Translate

Sahabat Bapak

Monday, December 27, 2010

Perihal rambut Ilhan & Khalish

Hari ini Ilhan genap dua bulan. Menurut ibunya, Ilhan sudah boleh senget-senget badan seolah-olah nak meniarap..biar betul nak...hehehehh...

Sejak berusia sebulan Ilhan juga sudah boleh gelak-gelak kecil apabila diagah. Alhamdulillah Ilhan diberi susu badan walaupun kebanyakan masa Orang Rumah Bapak memerlukan 'pertolongan' mesin pengepam elektronik...

Seperti Khalish, Ilhan turut dilahirkan dengan rambut lebat, hitam berkilat dan ada side burn lagi...heheheh.... Namun rambut itu perlu digunting dan upacara bercukur tersebut telah dijalankan di rumah nenek baru-baru ini.
Tak macam Khalish yang meronta-ronta semasa hendak dicukurkan rambut ketika dia berusia 19 hari, Ilhan lebih berdisiplin dan rilek. Proses bercukur menjadi tenang dan cepat selesai.

Sesudah itu, kami bercadang untuk mengunting sedikit rambut Khalish yang kelihatan agak lebat dan panjang.

Tatkala menyedari mesin pengetam mula memotong rambutnya, Khalish yang pada mulanya riang dan agak lincah mula berubah watak.

Dia ketakutan dan mula meronta-ronta tidak mahu rambutnya digunting. Tapi Bapak memegang kuat badan Khalish bagi memastikan proses mengunting rambutnya sempurna.

Makin kuat Bapak memegangnya makin kuat raungan Khalish. Perkara itu memang sudah dijangka kerana ini bukan kali pertama Khalish bergunting rambut.
Memang setiap kali rambutnya digunting, dia akan melalak dan meronta-ronta tak mahu bergunting.

Raungan Khalish rupanya didengari ayah mertua Bapak yang ketika itu berada di rumahnya kira-kira 50 meter dari rumah nenek.

Sampai di rumah nenek, ayah mertua Bapak segera mengambil Khalish daripada pegangan Bapak.

"Apa korang nak buat ngan cucu aku ni? Dia tak gunting rambut, jangan paksa. Bila dah besar nanti mahu lah dia gunting rambut," kata ayah mertua Bapak.

Bapak, bapa saudara, mak saudara, nenek dan Orang Rumah Bapak terpinga-pinga melihat Khalish didukung atuknya untuk dibawa pulang ke rumah.
Yang tak tercegang cuma Ilhan yang matanya kelihatan stim setelah kepalanya semakin ringan....

2 comments:

  1. 50 meter bole dengar suara Khalish?... lepas ni bole masuk AF la... ;p

    ReplyDelete
  2. daripada AF, baik AQ...heheh...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails