok telefon awam)

Bapak terus mendail nombor telefon rumah yang disambut Mama. Bapak yang macam tak terima kenyataan bertanya kepada Mama nombor rujukan UPU, mana tahu Bapak tersalah catat...

Mama memberi nombor rujukan tersebut dan bertanyakan apa sebenarnya telah berlaku tetapi Bapak hanya berkata, semuanya akan diberitahu kemudian.

Bapak dapati nombor rujukan UPU adalah sama seperti yang tertulis di slip tersebut. Dengan longlai Bapak kembali semula ke pejabat Kementerian Pendidikan untuk menemui Edayu yang Bapak tinggalkan tadi.

Rupanya Edayu telah membuat slip baru untuk Bapak dan minta Bapak tandatangan sebelum dihantar semula untuk disemak semula.

"Kita cuba, mesti ada yang tak kena ni, Result awak lebih baik dari saya," kata Edayu memberi semangat kepada Bapak yang dah macam putus asa.

Dalam 10 minit kemudian, seorang pegawai kementerian memanggil Bapak dan menghulurkan slip yang baru itu.

"Tahniah dik, Y002 (kod kursus yang ditawarkan)," katanya tanpa rasa bersalah.

Bapak terkejut dan memandang slip itu berkali-kali. Macam mimpi, sekejap gagal sekejap berjaya... Y002, alhamdulillah, itulah pilihan pertama yang Bapak pohon...

Slip semakan kedua yang menunjukkan Bapak ditawarkan untuk kursus Y002

Sekali lagi Bapak berlari turun menuju ke pondok telefon awam (tahun 1998, masa tu budak remaja cam Bapak mana mampu pakai henset) hubungi Mama semula. Bapak pun cerita A sampai Z apa yang telah berlaku, Mama mengucap panjang dan tak lama selepas itu bersyukur sambil menahan sebak di dada.. Berita itu kemudiannya diberitahu Mama kepada Ayah.

Selepas itu Bapak dan Edayu pun pulang dengan perasaan bersyukur kerana masing-masing menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran. Namun kami saling tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah terjadi di sebalik dua slip semakan status permohonan IPTA Bapak..Hingga ke hari ini jawapannya masih belum ke temu.

Kira-kira seminggu kemudian, ayah memberikan Bapak seutus surat daripada Kementerian Pendidikan yang dihantar secara pos. Surat makluman permohonan Bapak ke IPTA berjaya...Sah Bapak ditawarkan kursus Y002.

"Ceh, Kementerian hantar surat rupanya. Buat penat jer kejadian dramatik dan penuh beremosi kat pejabat Kementerian hari itu," sindir Ayah kepada Bapak.

Bapak cuma bersengih-sengih....

Ops.. lupa pulak nak beritahu adik Bapak ditawarkan kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik di UiTM..Syukur...

Tahniah Siddiq! Selamat melangkah ke alam baru dan jangan sia-siakan peluang ini...

7 comments:

  1. masa time saya tuhari..spm 2007 kan saya ada apply jugak uitm...dalam borang online dia bagi kita 8 pilihan kursus.....namun semua saya tak dapat....keputusan saya taklah teruk sangt...tetapi saya tak dapat masuk mana2 universitipun.....dalam keluarga sayalah satu2 nya yag tak dapat masuk ke u...kakak dan abng semua graduan uitm..masa dapat tahu saya tak dapat masuk saya sangt sedih...rasa putus asa pon ada.......tapi sekarang saya di institut perguruan..Alhamdulillah tentu ada hikmah di sebalik semua ini....heheh rezeki ada di mana-mana. entry encik bapak benar2 mengimbas kembali pada masa saya tak dapat uitm hari tuh..hehehe apa2pun memang sesuatu yang tidak dpt dilupakan

    ReplyDelete
  2. Bapak,
    Saya failed UPU. Frust betul. Tapi alhamdulillah dapat juga masuk universiti even second intake (nov 1998).

    Universiti sama ngan bapak tapi kampus Melaka - Bach of Graphic Design.

    Ingat lagi lagu UiTM Di Hatiku?

    Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
    Bagai obor ilmu memayungi putra putrinya..

    Rindu nak balik ke kampus..hehe

    ReplyDelete
  3. Mahmood : thanks for visited my personal blog.

    Samm : benar Samm apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. semuanya pengalaman berguna untuk kita lebih berhati-hati dan berani hadapi masa depan.

    Daddy : yer, memang dramatik...heheh

    ReplyDelete
  4. Ana,

    Batch 1998? o..sebaya rupanye kita..heheh

    Ana, Bapak bukan lepasan UiTM, masih tak berpeluang belajar di situ...tapi ramai kekawan Bapak adalah produk UiTM. insyaallah adik ketiga Bapak akan turut mengikut jejak itu.

    Kod Y itu untuk Matrikulasi UIAM (sekarang dikenali sebagai Pusat Asasi UIAM)

    ReplyDelete
  5. Bapak,
    Oo... Ana salah baca lah ni.. hehe.. sori2..

    ReplyDelete
  6. Ana,

    Takpe, salah yah sori2, Ana x salah ape-ape.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails