Translate

Sahabat Bapak

Saturday, May 25, 2013

Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Sewaktu melalui pekan Merbok dalam perjalanan ke Tanjung Dawai, Bapak perasan papan tanda Muzium Arkeologi Lembah Bujang berhampiran Balai Polis Merbok.

Alang-alang sudah sampai, kami berkunjung ke muzium tersebut sejurus pulang dari Tanjung Dawai.  Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini terletak di Bukit Pahat. Ia berada di hujung jalan selepas kita menyusuri kem PLKN, resort dan pusat penternakan lebah madu.

Galeri muzium yang telah dibuka sejak 1980 ini mempamerkan batuan-batuan dan serpihan candi yang dijumpai daripada kerja-kerja cari gali oleh ahli arkeologi.
Bapak memang minat sebab masa kecil-kecil dulu pernah ada cita-cita nak jadi ahli arkeologi..hehehe... 

Bapak terangkan serba ringkas tentang sejarah Lembah Bujang kepada Khalish yang asyik bertanya. Tapi rasanya tak berapa nak faham lagi kecuali dia rasa gembira dan kagum tengok senibina candi-candi yang terdapat di sini..heheheh
Lembah Bujang  pernah menjadi pusat perdagangan utama dan peradapan pra-Islam (Hindu dan Buddha) pada kurun ke-3 hingga kurun ke-14. 

Ada empat candi yang terdapat di Lembah Bujang ini iaitu Candi Pendiat, Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pengkalan Bujang dan Candi Bendang Dalam.
Namun sebab kekangan masa, kami cuba sempat melawat Candi Pendiat sahaja. Harap lain masa berpeluang untuk mengunjungi baki tiga lagi candi tersebut yang kesemuanya terletak di puncak bukit.

6 comments:

  1. Kalau pi Penang, jangan lupa tengok muzium perang, taman negara terkecil di Malaysia dan sungai sedim!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah IM. Bapak memang minat untuk berkunjung ke Muzium Perang.

      mungkin beberapa tahun lagi, tunggu kenangan ngeri di Penang tahun lepas reda dulu..hehehe

      Delete
  2. Akulah Bapak,

    Kalau berpeluang, saya juga ingin menjenguk tempat itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujang,

      insyallah, Bapak doakan semoga diberi kesempatan untuk ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

      p/s : panggil saya, Bapak sahaja, ok..hehehe

      Delete
  3. assalamualaikum,

    salam ukhuwah dari bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      salam ukhwah dan terima kasih berkunjung ke sini Bunda

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails