Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, March 29, 2011

Rumours helikopter terhempas di Ipoh?

Pagi semalam sewaktu menyelusuri taman perumahan Bapak selepas mengambil Mykid Ilhan di JPN Perak, Bapak perasan sebuah helikopter berlegar-legar rendah di udara.

Semakin lama semakin rendah. Setahu Bapak memang ada sebuah sekolah penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang melatih polis dan tentera tetapi biasanya taman perumahan Bapak bukanlah laluan latihan mereka.

Bapak teringat beberapa kejadian helikopter terhempas termasuk yang terbaru meragut nyawa seorang pegawai polis di Malim Nawar pada Disember lalu.

Kejadian itu berlaku di bekas lombong tetapi ini di kawasan perumahan; kalau sesuatu buruk berlaku pasti impaknya lebih besar...

Senario helikopter terbang terlalu rendah itu seolah-olah menjadi tempat mendarat turut menarik beberapa penduduk lain termasuk penjual nasi lemak di bahu jalan.

Akhirnya helikopter itu mendarat di sebuah padang rekreasi yang kecil sahaja saiznya terletak berhadapan rumah Bapak.
Dari jauh Bapak nampak sebuah kenderaan pacuan empat roda tiba dan mengambil juruterbang helikopter tersebut.

Setelah berbual sekejap dengan beberapa penduduk termasuk seorang pakcik penjual nasi lemak, mereka memasuki kenderaan pacuan tersebut meninggalkan sahaja helikopter di tengah-tengah padang rekreasi terbabit.

Ada misi khas menyelamat pesakit ker tetapi kenapa helikopter itu ditinggalkan begitu sahaja tanpa pengawasan?

Bapak keluar dari kereta lalu mendekati pakcik penjual nasi lemak yang masih ralit melihat helikopter itu. Selepas bersalaman, dia memberitahu :

"Diorang ranjer hutan, tengah pantau hutan dekat-dekat rumah kita ni. Landing helikopter jap, nak pergi sarapan katanya," beritahu pakcik itu persis jurucakap Jabatan Hutan.

Mak ai, Bapak menepuk dahi. Teringat filem Los & Faun, Jasmin (lakonan Erra Fazira) beli sayur kat Cameron Highlands naik helikopter.

Ini lagi hebat, sarapan naik helikopter...heheh...
Bapak tersengih apabila menyaksikan beberapa penduduk lain terutama kanak-kanak tidak melepaskan peluang bergambar di samping helikopter tersebut. rare ni...heheh

Sunday, March 27, 2011

Iklan paling menakutkan



Setiap kali iklan ini dan membabitkan seorang lagi duta Libresse, Adibah Noor berdriff ditayangkan di kaca televisyen, Khalish pasti ketakutan.

Dalam iklan selama 42 saat tersebut Yuna melakukan terjun udara.

Mukanya yang ceria tiba-tiba berubah pucat, sambil menangis dia cepat-cepat menutup suis televisyen.

Entahla apa yang Khalish takutkan sangat sebenarnya, jeritan Adibah Noor & Yuna ker, aktiviti ekstrem yang dilakukan kedua-dua artis tu ker atau produk itu sendiri....

Setiap kali di tanya, Khalish cuma menjawab

"Na nak, na nak... (tak nak, tak nak)" berulang kali...heheh..

Thursday, March 24, 2011

Selamat Tinggal - Dina ft Zizan Raja Lawak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails