Translate

Sahabat Bapak

Thursday, February 11, 2010

Orang ada hp, Khalish pun nak hp

Salah satu 'permainan' kesukaan Khalish ialah telefon bimbit. Bukan yang mainan tetapi asli. Semestinya yang menjadi 'mangsa' ialah telefon bimbit ayah dan ibunya.

Nak kata Khalish suka mengajuk tingkah laku Bapak dan Orang Rumah Bapak menggunakan telefon bimbit berkenaan tak juga kerana setiap kali kedua-dua Atuk, Nenek dan Nenda mahu berbual mahupun mendengar suara dia di talian, Khalish akan mendiamkan dan membatukan diri. Lepas talian ditamatkan baru dia bersuara sakan semula...

Khalish suka memegang dan bermain dengan telefon bimbit. Dia juga suka lihat fotonya yang menjadi background skrin kedua-dua telefon bimbit ayah dan ibunya serta cahaya yang keluar dari skrin berkenaan apabila keypadnya ditekan.
Tapi kalau setakat itu sahaja takpa la, dia memperlakukan telefon bimbit itu seperti barang permainannya yang lain. Kadang-kala apabila dia dah naik 'syeikh', dihempas-hempas dan dihempuk-hempuk ke lantai telefon bimbit itu.

Nak dibelikan Khalish telefon mainan tapi tak yakin pula, maklumlah kebanyakannya buatan China, nanti risau digigit-gigit kerana dikhuatiri warna permainan berkenaan mengandungi toksik...

Akhirnya Bapak mengikut cadangan Orang Rumah Bapak agar 'menghadiahkan' Khalish salah satu daripada koleksi telefon bimbit Bapak yang telah rosak.

"Khalish, ni hp baru Khalish!," kata Bapak sambil menghulurkan telefon bimbit rosak itu kepadanya.

Khalish menyambut telefon bimbut itu dengan girang. Tak lama kemudian dia memicit-micit keypad telefon bimbit itu seperti kelaziman.

"A..a...," kata Khalish sambil memandang tepat ke muka ayah dan ibunya seolah-olah bertanya kenapa skrin telefon bimbit tersebut tak bercahaya dan memaparkan fotonya seperti selalu..

Bapak dan Orang Rumah Bapak buat-buat tak tahu sahaja. Beberapa saat kemudian, telefon bimbit terbabit dilempar Khalish ke dinding.

Berlari anak mendapatkan telefon bimbit itu sambil Orang Rumah Bapak mendukung Khalish yang menangis... tak menjadi taktik kami rupanya....heheheh

2 comments:

  1. Tu dia...dah besar rupanya Khalish.. Dah bijak pun..boleh berfikir..boleh memilih.. Lepas ni ayahanda dan bonda tak boleh main kelentong dengan Khalish lagi sebab Khalish dah pandai membezakan yang mana satu talipon rosak dan tidak rosak..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Kak Tirana,

    Khalish dah semakin bijak sekarang..heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails