Sunday, September 26, 2010

Coretan Aidilfitri 1431 edisi 2

Beraya di rumah orang tua Bapak di Petaling Jaya, mood Khalish bertambah baik.

Tak la baik sangat, ada kalanya dia meragam juga, paling kronik masa Bapak teman adik kedua Bapak, Wan ke klinik pada hari raya ketiga kerana demam selesema....meraung hingga terpaksa Bapak dukung dia ke hulu-ke hilir...

Tahun ini keluarga Bapak tak ke Banting pada hari raya kedua seperti selalu; cuma menunggu sebahagian daripada adik-beradik Mama beraya di rumah kami.

Awal-awal lagi pak dan mak saudara Bapak (adik-adik Mama) pesan nak makan nasi di rumah kami. Maklumlah hari raya kedua, ziarah rumah saudara-mara lain hidang ketupat, rendang dan kuih raya sahaja. Dah perut Melayu, nak kena nasi juga..heheh.
Meriah juga kami malam tu, Khalish pun suka, tak beraya jauh-jauh boleh kutip duit raya banyak-banyak...heheh...

Petang hari raya ketiga, Bapak dan orang tua serta semua adik-beradik konvoi ke rumah Opah di Teluk Intan.

Sampai-sampai ke sana sudah hampir Maghrib, tengok-tengok rumah Opah gelap. Oleh itu, kami singgah rumah Pak Uda dulu. Ternyata Pak dan Mak Uda serta anak-anaknya tak tahu ke mana perginya kelibat Opah pergi...
Oleh kerana persekitaran ke rumah Opah agak gelap Bapak ambil lampu suluh di lampu kereta. Sampai di rumah Opah, memang agak gelap dan berkunci...

Sudahnya malam itu juga kami ke rumah Bapak di Ipoh. Seronok Bapak, Orang Rumah Bapak dan Khalish, orang tua Bapak dan adik-beradik dapat bermalam dan beraya di rumah kami pula.

Petang esoknya, (raya keempat), barulah orang tua Bapak dan adik-adik kembali ke Teluk Intan untuk jenguk Opah. Alhamdulillah, Opah ada di rumah kali ini. Rupa-rupanye Opah lepak kat rumah jiran berdekatan pada malam tu..alahai takde rezeki Bapak, Orang Rumah Bapak dan Khalish beraya dengan Opah gamaknya...

p/s : Selsema Bapak yang berjangkit daripada Wan tak kebah-kebah lagi sampai hari ini, Orang Rumah Bapak nampak cam dah nak ok...

No comments:

Post a Comment