Sunday, January 9, 2011

AKULAH BAPAK sudah dua tahun

Hari ini genap dua tahun blog Akulah Bapak bersiaran. Satu-satunya blog peribadi yang dipunyai dan alhamdulillah masih konsisten sehingga hari ini.

Bapak akui bukanlah penulis blog yang prolifik. Buktinya cuma menghasilkan 90 posting pada 2009, 88 (2010) dan inilah posting pertama pada tahun ini...hampeh..heheh...

Begitupun Bapak amat menghargai semua rakan-rakan yang sudi berkunjung ke sini apatah lagi menjadi pengikut dan meninggalkan jejak di blog ini. Kebanyakannya hanya Bapak kenal di alam maya
Antara header terawal....

Biarpun mula wujud pada 9 Januari 2009, posting pertama 'Bapak sudah angau' hanya dibuat pada 27 Januari tahun sama. Bapak masih ingat 3 pengomen terawal iaitu Minal, ckLah dan Sam.

Maaf pada masa itu, Bapak tak membalas komen-komen tersebut kerana masih tak tahu bagaimana nak membalasnya..heheheh (bukan menyombong tau ckLah..heheh)

Ketika blog ini diwujudkan Orang Rumah Bapak ketika itu sedang hamil tiga bulan anak sulung kami, Khalish yang kini sudah berusia satu tahun lapan bulan. (sudah beradik pun, Ilhan yang baru dua bulan mengenal dunia...heheh)

Debaran bakal menjadi seorang bapa ketika masih belajar-belajar bertanggungjawab sebagai seorang suami kadang-kadang membuatkan Bapak risau. Gelabah tentang kemampuan untuk menjalankan tanggungjawab yang semakin besar...

Oleh itu pengalaman-pengalaman diri dicoretkan di sini. Bukan diari harian tetapi beberapa peristiwa seharian terpilih yang memberi pengajaran hidup. Yang baik diteruskan, yang silap diperbetulkan.

Maka itu kebanyakan posting di blog Akulah Bapak ini banyak berkisar tentang kehidupan Bapak sekeluarga, jarang sekali Bapak bercerita tentang kerjaya dan berkomentar dan mengomel hal orang lain.

Sempena ulang tahun kedua ini, Bapak berazam untuk lebih rajin membuat coretan di sini..hehe...

16 comments:

  1. Salam

    happy anniversary Akulah Bapak..semoga terus hidup di tengah2 kepesatan blog

    ReplyDelete
  2. Cikgu Imanshah,

    terima kasih, sokongan kawan2 seperti cikgu menyemarakkan lagi Akulah Bapak...

    ReplyDelete
  3. Salam



    selamat hari jadi

    semoga terus berkarya ....

    ReplyDelete
  4. pB,

    terima kasih. insyaallah akan terus berkarya..

    ReplyDelete
  5. selamat hari ulang tahun...teruskan berblog Akulah Bapak...agi idup gai ngalaban...he3x

    ReplyDelete
  6. apisv2,

    insyaallah...terima kasih!

    ReplyDelete
  7. Kak Sonata,

    terima kasih! insyaallah Akulah Bapak akan terus hidup

    ReplyDelete
  8. selamat ulangtahun ke 2.
    Teruskan mencoret!

    ReplyDelete
  9. Abu Aiman,

    terima kasih. sokongan kekawan kuatkan semangat terus mencoret!

    ReplyDelete
  10. insyaAllah, IM akan follow selagi bermasa...

    ReplyDelete
  11. ckLah pertama komen? Tak perasan pun...
    Waktu tu ckLah sedang peramah di dunia blog...

    Sekarang...hmm, bukan juga menyombong....

    ReplyDelete
  12. hmmm, ya selamat berblog Ayah Khalis dan juga ilhan...

    ReplyDelete
  13. ckLah,

    sapa kata ckLah menyombong?...hehhe...

    bukan yg pertama komen ckLah, yg kedua selepas Minal...

    ReplyDelete