Tuesday, October 19, 2010

Susu Ibu vs Susu Formula

Semasa menunggu kelahiran Khalish dulu, Bapak dan Orang Rumah Bapak berazam untuk memberi anak sulung kami ini dengan susu ibu sepenuhnya.

Malah botol susu langsung tiada dalam senarai barangan kelengkapan menyambut Khalish.

Namun kita merancang, perancangan Allah lebih baik. Sejurus Khalish dilahirkan, setitik susu ibupun gagal dikeluarkan Orang Rumah Bapak.

Rasa nak mengalir air mata melihat Khalish bersungguh-sungguh cuba menghisap areola tapi susu tak keluar-keluar... Akhirnya mahu tak mahu Khalish diberi susu formula oleh pihak hospital.

Menurut doktor pakar bidan, senario susu ibu tak keluar sejurus kelahiran itu mungkin berpunca daripada kelahiran menerusi cesarean yang dialami Khalish dan biasanya ia akan normal (susu ibu akan keluar) selepas dua hari bersalin.

Memang susu ibu Orang Rumah Bapak keluar pada lewat hari kedua kelahiran tetapi ia tidak begitu memberansangkan biarpun dibantu penggunaan pam susu manual.

Khalish cuma menerima susu ibu selama kira-kira dua minggu sahaja. Susu ibu kering begitu sahaja selepas itu walaupun pelbagai usaha telah dibuat...Terpaksalah susu formula menjadi alternatif.

Setelah meminta pandangan doktor bayi dan pakar farmasi, Bapak memilih Enfa. Bermula dari Enfalac A+, Enfapro A+ setelah berusia 6 bulan dan insyaallah akan beralih kepada Enfagrow pada bulan depan.
Walaupun mengakui susu formula jenama itu tidak mampu menggantikan khasiat susu ibu, pencapaian Khalish setakat hari ini begitu memberansangkan.

Cuma harganya makin lama makin naik. Setin yang biasanya bertahan untuk seminggu berkos lebih RM70. Demi anak, Bapak pejam mata sahaja bertahan...

Untuk adik Khalish ini, Bapak dan Orang Rumah Bapak sebolehnya berazam apa yang berlaku pada Khalish tidak berulang. Kami mahu bayi tersebut menerima susu ibu sepenuhnya.

Beberapa langkah telah diambil. Antaranya, kami telah beli pam susu elektrik jenama Spectra 3 untuk membantu pengeluaran susu ibu. Botol susu anti colic, bebas BPA dan puting breastflow pun ada dibeli.
Usaha telah dibuat, kami berdoa agar Allah mempermudahkan hajat kami ini...

14 comments:

  1. amboi...tak sabar dah nk dapat org baru ye...
    congrate in advance bapak!

    ReplyDelete
  2. Bapak,kadang-kadang memang ada ibu yang macam tu! Macam2 usaha dilakukan tapi masih tak berjaya menyusukan anak sepenuhnya! So, kena redha dan terima sebarang kemungkinan yang akan berlaku!Anyway, mudah-mudahan kali ni semuanya berjalan lancar, insyaallah!

    ReplyDelete
  3. Cik Panadol,

    hehe...terima kasih!

    ReplyDelete
  4. Kak Myza,

    insyaallah, terima kasih kak!

    ReplyDelete
  5. semoga diperkenankan Allah hasrat murni bapak & org rumah..

    mmg tiada yg dpt manandingi susu ibu..

    ReplyDelete
  6. saya pon tengah cuba sedaya upaya breast feed my 2nd boy.Alhamdulillah,3 bulan sudah.dan belum pernah demam atau ada masalh lain berkaitan kesihatan lagi.Alhamdulillah...

    semoga kelahiran kali ini,tercapai hajat bapak dan org rumah ye..InsyaAllah

    ReplyDelete
  7. azli, g farmasi, ada jual ubat utk bykkan susu. ubat tu warna putih. pastu jgn lupa beli nipple cream gk.. suruh saadah letak kt nipple tu, pastu urut dari pangkal breast, tolak ke dlm. sll2 urut, kedian demah dgn air suam. then hujung nipple tu.. cuci2 selalu.. insyaAllah. ubat tu blh mkn skrg dh. patutnya, time preggy kandungan umur 7,8bln dh kena start urut2 nie..

    ReplyDelete
  8. Kimmy,

    terima kasih...usaha Kimmy breast feed 2nd boy beri inspirasi pada kami..

    ReplyDelete
  9. Alya,

    terima kasih atas info tu. Bapak & Orang Rumah Bapak akan cuba demi breast feed baby baru kami ni...

    ReplyDelete
  10. baru perasan.. itu kimmy mcm kenal ler.. hehehehe.. azli, saadah bersalin nnt jgn lupa ckp taaaaauu..

    ReplyDelete
  11. Alya,

    ala, pusing2 situ jgk..heheh..

    Orang Rumah Bapak dah warded pukul 4 pagi tadi, tgh tunggu masa je...

    ReplyDelete
  12. Salam Bapak Azli,

    Tahniah bakal dapat sorang lagi cahayamata...Susu ibu memang yang terbaik....Saya cadangkan pengambilan pil penambah susu ibu keluaran ERAEDAR - homeopathi RM 22.00 je...

    By the way....memang Khalish minum susu Enfagrow ke sekarang..? mahalnya harga...berapa sebulan tu? Saya cadangkan susu Bio Lac 100% keluaran Bumiputra Islam. Dibuat dari susu Gred A dari New Zealand.... Halalan Toyyiba...cuma RM 23.00 untuk 500gm....Jom singgah blog saya http://dmanjapenawar.blogspot.com..

    ReplyDelete
  13. Salam DManja,

    terima kasih atas cadangan yang baik.

    ReplyDelete