Translate

Sahabat Bapak

Thursday, May 28, 2009

Balada Seorang Bapak (Setelah Man United Kalah...)


Rasanya semua sudah tahu keputusan perlawanan akhir Champion League awal pagi tadi.

Tahniah kepada Barcelona dan fannya! Bagi penyokong Red Devil cam Bapak, takpe.. biasalah adat permainan, bola itu bulat..(cam ayat memujuk diri jer..hehehhe)

Apa pun, Bapak dan kebanyakan pemerhati EPL lain mempunyai pendapat yang sama; yang paling penting dan prestij ialah kejuaraan Liga EPL. Piala lain-lain cuma bonus sahaja.

Sama dengan Liga Malaysia, memenangi Piala Malaysia adalah kemuncak bagi setiap pasukan.

Bagi pasukan kebangsaan pula..err....layak ke separuh akhir bagi setiap kejohanan yang disertai. Kalau gagal mencapai sasaran, terpaksalah rombak pasukan dan tukar jurulatih...itulah lazimnya...heheh...

Berbalik kepada Man United. Musim 2008/09 pasukan kendalian Alex Ferguson ini telah memenangi empat piala termasuk EPL, not bad..heheh

Oklah. Cerita pasal bola sepak berhenti seketika. Kejap lagi Bapak akan balik ke kampung untuk kembali bersama Orang Rumah Bapak dan Khalish setelah 11 hari tak bersua. Semalam usia anak sulung Bapak tu dah setengah bulan.

Khalish, Ayah balik! heheh

5 comments:

  1. Tak lama lago Khalish boleh teman bapak tengok perlawanan bola..hehehe

    ReplyDelete
  2. Kak Tirana : Orang Rumah Bapak awal2 lagi dah pesan jangan libatkan Khalish dalam bab bola2 nie..hehhe

    ReplyDelete
  3. Bapak,
    Adatlah kalah menang tu... :-).. Wah, pejam celik pejam celik dah setengah bulan Khalish tu.. tentu seronok jumpa dorang kan.. kim salam ek..

    ReplyDelete
  4. Lepas ni, Khalish boleh tolong bancuhkan kopi o pekat untuk bapak sambil layan bapak nengok bola..hehehe.

    Sian Khalish, xde adik untuk diajak bermain..hehehhe. Ajorkan Khalish sebut...adik..adik..adik...! Bapak mesti senyum. Mamanya kompom jeling kat bapak! Hehehhe

    ReplyDelete
  5. Ana : memang seronok + teruja jumpa khalish ngan ibunya. tue yang terlajak dok kampung sampai 9 hari tue..hehhehe

    Azlanlin : Bapak jarang minum kopi, biasanye layan teh jer. tapi ketagih lebih kurang sama jer cam kopi pekat..hhehe

    pasal adik Khalish tue..hehehe...awal-awal lagi dah kena sound ngan Orang Rumah Bapak..heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails