Translate

Sahabat Bapak

Thursday, June 13, 2013

Berebut Iqra

Sejak dari umur setahun setengah, Ilhan menunjukkan dia kecenderungannya terhadap huruf jawi berbanding rumi.

Kalau diajar menyebut dan mengenal huruf jawi, bukan main minat dia tapi apabila diajar huruf rumi dan abjad pula  berapa nak fokus.
Ilhan akan tumpang belajar Iqra' setiap kali abangnya, Khalish mengulang kaji setiap lepas solat Maghrib.
Begitupun Khalish kurang senang sebab Ilhan lebih lancar baca Iqra' berbanding dia.

Dia sering kali ingat-ingat lupa baca Iqra' (tak boleh salahkan dia, banyak kali ponteng kelas berikutan masalah kesihatan sepanjang Mac lalu).

Tapi kalau baca bahasa Inggeris, Khalish memang cekap. Sekejap je buku 'Peter and Jane' dibacanya..
Berbalik pasal Iqra', selalu gak Ilhan kecil hati dihalang abangnya belajar bersama-sama.
Walaupun dihalang Ilhan yang baru berusia dua tahun tujuh bulan tetap curi-curi belajar,. Itu yang buat Khalish tensen apabila Ilhan sering kali lebih cepat sebut sedangkan dia baru terkial-kial nak cuba mengingat huruf yang dihafal sebelum ini.
Kasihankan Ilhan, Bapak belikan Iqra' baru khas untuk dia. Sukalah dia. Khalish pun tengok semakin semangat nak belajar Iqra', tak nak kalah dengan adik dia..hehehe..

2 comments:

  1. baguslah kalau kecil-kecil lagi di dedah dengan al quran.

    pesan IM nanti sekolahkan dia di sekolah agama. biar habis duit, tak ngapa.

    bila dia besar nanti, sejuk hati kita meihat kewarakannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah mereka akan diberi pendidikan agama sebagai pendinding dugaan dunia yang amat mencabar ini...

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails