Translate

Sahabat Bapak

Sunday, February 22, 2009

Mimpi Ngeri Orang Rumah Bapak


Kisah ini berlaku beberapa hari lalu. Pagi tu sebaik sahaja Bapak bangun dari tidur setelah jam loceng berbunyi kira-kira 6 pagi..Bapak tengok Orang Rumah Bapak yang tidur di sebelah terjaga dalam keadaan muka terkejut dan badannya berpeluh-peluh.

Panik juga Bapak, dah nak bersalin ke? Takkan lah, baru enam bulan. Pelan-pelan Bapak tanya Orang Rumah Bapak..Rupa-rupanya beliau baru mengalami mimpi yang ngeri. oh..buat suspen jer..

Orang Rumah Bapak pun bangun daripada pembaringannya dan sambil memegang tangan Bapak, beliau pun bersungguh-sungguh bercerita pasal mimpinya.

Dalam mimpi itu, Orang Rumah Bapak kata, beliau di bawa masuk ke dalam kamar mahkamah dengan keadaan bergari gara-gara tidak membayar kompaun trafik PBT. Tambah menakutkan Orang Rumah Bapak, kejadian wanita mengandung yang digari (Orang Rumah Bapak la) itu dirakam oleh ramai jurugambar media yang berpusu-pusu membuat liputan.

Bapak nak tergelak pun ada lepas dengar cerita mimpi Orang Rumah Bapak yang 'dramatik'itu, namun tak sampai hati bila beliau sungguh-sungguh minta Bapak lunaskan kompaun tersebut hari itu juga.

Sebenarnya notis kompaun kesalahan trafik PBT itu, Orang Rumah Bapak terima September lalu selepas main redah parkir kereta ketika hendak beli barangan dapur di sebuah pasar besar di sini.

Masa Orang Rumah Bapak beri notis kompaun tu, Bapak dah janji nak selesaikan tapi biasalah asyik bertangguh jer sampai terlupa dan cerita pasal ia hilang cam tu sahaja.

Kisah notis kompaun trafik PBT itu timbul semula sehari sebelum pagi itu selepas ayah mertua Bapak hubungi dan beritahu notis terakhir kompaun tu dah sampai di rumahnya di Melaka.

Ayah mertua Bapak minta selesaikan segera kerana menurutnya notis tersebut ada menyatakan kalau tak bayar dalam masa ditetapkan, tindakan mahkamah mungkin akan diambil.

Mungkin sebab tu lah, Orang Rumah Bapak risau sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

Hari tu, sebelum pergi kerja, Bapak ambil notis kompaun tu dari dalam fail yang tersimpan rapi di bilik bacaan dan tengah hari itu juga , Bapak cilok jap pergi bangunan PBT tu yang tak jauh dari pejabat Bapak untuk bayar kompaun tersebut.

Tersenyum lega Orang Rumah Bapak apabila Bapak beritahu dah selesaikan kompaun trafik PBT tu dan lepas ni tak perlulah mengigau lagi...

7 comments:

  1. Kah...kah...kah...mimpi bekas wartawan..mesti kena tangkap gambar klip klop juger..

    ReplyDelete
  2. Bapak,
    Moral of the story nye.. kalau kena kompaun tu cepat-cepatla bayar.. hehe

    ReplyDelete
  3. daddy & catz_mafia : betul..betul..betul..heheh

    ReplyDelete
  4. Kesiannya! Sampai mengingau ngigau pasal saman tak bayar! Osahlah rakyat yang benar2 setia kepada undang2, syabas Bapak!

    ReplyDelete
  5. Kalau saya dapat mimpi mcm tu...saya tepuk2 bantal dan tido balik. Ngeeee. Gurau jek....


    Moralnya jgn cari masaalah dengan saman la bapak......heheh.

    Saya plak, kalo blm byr saman, bila nak keluar rumah tu...rasa mcm ada org perhati...heheheh

    Padahal, perasan sendiri jek. Maklum, org buat salah....

    ReplyDelete
  6. adei,suspen aku bapak! hang dari zaman study(dok sebilik ngan bapak) sampai la dh kawen,asyik dok buat org suspen je oit!!!!!!hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails