Translate

Sahabat Bapak

Thursday, March 24, 2011

Saya ahli Kelab Upin & Ipin!

Khalish memang peminat fanatik Upin & Ipin. Dia menyebutnya Upi Ipi.

Setiap hari mesti nak tengok Upin & Ipin. Pagi, tengok vcd, tengah hari kat youtube, petang kat TV9 & malam di channel Disney. Khusyuk menonton animasi tersebut tanpa jemu walaupun kebanyakan episod ditayangkan diulang-ulang.
Bantal yang mempunyai gambar Upin & Ipin bersongkok dibeli atuk & neneknya di Kuala Terengganu antara bantal kesayangan Khalish selepas bantal busuknya.

Semasa meninjau-ninjau sorang-sorang di Karnival 'Deme Tanya, Pak Ngah Jawab' di Dataran MBI kelmarin, Bapak terserempak dengan gerai pameran Upin & Ipin.

Di situ sudah ada beberapa kawan Bapak. Rupa-rupanya mereka sedang mendaftar untuk Kelab Upin & Ipin untuk anak-anak dan diri sendiri.

Apabila terkenang Khalish, Bapak pun terjebak sama mendaftar keahlian. Sebab Khalish masih berumur di bawah 7 tahun, kad keahlian tersebut di bawah nama Bapak.
Selepas membayar RM15, Bapak dapat beberapa barangan percuma seperti sticker dan baju T. Menurut kakitangan bertugas, merek sudah mempunyai cawangan di Ipoh yang terletak di Greentown. Katanya boleh dapat discount kalau membeli barangan koleksi Upin & Ipin.

Baju T tu Bapak mintak size yang paling kecil untuk Khalish. Sampai ke rumah, Khalish punya teruja nak pakai baju T tu walaupun cam jubah je gayanya..heheh
Mewakili Khalish, Bapak bergambar ngan maskot Upin & Ipin...hehhe

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails