Sejak dua minggu lalu keluarga Bapak dilanda selesema dan batuk. Mula-mula Orang Rumah Bapak, kemudian menjangkit kepada Khalish.
Sepanjang dua tiga hari, dia tak aktif dan asyik terbaring je. Bagus juga takde senario barangan mainan terbang; salah satu cara bermain yang paling Khalish suka...Yang tak sedap, dia asyik menangis seraya hingus meleleh ke bawah hidung...
Selepas Khalish kebah, giliran Ilhan pula menyusul. Sepanjang malam dia tak lena tidur. Penyudahnya, doktor menasihat Ilhan menjalani nebulizer..alahai...
Sekarang giliran Bapak pula.Semalam gara-gara ubat selesema, setengah hari Bapak mamai dekat depan skrin komputer...
Translate
Sahabat Bapak
Thursday, September 29, 2011
Friday, September 23, 2011
Baru merangkak, tangga sudah ditawan
Sejak kelahiran Ilhan, tangga batu yang setinggi 16 tingkat sudah di pagar.
Sering kali juga Khalish membuat taktik membaling bantal busuk dan permainannya ke arah tangga untuk mempengaruhi ayah dan ibunya membuka pintu pagar itu namun biasanya tidak berjaya.
Bagaimanapun pintu pagar tangga itu akan dibuka pada selepas Subuh dan hampir waktu Maghrib untuk kemudahan Khalish.
Pagar dibuka pada awal pagi untuk memudahkan Khalish menjejak Bapak dan Orang Rumah Bapak sebaik bangun tidur, jika tidak dia akan melalak sakan sampai ayah dan ibunya di depan mata.
Waktu Maghrib pula untuk membolehkan dia solat jemaah bersama-sama. Bukan betul-betul, berlatih sahaja.
Dengan berkopiah dan sejadah dia dibentangkan di saf belakang, Khalish akan meniru gerak dan bacaan solat (sujud masih tak lepas, asyik jadi posisi berbaring pula..heheh)
Ilhan pula sejak berlatih berdiri ini sudah pandai memegang pintu pagar tangga sambil mengoyang-goyangkannya tapi setakat itu sahajalah...heheh..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa hari lalu seperti biasa selepas Subuh, Bapak membuka pintu pagar tangga. Khalish dan Ilhan bangun awal dan pagi-pagi mahu menonton VCD Upin Ipin di ruang tamu sambil pintu pagar dibiarkan ternganga. Orang Rumah Bapak sedang sibuk memasak sarapan di dapur.
Bapak naik semula ke bilik tingkat atas untuk bersiap ke tempat kerja. Sedang bersiap, Bapak terdengar bunyi tapak kaki melangkah setapak demi setapak anak tangga. Ingatkan Khalish rupa-rupanya Ilhan!
Dia yang baru tahu merangkak dan berlatih berdiri tersengih meniti anak tangga ke-10. Orang Rumah Bapak meluru keluar dari dapur dan menjerit dari bawah, Khalish yang sebelum ini sedang ralit menonton tv buat-buat prihatin memarahi adiknya naik tangga senyap-senyap.
Ilhan tak peduli dengan semua reaksi itu dengan selamba meneruskan pendakiannya hingga anak tangga terakhir kemudian tergelak apabila Bapak segera mendukungnya.
Kejadian hari itu nampak tak beri pengajaran kepada kami, semalam Ilhan yang kini berusia 10 bulan memanjat tangga sekali lagi selepas melihat pintu pagar terbuka. Kali ini lebih yakin namun sebaik sampai ke tingkat atas, dia hendak turun tangga pula dengan cara merangkak, nasib baik cepat-cepat disambar Bapak yang sedia memantau dari awal.
Apa pun selepas ini peraturan membuka pintu pagar tangga akan diperketatkan....

Labels:
keluarga
Wednesday, September 21, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)