Thursday, February 17, 2011

Kuning & Biru

Pada penghujung tahun lalu, Bapak menukar talian telekomunikasi pascabayar telefon bimbit daripada 'Biru' kepada 'Kuning'.

Saja mahu beralih angin setelah 10 tahun setia dengan 'Biru'.

Februari adalah bulan pertama Bapak perlu membayar bil telefon yang menggunakan talian 'Kuning'.

Pagi tadi, pergilah Bapak ke pusat perkhidmatan 'Kuning' yang letaknya bersebelahan dengan pusat perkhidmatan 'Biru'.

Seperti di 'Biru', Bapak juga mahu membayar bil dengan menggunakan mesin pembayaran automatik.

Berkali-kali ditekan-tekan skrin sesentuh mesin pembayaran automatik tersebut namun gagal berfungsi walaupun tidak rosak ataupun tergendala.

Nasib baik datang seorang pengawal keselamatan separuh usia mahu membantu.

"Bukan tekan cam tu dik, lentikkan sedikit jari tu," jelasnya sambil menunjukkan aksi jari lentiknya pada skrin sesentuh tersebut.

Kemudian Bapak mengikut saranannya walaupun hati nak tergelak melihat aksi 'jari lentik' sendiri.

Tak sampai dua saat, not duit kertas terakhir memasuki perut mesin pembayaran automatik itu, 'Kuning' terus menghantar SMS mengesahkan pembayaran bil sudah diterima.

Kagum juga dengan kepantasan memberi respons kerana dengan 'Biru' dulu biasanya paling cepat 2 minit.

Begitupun urusan Bapak tak selesai kerana resit bukti pembayaran pula tak keluar.

Kalau ikutkan hati nak blah sahaja tetapi pak Guard tadi minta Bapak tunggu sebentar kerana resit akan keluar dari perut mesin pembayaran automatik itu setelah pelanggan kedua selesai berurusniaga.

Biarpun pelik, Bapak layan dan tunggu memandangkan telah ada seorang pelanggan lain menunggu di belakang.

Sambil menunggu pelanggan itu mengurus bilnya, Bapak membaca senaskhah surat khabar berbahasa Inggeris yang diedarkan secara percuma di situ.

"Ha, ini resit encik, ini pula resit encik (pelanggan kedua," kata Pak Guard terbabit sambil menghulurkan resit kepada kami berdua.

Dengan penuh kehairanan, Bapak dan pelanggan kedua yang juga seorang lelaki hampir sebaya dengan Bapak saling berpandangan.

Kami ketawa serentak!hehehe...

8 comments:

  1. No tukar ke tak? Ko jangan buat aku pening nak hantar berita kang...

    ReplyDelete
  2. Daddy Cool,

    dont worry, no sama.

    ReplyDelete
  3. Abu Aiman,

    memang, macam2..hehe...

    ReplyDelete
  4. bagus tak guna kuning? ke sama je mcm biru? hijau tak pernah pakai ke?

    ReplyDelete
  5. cik bedah,

    rasanya caj dikenakan kuning murah dr biru..hijau x pernah pakai lagi, kan dulu Bapak loyal ngan biru...heheh

    Bapak tgh pk nak terminatekan jgk broadband biru ni...antara reason blog ni terabai pasal service cam siput babi...tapi bil broadband biru, company bayar, tu yg dilema ni...heheh..

    ReplyDelete
  6. Cikgu Iman,

    tgh pikior nak guna broadband maxis...heheh

    ReplyDelete