Translate

Sahabat Bapak

Thursday, January 27, 2011

Sapa yang kena injek ni?

Hari ini Ilhan genap berusia tiga bulan. Dari malam semalam dah bagitahu dia, pagi ini dia akan dibawa melawat Klinik Desa Chepor untuk mendapat suntikan.

Cadangnya awal-awal pagi lagi, nak pergi ke klinik itu tapi Ilhan bantai tidur sampai pukul 11 pagi. Selalunya pukul 7.30 pagi dah bangun minum susu tapi pagi ni tak sedar-sedar walaupun ditidurkan di atas tilam di ruang tamu dengan bunyi televisyen dan suara besar abangnya, Khalish yang syok sendiri menjerit sorang-sorang masa bermain. (biasanya Ilhan tak suka bunyi bising kalau tidur sebab tu buainya diletakkan di bilik tetamu nun di belakang rumah agar sunyi sepi).

Tak tahulah itu taktik dia agar tak disuntik imunisasi tapi bila sudah pukul 11 pagi, mahu tak mahu kena kejutkan Ilhan dan terus mandikan dia yang dalam keadaan mamai-mamai.

Sampai di klinik desa yang letaknya tak sampai 3 km dari rumah, memang sudah ramai bayi dan ibu mengandung menunggu giliran untuk menemui pegawai perubatan. Bapak biarkan Khalish bermain di playground.

Semasa menunggu giliran Ilhan diperiksa, Orang Rumah Bapak menerima syarahan khas bertajuk 'perancangan keluarga' gara-gara sudah mempunyai dua orang anak dalam usia perkahwinan menjangkau tiga tahun pada Mei depan...

Sampai giliran Ilhan yang kini sudah seberat 6.2 kg masuk ke bilik rawatan, muka Khalish tiba-tiba berubah, dia cepat berlari menuju ke pintu klinik desa itu untuk keluar. Bapak cepat memintasnya dan mendukung dia kembali masuk ke bilik rawatan untuk menemani Ilhan dan Orang Rumah Bapak.

Khalish meronta-ronta dan meraung serta menunjuk-nunjuk kereta yang diparkir di perkarangan klinik sambil berkata na nak, na nak (tak nak)...

Sebaik sahaja diletakkan di baby seat, Khalish yang pucat menunjukkan isyarat minta tali kaledar baby seat itu diketatkan. Selepas permintaannya dituruti dan diberi makan biskut barulah dia senyap.

Terpaksa Bapak turut sama berkurung dalam kereta sambil nyanyi sorang-sorang lagu kedengaran di radio..tak lama kemudian Orang Rumah Bapak menuju ke kereta sambil mendukung Ilhan yang buat muka rilekDalam bahasanya yang tersendiri, Khalish minta Bapak pandu kereta cepat-cepat keluar dari klinik desa itu...Siapa sebenarnya yang kena suntik ni? hehe....

Sunday, January 23, 2011

Ayuh belajar bersama Khalish

Khalish sudah berusia setahun lapan bulan sementara Ilhan beberapa hari lagi genap tiga bulan.

Bapak dan Orang Rumah Bapak sedaya upaya mahu memastikan tumpuan kepada Ilhan sekarang tidak menjejaskan emosi Khalish apatah lagi pembesaran dan pembelajarannya. Biarpun pada awalnya, Khalish kerap menimbulkan emosi cemburu namun kini semakin dia menyayangi adiknya..(walaupun kebanyakannya tak kena gaya...heheh).

Pada usia hampir dua tahun, Khalish sudah boleh menyebut beberapa perkataan mudah dan semakin memahami tutur percakapan orang lain terutama ayah dan ibunya.

Begitupun Khalish yang agak ringan mulut kebanyakan masa menggunakan bahasanya sendiri (agaknya campuran bahasa Jerman campur Perancis...heheh).
Sehubungan itu niat kami untuk mengajarnya Iqra' terpaksa dipendam terlebih dahulu sehingga dia boleh bertutur dengan sempurna. Namun kami memperkenalkan huruf, nombor dan huruf hijaiyah secara perlahan-perlahan sejak berusia 6 bulan.

Mulanya dengan menggunakan kad pengimbas dan buku. Bagaimanapun kami dapati Khalish lebih tertarik dan fokus dengan media interaktif seperti DVD dan VCD tapi di Ipoh ni agak sukar untuk mendapatkan bahannya...

Buat masa sekarang kami beralih menggunakan beberapa video klips di youtube. Antaranya : -



Monday, January 10, 2011

Tolong ingatkan...

Pelbagai reaksi diberikan selepas lagu 'Tolong Ingatkan Aku' nyanyian Ana Raffali dinobatkan sebagai juara AJL 25.

Kejutan itu menyebabkan ramai yang mempertikai hingga ada segelintir sanggup membuat page 'Kami tidak setuju Ana Raffali menang AJL 25' di facebook...hehhe.... dakwa mereka bukan anti Ana Raffali tapi tak setuju dengan keputusan juri AJL 25 yang antara anggotanya ialah M. Nasir..heheheh..
Ini bukan satu-satunya kejutan AJL kerana sebelum ini pun telah banyak kejutan berlaku seperti Mimpi Laila nyanyian Yassin muncul juara pada edisi 2001 dan Keliru (Ajai & Nurul) pada 2002...

Bapak sebenarnya tak berapa fokus sangat nonton AJL 25 pasal pada malam sama ada juga perlawanan Piala FA Man United-Liverpool. Tapi biasanya Bapak terpaksa beralah dengan Orang Rumah Bapak yang menguasai televisyen menyebabkan Bapak memantau perlawanan bola menerusi internet sahaja....hehe...

Apapun seperti Orang Rumah Bapak selalu bebelkan kat Bapak, walaupun Man United menang piala seantero planet pun, apa kita dapat?

Bukan kelab itu kongsi sikit hasil tiket stadium, royalti hak penyiaran dan ganjaran kemenangan dengan kita...

Biarpun kali ini Bapak pulangkan paku buah keras pula...apa nak dikecohkan sangat Faizal Tahir kalah ngan Ana Raffali...

Kalau jadi juara pun, dia setakat kongsi kegembiraan je dengan peminatnye...heheh...Jangan kacau-bilau emosi dengan perkara remeh-temeh macam ni...hehhe...

Apapun persembahan malam tadi yang paling melekat pada fikiran Bapak ialah lagu 'Sekadar di Pinggiran' oleh Francissca Peter..

Walaupun muka Bapak nampak ganas dan dikenali sebagai mat rock tegar tapi Fran tetap di hati Bapak beb...heheh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails