Tuesday, May 19, 2009

Hepi Birthday My Wife (Edisi Jiwang)



Hari ini (19 Mei 2009) adalah ulang tahun kelahiran Orang Rumah Bapak yang ke-26.

Kepada Orang Rumah Bapak, terima kasih atas segala cinta, kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini terhadap suamimu.

Penghargaan tak terhingga juga kerana telah bersabung nyawa melahirkan benih cinta kita tempoh hari. Semoga dapat menjalani tempoh berpantang dengan sebaiknya di kampung halaman nun jauh di Masjid Tanah, Melaka.

Maafkan suamimu kerana tidak dapat berada di sisi pada hari istimewa ini kerana tuntutan fitrah.

Namun biarpun kala ini, kita berjauhan sementara sejauh kira-kira 350 kilometer, percayalah ingatan, cinta dan kasih sayang lelaki ini terhadapmu tetap utuh.

5 comments:

  1. Tahniah 2 kali ganda buat Org Rumah Bapak . Ulang tahun and Kelahiran .

    Juga SELAMAT lah berpantang . Ingat and jaga diri tuh elok2...ok.

    ReplyDelete
  2. Linda : Bagi pihak Orang Rumah Bapak, terima kasih diucapkan.

    Insyaallah, Bapak akan sampaikan pesan Linda kepada beliau

    ReplyDelete
  3. Bapak,
    Memang jiwang.. hehehe..
    Anyway, happy birthday to orang rumah bapak..

    ReplyDelete
  4. muda lagi org umah bapak...
    sama umor tueeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  5. Ana : bagi pihak Orang Rumah Bapak, terima kasih diucapkan

    Hanis : nak buat camner Hanis, baru dua tahun keje pas grad, Orang Rumah Bapak dah kena sambar ngan Bapak..heheh

    ReplyDelete