Monday, May 18, 2009

Selamat Melihat Dunia Anakku!

Alhamdulillah, Orang Rumah Bapak selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram tepat 4.10 petang pada 12 Mei lalu bersamaan 17 Jamadil Awal 1430 Hijrah.

Bayi kami dilahirkan melalui pembedahan caesarean setelah pintu rahim hanya terbuka sedikit kira-kira hanya 2 cm sedangkan air ketuban sudah pecah dan kandungan pula dikhuatiri boleh lemas.

Apapun Bapak bersyukur semuanya telah selamat. Orang Rumah Bapak dan anak sulung kami telah dibenarkan keluar hospital pada dua hari kemudian.


Orang Rumah Bapak kini dalam proses berpantang dan pemulihan daripada pembedahan sementara anak Bapak sihat dan cergas walaupun masih mengalami demam kuning yang minimum.

Terima kasih kepada semua yang tak putus-putus mendoakan keselamatan Orang Rumah Bapak dan bayi.

Tak lupa penghargaan kepada kekawan yang mengelarkan diri ini sebagai Bapak sejak 1998. Ternyata 'doa' kalian sejak 11 tahun lalu termakbul sudah. Bapak kini sah bergelar Bapa. Bukan 'Bapak' anak kunci atau anak tekak lagi tetapi Bapa kepada zuriat keturunan sendiri.

Mempunyai zuriat sendiri bermakna amanah yang perlu dipikul Bapak semakin bertambah. Syukur kepada Allah, kepadaNya juga Bapak memohon agar diri ini diberi kekuatan dan kesabaran untuk menjalankan tanggungjawab besar ini.

11 comments:

  1. Tahniah dari kak Myza untuk Bapak dan isteri di atas kelahiran putera sulung! Semoga dia akan menjadi seorang anak yang soleh, insyallah! Amin...! hadiah paling bermakna sempena Hari Bapa tak lama lagi!

    ReplyDelete
  2. Daddy & Kak Myza : terima kasih

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada anda berdua...kehadiran anak2 akan melengkapkan lagi hidup kita...jaga isteri n jaga anak elok2!

    ReplyDelete
  4. Bapak skrg dah busy nampak...tahniah,,,alhamdulillah. Siapa nama anak?

    Oprate? sama group ngan saya. Anak saya 2-2 oprate...biasa jek..

    ReplyDelete
  5. taniah...
    syukur semua selamat

    ReplyDelete
  6. DUN : terima kasih, insyaallah Bapak akan sentiasa pegang nasihat tu.

    Kak Arryani : terima kasih. Nama anak? tunggu...hhehe...nanti Bapak bukak entry khas untuk itu..

    Hanis : terima kasih

    ReplyDelete
  7. Tahniah! Alhamdullilah, semoga ibu & anak & bapak yang akan menjaga anakanda sentiasa sihat walafiat...Itu adalah amanah Allah swt.

    ReplyDelete
  8. Kak Sonata : terima kasih. insyaallah Bapak akan jaga amanah ini sebaiknya.

    ReplyDelete
  9. Bapak,
    Ala tomei nye budak tecik tu... Tahniah untuk bapak dan orang rumah bapak..

    ReplyDelete
  10. Ana : terima kasih, tomei...mana tumpahnya kuah kalu tak ke nasi...hehehhe

    ReplyDelete