Translate

Sahabat Bapak

Saturday, May 19, 2012

Sustagen 100 % Nutritionland

Apabila susu formula jenama Sustagen menganjurkan pameran jelajah di Aeon Kinta City baru-baru ini,  Khalish dan Ilhan tidak melepaskan peluang.

Sesuai dengan motto 100 % Nutritionland, selain motif tersirat untuk menjual produk susu formula mereka dengan harga sedikit diskaun, pelbagai permainan interaktif sebagai pelajaran nutrisi sihat ditonjolkan untuk  kanak-kanak.

Sampai sahaja sebaik Orang Rumah Bapak menunjukkan sms jemputan, kami dihadiahi bantal kapal terbang. Khalish dan Ilhan pula masing-masing menerima topi tukang masak dan belon (yang kemudiannya kedua-dua belon itu meletup sebelum sempat sampai ke rumah..Khalish dan Ilhankan...)
Ada enam stesen permainan interaktif iaitu memasukkan roti di dalam mesin pembakar roti, belajar memanggang, mengisar buah-buahan, permainan video, minum sampel susu dan menimbang berat serta tinggi.

Semua stesen perlu dilalui untuk mendapatkan chop daripada kakitangan bertugas bagi membolehkan hadiah misteri berupa sampel susu Sustagen Kids diterima.
Khalish teruja mengikuti semua stesen permainan interaktif tetapi Ilhan kurang berminat. Dia lebih suka berpusing-pusing di sekeliling ruang legar pameran tersebut dan hanya pergi ke stesen minum sampel susu dan menimbang berat serta tinggi.



4 comments:

  1. kalau baba pameran ni..
    memang slalu kunjungi..
    dapat produk percuma..
    eehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting Khalish & Ilhan dapat pelajaran, produk percuma tu bonus je..heheh

      Delete
  2. bila anak masih diusia begini, memang seronok untuk bawa mereka ke sana kemari.

    sambil jalan-jalan selitkan nasihat dan dakwah supaya mereka ingat bila dewasa nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, memang itu hasrat tersiratnya..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails