Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, June 23, 2010

Pengajaran daripada Kumpulan A & B Piala Dunia 2010

Sudah masuk 13 hari Piala Dunia Afrika Selatan 2010 berlangsung.

Pusingan awal melibatkan kumpulan A dan B pun sudah berakhir dan empat pasukan yang layak ke pusingan kedua sudah diketahui. Uruguay, Mexico untuk kumpulan A sementara dua pasukan kumpulan B yang layak pula ialah Argentina dan Korea Selatan.

Afrika Selatan menjadi pasukan tuan rumah pertama yang gagal layak ke pusingan kedua dalam sejarah penganjurannya sejak 1930.

Biarpun bermain di gelanggang sendiri, sokongan padu penyokong dan kerajaan serta bantuan bunyi memekik vuvuzela tak cukup tak membantu skuad Bafana-bafana beraksi cemerlang.

Alasannya mudah pasukan Afrika Selatan yang kini berada di rangking 63 FIFA itu tak cukup mantap untuk pergi jauh. Alasan sama apabila pasukan badminton negara kita gagal dalam kempen Piala Thomas di gelanggang sendiri pada Mei lalu....

Perancis yang merupakan naib juara pada edisi 2006 juga tersingkir awal. Sebelum ini skuad yang pernah menjuarai Piala Dunia 1998 pernah menjadi juara bertahan pertama yang tersingkir di pusingan awal pada edisi 2002.

Jika diikutkan barisan pemain Perancis kini jauh lebih baik dan berbakat berbanding skuad Piala Dunia 2006 namun bola sepak bukan permainan individu tetapi berpasukan.

Individu yang perlu bertanggungjawab kerana gagal mengawal dan mengadun gabungan pemain-pemain untuk menyerlahkan kemampuan dan bakat sudah pastinya jurulatih, Raymond Domenech.

Dia sepatutnya disingkirkan selepas Perancis gagal dalam kempen Euro pada dua tahun lalu. Kini Laurent Blanc perlu memikul cabaran untuk memulihkan semula skuad ini.

Argentina pula cemerlang pada kempen awal biarpun reputasi jurulatih Maradona sering dipertikai sebelum ini.

Namun masih terlalu awal untuk mengatakan skuad yang pernah dua kali menjuarai Piala Dunia ini adalah calon utama merangkul gelaran.

Setakat ini Maradona agak bergantung kepada kehebatan skil individu pemain-pemainnya. Taktikal dia bakal diuji mulai pusingan kedua ini dan jika berjaya sama-samalah kita bayangkan Maradona berlari bogel di sekitar Obelisk, Buenos Aires..heheh...

Kejayaan Korea Selatan melangkah ke pusingan kedua buat pertama kali luar gelanggang sendiri membuktikan mutu pasukan Asia sudah bertambah baik.

Adakah selepas ini giliran England dan Jerman pula yang akan tersingkir? Mampukah Ghana dan Algeria membawa maruah benua Afrika ke pusingan kedua setelah kegagalan Afrika Selatan, Nigeria dan Cameroon? Malam ini penentu segalanya...

8 comments:

  1. bola itu bulat.team mana pun boleh jadi juara.

    ReplyDelete
  2. Mr Penyu,

    bola jabulani yang dorang pakai ni x berapa bulat bro...heheh..

    ReplyDelete
  3. x pernah nonton pun Piala Dunia nie.


    Agak agak Jepun ada harapan tak?

    ReplyDelete
  4. pB,

    Jepun dah kalah ngan Paraguay semalam...hehe...

    ReplyDelete
  5. Kak Sonata,

    dunia je kak...hehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails