Sejak awal Syawal baru-baru ini, kami perasan Khalish punya tabiat baru; tak boleh berenggang dengan bantal busuk dia! hehe....
Masa beraya di rumah mertua di Masjid Tanah dan orang tua Bapak di Petaling Jaya, ke hulu ke hilir dia berjalan membawa bantal busuknya itu.
Biarpun dalam keadaan menangis, bantal yang jadi peneman dia sejak tiga bulan itu juga dipegangnya erat-erat.
Punya lah sayang dengan bantal busuk dia sampai beraya di rumah orang pun tak nak berenggang...heheh...
Apatah lagi masa nak tidur, letakkan muka tepat-tepat ke atas bantal tu (Khalishkan tidur meniarap) sambil menjilat-jilat sarung bantal busuk itu (ini paling tak tahan sekali...heheh)
Akibatnya ibu Khalish perlu menukar sarung bantal busuk Khalish ni dengan kerap kerana ia cepat kotor...
Sebelum ni memang perasan Khalish memang 'sayangkan' bantal tu tapi takde la bawak ke hulu ke hilir macam sekarang. Hingga ke hari ini, bantal tu perlu di bawa ke mana-mana walaupun ke Tesco! hheheh...
Bapak dan Orang Rumah Bapak berpendapat langkah untuk memisahkan Khalish dengan tabiat baru itu tanpa berhikmah bukanlah jalan penyelesaian...
Mak mertua bising, katanya semua anaknya termasuk Orang Rumah Bapak tak pernah ada 'bantal busuk'. Mana datang tabiat ni?
Biarlah Bapak buat pengakuan jujur...Memang Bapak pernah ada 'bantal busuk'. Bantal kegemaran diperbuat daripada kekabu itu menjadi pengalas kepala dan peneman tidur walaupun di kampus...hahah...
Namun 'perkhidmatan' bantal tersebut berakhir beberapa minggu Bapak hendak melangsungkan perkahwinan.. Bapak beli beberapa bantal baru yang juga diperbuat daripada kekabu di Kuala Kangsar untuk keperluan kami suami isteri.
Apatah lagi sejak berkahwin, Orang Rumah Bapak yang sedar tentang kehadiran bantal busuk itu tak benarkan ia di bawa masuk ke dalam bilik tidur kami.
Tinggallah dua bantal itu di stor hingga ke sekarang.. Sudah beberapa kali Orang Rumah Bapak saran agar bantal terbabit di buang sahaja tapi sampai sekarang Bapak tak sanggup...hahahh...
Walaupun sudah dapat 'bantal baru' (Orang Rumah Bapakla), kenangan bersama 'bantal busuk' itu menyebabkan Bapak tak sanggup membuangnya walaupun ia sudah tersingkir kini...hahhaha...
Monday, September 27, 2010
Sunday, September 26, 2010
Coretan Aidilfitri 1431 edisi 2
Beraya di rumah orang tua Bapak di Petaling Jaya, mood Khalish bertambah baik.
Tak la baik sangat, ada kalanya dia meragam juga, paling kronik masa Bapak teman adik kedua Bapak, Wan ke klinik pada hari raya ketiga kerana demam selesema....meraung hingga terpaksa Bapak dukung dia ke hulu-ke hilir...
Tahun ini keluarga Bapak tak ke Banting pada hari raya kedua seperti selalu; cuma menunggu sebahagian daripada adik-beradik Mama beraya di rumah kami.
Awal-awal lagi pak dan mak saudara Bapak (adik-adik Mama) pesan nak makan nasi di rumah kami. Maklumlah hari raya kedua, ziarah rumah saudara-mara lain hidang ketupat, rendang dan kuih raya sahaja. Dah perut Melayu, nak kena nasi juga..heheh.
Meriah juga kami malam tu, Khalish pun suka, tak beraya jauh-jauh boleh kutip duit raya banyak-banyak...heheh...
Petang hari raya ketiga, Bapak dan orang tua serta semua adik-beradik konvoi ke rumah Opah di Teluk Intan.
Sampai-sampai ke sana sudah hampir Maghrib, tengok-tengok rumah Opah gelap. Oleh itu, kami singgah rumah Pak Uda dulu. Ternyata Pak dan Mak Uda serta anak-anaknya tak tahu ke mana perginya kelibat Opah pergi...
Oleh kerana persekitaran ke rumah Opah agak gelap Bapak ambil lampu suluh di lampu kereta. Sampai di rumah Opah, memang agak gelap dan berkunci...
Sudahnya malam itu juga kami ke rumah Bapak di Ipoh. Seronok Bapak, Orang Rumah Bapak dan Khalish, orang tua Bapak dan adik-beradik dapat bermalam dan beraya di rumah kami pula.
Petang esoknya, (raya keempat), barulah orang tua Bapak dan adik-adik kembali ke Teluk Intan untuk jenguk Opah. Alhamdulillah, Opah ada di rumah kali ini. Rupa-rupanye Opah lepak kat rumah jiran berdekatan pada malam tu..alahai takde rezeki Bapak, Orang Rumah Bapak dan Khalish beraya dengan Opah gamaknya...
p/s : Selsema Bapak yang berjangkit daripada Wan tak kebah-kebah lagi sampai hari ini, Orang Rumah Bapak nampak cam dah nak ok...

Tuesday, September 21, 2010
Hadiah Aidilfitri Khalish
Sejak sampai di rumah orang tua Orang Rumah Bapak, Khalish tak henti-henti meragam.
Apatah lagi baru lepas melalui perjalanan jauh lebih 500 km, makan pun tak tak ikut jadual, peluh sikit pun boleh sebabkan Khalish meragam (mengadalah Khalish ni...heheh)
Atuk Khalish yang risau tengok cucu sulungnya asyik merengek berusaha menenangkan keadaan tapi lalakan Khalish makin lama makin kuat.
Akhirnya Ayah Mertua ajak Bapak, Orang Rumah Bapak dan Khalish beli kasut raya Khalish kat pekan Masjid Tanah.
Walaupun sebenarnya kasut Khalish memang dah beli awal-awal, pasal fikir mungkin itu caranya dah tenangkan Khalish, kami ikutkan saja.
Sebaik sahaja menghidupkan enjin kereta, Bapak sengaja pulas penghawa dingin hingga ke tahap maksimum, elok tak lama kemudian Khalish tertidur dalam kerusi bayinya.
Sampai di tengah-tengah pekan Masjid Tanah, Ayah Mertua minta berhenti di hadapan deretan rumah kedai. Tak nampak di situ ada kedai kasut...
Kemudiannya kami masuk ke kedai perabot yang turut menjual permainan dan peralatan bayi.
Sambil menuju ke sebiji motosikal mini yang dipamer di kedai itu, Khalish diminta mencuba.
Khalish yang mamai-mamai baru bangun dari tidur teruja apabila motosikal mini bergerak sendiri apabila kakinya menekan pedal.
Fahamlah Bapak dan Orang Rumah Bapak, Ayah Mertua nak belikan motosikal mini tu untuk Khalish. Segan pulak kami namun sempat kami bersuara, Ayahh Mertua menjawab :
"Ayah lama aim benda ni, tunggu cucu balik je terus nak beli," katanya sambil mengeluarkan beberapa not ringgit membayar kepada tauke kedai itu.
Sejurus kemudian Bapak menggaru kepala yang tak gatal..."Pas beli kasut raya pulak," kata Ayah Mertua.
"Tak payahla Ayah, Khalish dah ada dua pasang kasut raya,"jawab Bapak spontan.
"Oklah cam tu, singgah Bazar Ramadan dulu, beli sikit kuih buat berbuka," balas Ayah Mertua.
Sekali lagi Bapak menggaru kepala yang tak gatal, Khalish pula tak nak turun dari motosikal mini itu dan buat muka tak puas hati apabila 'hadiah Aidilfitri' atuknya diletakkan di dalam but belakang kereta...

Monday, September 20, 2010
Coretan Aidilfitri 1431
Sambutan Aidilfitri kali ini kali ketiga Bapak bergelar suami dan kali kedua bergelar ayah.
Pusingan tahun ini pagi raya di kampung Orang Rumah Bapak di Masjid Tanah , Melaka.
Cuti raya Bapak tak lama, lima hari sahaja dari satu hari sebelum raya sehingga raya ke-empat. Cukup sekadar untuk memenuhi tanggungjawab beraya dengan keluarga kedua-dua pihak. Nak beraya sakan cam tahun dulu, takde la...heheh...
Mood Khalish beraya pun turun naik. Turun je dari kereta apabila sampai ke rumah atuknya di Masjid Tanah, dia mula meragam.
Kebanyakan masa, Khalish tak nak berenggang dengan Bapak, ibunya pun tak layan..Kejap nak didukung, kejap minta Bapak temankan berjalan sekeliling rumah atuk dan moyangnya.
Puas kedua-dua moyang dan beberapa nenek saudara jemput masuk ke rumah, Khalish balas dengan perkataan 'nanak' (tak nak la tu). Kalau tak dilayan merengek la dia...
Tak tahu Khalish moody sebab nak beradik atau 'putera lilin' yang duduk di Lembah Kinta yang dikelilingi bukit batu kapur ni tak tahan dengan cuaca terik di tepi pantai...
Bapak segan dan takut ayah dan mak mertua kecil hati dengan kerenah cucu kesayangan mereka ni...
Pagi raya Bapak teman ayah mertua solat Aidilfitri di masjid di Kem Terendak. Balik dari solat, melihat Khalish dah tertidur, Bapak ambil peluang beraya di rumah nenek dan atuk Orang Rumah Bapak yang tak sampai 10 meter dari rumah mertua Bapak.
Selepas Khalish tersedar, kebanyakan tugas Bapak melayan teletah Khalish. Ada sahaja alasan nak melalak, pasal iklan masa siaran Upin Ipin Raya terlalu lama pun jadi!
Tak banyak rumah saudara-mara dan rakan taulan yang diziarahi kerana setiap rumah yang dikunjungi Khalish pasti buat perangai. Naik malu Bapak dan Orang Rumah Bapak, selalunya Khalish ok je...
Tengah hari raya kedua, Bapak sekeluarga bergerak ke rumah orang tua Bapak di Petaling Jaya. Sengaja Bapak pulas penghawa dingin hingga ke paras maksimum. Sepanjang perjalanan Khalish tertidur di kerusi bayinya...

Tuesday, September 7, 2010
Kisah Khalish dan Rektor UTP
Ramadan kali ini, Bapak kurang memenuhi jemputan berbuka puasa. Lebih selesa berbuka di rumah bersama Orang Rumah Bapak (dan Khalish yang suka tumpang sekaki biarpun tak puasa...heheh...)
Lagi pun sejak hamil anak kedua kami ini, minat Orang Rumah Bapak memasak agak membuak-buak, ada sahaja resepi baru nak dicubanya. Berbeza masa mengandungkan Khalish dulu, pasti ada sahaja juadah yang dibawa pulang untuk berbuka lantaran Orang Rumah Bapak yang tidak larat memasak pada masa itu...
Namun ada juga beberapa jemputan berbuka puasa yang dipenuhi termasuk jemputan dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) baru-baru ini.
Bapak tidak pergi seorang diri tetapi membawa Orang Rumah Bapak dan Khalish. Itulah pertama kali Bapak membawa mereka ke majlis. Biarpun Orang Rumah Bapak selalu bising; asyik 'simpan' mereka di rumah tapi Bapak ada sebab tersendiri...heheh...
Dipendekkan cerita, setelah Bapak mengenalkan Orang Rumah Bapak dan Khalish kepada kakitangan UTP dan rakan-rakan sealiran, azan Maghrib pun kedengaran dan kami pun berbuka.
Oleh kerana Khalish biasanya akan buat muka cuak kalau tak nampak muka ayah dan ibunya, kami solat Maghrib bergilir-gilir. Usai Bapak solat Maghrib berjemaah, Orang Rumah Bapak pula menuju ke ruang solat dan giliran Bapak menjaga Khalish pula.
Jika semasa bermasa Orang Rumah Bapak, Khalish sopan makan bubur lambuk yang disuap ibunya, kali ini Khalish tak mahu duduk diam.
Bak bayi yang baru dapat 'kaki', Khalish teruja tawaf satu dewan tersebut. Pusing dari penjuru kanan ke penjuru kiri; dari depan ke belakang. Namun apabila kenalan Bapak menegurnya, dia segera 'membatukan diri'. Bapak cuma pantau dari dekat...
Aktiviti Khalish tawaf satu dewan tidak berakhir biarpun Orang Rumah Bapak selesai solat, tanpa hiraukan Rektor UTP, Datuk Zainal Abidin Kasim tengah berucap dan mahu menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir, dia ralit berjalan.
Akhirnya Khalish jadi kanak-kanak terakhir yang menerima duit raya. Biarpun didukung Orang Rumah Bapak ke atas pentas, dia meronta-ronta sebaliknya mahu berjalan sendiri mengambil duit raya itu.
Sebaik sahaja sampul duit raya dihulur kepada Khalish, dia buat tak kesah; lebih teruja nak jelajah pentas tersebut.
Reaksi Khalish membuatkan Datuk Zainal Abidin secara spontan mendukung Khalish. Sebaik sahaja melihat muka Rektor UTP itu, reaksi Khalish tiba-tiba gembira dan teruja.
Khalish yang sebelum ini tak berapa nak orang, punya serasi dengan Datuk Zainal Abidin sampai Bapak nak ambil dia semula daripada dukungan Rektor UTP itu, Khalish buat tak tahu sahaja..heheh...
Habis misai dan songkok Datuk Zainal Abidin dimainnya, naik malu juga Bapak dan Orang Rumah Bapak masa itu, nasib baik Rektor UTP tersebut cam sporting je...heheh...
Bapak dan Orang Rumah Bapak pelik juga, akhirnya kami sepakat rasa Khalish dah keliru, mesti dia ingat Rektor UTP tu datuk dia, pasal misai beliau tak ubah cam ayah Bapak..heheh...

Monday, September 6, 2010
Salam Aidilfitri
Insyaallah 1 Syawal bakal disambut pada Jumaat ini. Bapak mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri buat rakan-rakan blogger sekalian.
Tahun ini Bapak sekeluarga bakal meraikan pagi 1 Syawal bersama keluarga Orang Rumah Bapak di Masjid Tanah, Melaka. Selepas itu kami akan menziarahi rumah orang tua Bapak di Petaling Jaya dan begitulah program berikutnya seperti telah diatur, insyaallah...
Di kesempatan ini Bapak menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada rakan-rakan dan pengunjung blog 'Akulah Bapak' ini. Terimalah kad raya ini tanda pengganti diri mengerat silaturrahim.