Translate

Sahabat Bapak

Sunday, July 17, 2011

Tanda Ramadan semakin hampir

Semalam, Bapak menemani Orang Rumah Bapak menempah baju raya. Habis Khalish dan Ilhan turut diangkut bersama.

Di Ipoh, kami tiada tukang jahit khas, biasanya Orang Rumah Bapak menempah baju di Pasar Besar Ipoh. Senang, lepas habis urusan dengan tukang jahit, kami terus masuk ke dalam pasar, beli ikan dan barang basah..heheh...

Ini kali pertama Ilhan masuk pasar, bulat matanya menumpukan perhatian kepada objek yang pertama kali dilihat. Khalish dulu semasa belum beradik, pernah beberapa kali di bawa semasa kami memberi barang keperluan di Pasar Besar Ipoh yang dahulunya juga lokasi Super Kinta.

Tapi biasanya Bapak pergi sendiri ke pasar, Orang Rumah Bapak tunggu sahaja di rumah. Itu budaya ayah dan ayah mertua yang menurun ke Bapak...

Cerita pasal tempah baju raya maksudnya tak lama lagi nak puasa. Bulan Ramadan kali ini agak berbeza kerana ayah mertua dan mak mertua bercadang untuk menunaikan umrah sebulan sepanjang bulan puasa.

Insyaallah kami akan menghantar mereka di KLIA pada 28 Jun ini.... Ayah mertua dan mak mertua dijadual pulang ke tanah air pada 2 Syawal.

12 comments:

  1. lebihkurang dua minggu lagi kot nak puasa.. Banyak kedai dah mula buat sale sekarang ni... Kak tirana selalu beli baju yang ready made aje...hehehe

    ReplyDelete
  2. Kak Tirana,

    Orang Rumah Bapak pun biasa beli ready made je tp tahun ni ada orang hadiah kain ela, tu yg tempah tu..heheh

    ReplyDelete
  3. Sebelum ada Super Kinta, ada Emporium Perak. Kat situlah IM selalu lepak dengan kawan-kawan bila dapat duit upah jual durian...

    ReplyDelete
  4. nak dekat dah puasa
    seminggu je lagi :-)

    ReplyDelete
  5. IM,

    baru Bapak tahu, yang Bapak tahu Super Kinta je, Emporium Perak tak tahu..heheh..

    ReplyDelete
  6. Hans,

    insyaallah, semoga Ramadan ini, kita dapat manfaat sepenuhnya...

    ReplyDelete
  7. senang tempah baju awal2 kan sblm puasa tiba.

    salam ramadhan dari sy sekeluarga.

    ReplyDelete
  8. saya selalu beli baju dah siap je, seminggu or sehari sebelum raya, tapi kengkadang payah sket sbb saiz banyak dah abis. ;)

    dah lama dah tak tempah baju. ;) Neway, selamat menyambut bulan puasa!!! ;)

    ReplyDelete
  9. Kak Zana,

    selamat menjalani ibadah puasa buat Kak Zana sekeluarga

    ReplyDelete
  10. Yan,

    selamat menyambut puasa buat Yan juga

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails