Tuesday, October 26, 2010

Saatnya makin hampir...

Sejak Jumaat lalu, mak mertua Bapak sampai dari Melaka. Mulanya datang dengan ayah mertua dan adik ipar bongsu, Umai dengan menaiki ETS dari Seremban.

Keesokan harinya, ayah mertua dan Umai pulang semula ke Melaka dengan menaiki ETS juga. Ayah mertua masih ada kantin yang perlu diuruskan, Umai biarpun sudah menjalani PMR, masih perlu bersekolah.

Mulai Sabtu juga, Orang Rumah Bapak tidur bertemankan mak mertua Bapak di tingkat bawah sementara Bapak menemani Khalish di bilik tidur utama di tingkat atas.

Tanda-tanda nak bersalin semakin lama semakin kerap mendatangi Orang Rumah Bapak. Bermula 8.30 malam semalam, beliau asyik mengira tempoh kontraksi.

Awal pagi tadi kira-kira 2.30 pagi, lena Bapak dikejutkan mak mertua. Katanya sakit nak bersalin Orang Rumah Bapak semakin kuat. Bapak cepat-cepat turun ke tingkat bawah sambil mendukung Khalish yang sedang nyenyak tidur.

Sudahnya 4 pagi, Orang Rumah Bapak meminta untuk dihantar ke hospital. Seraya Bapak menghidupkan enjin kereta, Khalish tiba-tiba bangun dan terus meluru ke sliding door.

Cepat-cepat Bapak mendukung dia dan membawa masuk semula ke dalam rumah, Khalish merengek, seolah-olah tahu hendak ditinggalkan.

Setelah memujuk Khalish yang kemudiannya ditinggalkan kepada neneknya untuk dijaga, Bapak membawa Orang Rumah Bapak ke hospital.

Perjalanan ke hospital sejauh kira-kira 10 km agak tenang kerana jalan legang pada awal pagi.

Sampai di hospital, Orang Rumah Bapak segera diperiksa sementara Bapak diminta jururawat untuk membuat pendaftaran. Bapak berjalan kaki hampir 2 km ke satu-satu kaunter pendaftaran yang dibuka pada awal pagi itu.

Oleh kerana wang tunai dalam tangan tidak mencukupi, Bapak ke mesin ATM berdekatan tapi malangnya semuanya sama ada tidak berfungsi atau kering kantungnya.

Mahu tak mahu Bapak menawarkan untuk membayar deposit dengan kad debit ataupun kad kredit tapi kedua-duanya ditolak.

"Kalau tak da cash, nanti-nantilah bayar Encik," katanya kakitangan di kaunter pendaftaran itu ringkas sambil menyiapkan dokumentasi.

Sampai semula di Wad Bersalin, Orang Rumah Bapak masih di dalam dan Bapak cuma dibenarkan menanti di ruang menunggu bersama beberapa bakal bapa lain yang sedia ada di situ sekian lama.

Tunggu punya tunggu Subuh pun masuk, nasib baik surau disediakan di dalam ruang menunggu. Akhirnya, pukul 10 pagi, baru Bapak dimaklumkan Orang Rumah Bapak akan dimasukkan ke wad bagi menunggu saat kelahiran.
Selepas menghantar Orang Rumah Bapak ke dalam wad, Bapak pulang ke rumah sebentar untuk membersihkan diri dan menjenguk Khalish.

Ya Allah, permudahkanlah kelahiran ini dan aku mohon Kau lindungilah keselamatan isteri dan anakku...

15 comments:

  1. Salam


    semoga dipermudahkan dan dipercepatkan proses kelahiran kali ke dua ini



    hospital mana ??

    ReplyDelete
  2. ala...takut nya dengar kene tinggal tak bleh teman..sob..sob..sob

    ReplyDelete
  3. eh..lupe pulak..semoga semuanya dipermudahkan..tahniah bapak.. =)

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan segalanya ;)


    wah..dah nak masuk dua..hehe

    ReplyDelete
  5. Salam Bapak! Semoga semuanya selamat dan lancar, insyallah!

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan segalanya. Tahniah bapak ;)

    ReplyDelete
  7. Doa dan redha suami...dapat mengurangkan kesukaran isteri melahirkan. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  8. pB,

    terima kasih. kali ni Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

    ReplyDelete
  9. Nik Hakimah,

    boleh teman isteri sebab hospital itu Hospital Mesra Suami. cuma suami boleh masuk bilik bersalin apabila masa bersalin dah dekat..

    ReplyDelete
  10. Wan,

    alhamdulillah, dah dua anak Bapak..heheh

    ReplyDelete
  11. Kak Myza,

    Salam. alhamdulillah semuanya selamat

    ReplyDelete
  12. Erina,

    terima kasih, Khalish dah dapat adik!

    ReplyDelete
  13. ckLah,

    alhamdulillah ibu & anak selamat...

    ReplyDelete
  14. Abu Aiman,

    anak kedua Bapak selamat dilahirkan Rabu lalu..

    ReplyDelete