Monday, May 11, 2009

Detik itu semakin hampir

Sebentar tadi Bapak terima berita dari Melaka. Bapak dikhabarkan saat-saat kelahiran sudah semakin hampir. Menurut Orang Rumah Bapak, doktor bertindak menahannya di hospital setelah menyedari air ketuban dalam rahim mulai menyusut. Kalau tak esok mungkin
lusa...


Bapak bergegas mengemas apa yang patut, tak lupa sijil nikah dan senarai top three nama baby yang bakal lahir itu. Sekejap lagi enjin kereta akan dihidupkan dan Bapak bakal mula bergerak dari Ipoh.

Nada suara Orang Rumah Bapak di corong telefon bimbit tadi tenang sahaja tapi debaran di dada Bapak, Allah sahaja yang tahu.

Tak semena-mena Ipoh yang dah berbulan-bulan panas terik, dibasahi hujan selebat-lebatnya kala ini. Dengar cerita ada peristiwa penting berlaku melibatkan kepentingan negeri ini lebih kurang sejam lalu... Bapak tak sempat ambik pusing, dalam fikiran kini hanyalah Orang Rumah Bapak dan bayiku...

Semoga semuanya selamat.

7 comments:

  1. Bawak bertenang Bapak...Pandu cermat...jangan tergopoh gapah...berhati2 di jalan raya. Semoga semuanya selamat...

    ReplyDelete
  2. Cool...Rilek...bawak betenang...Insyaallah slamat semuanya nnti...

    Tentang berita penting kat negeri bapak tu, biarkan orang yg bertanggungjawab menguruskannya...

    Doa dari kami agar semua dilindungi Ilahi

    ReplyDelete
  3. salam bapak
    ermm moga semuanya selamat..

    ReplyDelete
  4. Kak Sonata, Kak Arryani & Cikgu Rashid :

    terima kasih. alhamdulillah semuanya selamat, Orang Rumah Bapak selamat melahirkan zuriat oertama kami petang semalam

    ReplyDelete
  5. Anak apa? Laki ke pom ? Tahniah bapak.....tahniah...alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. Kak Arryani : terima kasih. Anak lelaki

    Samm : terima kasih gak

    ReplyDelete