Sunday, March 28, 2010

Ole-Ole Bali Contest

Agak terabai gak blog ni sejak akhir-akhir ni, sekejap on sekejap off. Bukan sahaja posting baru malah aktiviti blogwalking lama tak buat...

Namun sejak dua tiga hari, semangat dan mood datang semula. Semoga konsisten hendaknya...Masa blogwalking, baru tahu seorang rakan blogger, Nik Hakimah @ Queen ada buat contest sempena beliau dan suaminya berbulan madu di Bali, Indonesia baru-baru ni. Tarikh tutupnya 31 Mac ini.

Bapak nak join contest itu.

Soalan :
1) Saya ke Bali atas tujuan apa?

Berbulan madu/Honeymoon.

2) Di Malaysia, 'Ikan Gurami' dikenali sebagai apa?

Ikan Kaloi

3) Merujuk kepada gambar di bawah, yang mana satu kopi jantan dan yang mana satu kopi betina?
Sebelah kiri jantan, sebelah kanan betina.

Gambar percutian
Foto ini diambil semasa percutian Bapak dan keluarga ke Cameron Highlands baru-baru ini.

Kali terakhir kami ke sini semasa Orang Rumah Bapak hamilkan Khalish lima bulan pada awal tahun lalu. Kali ini kami ke Cameron Highlands bersama Khalish yang sudah berusia 10 bulan. Antara tujuan percutian kali ini untuk melengkapkan set foto yang pernah diambil tahun lalu.

Foto ini dirakam semasa kami berkunjung ke Time Tunnels Muzeum. Orang Rumah Bapak ambil gambar sementara Khalish konfius perhati gelagat ayahnya...hehehe



4 comments:

  1. ehehe..comel gmbr tu.....semoga berjaya!

    ReplyDelete
  2. suka tengok member buat kontes....kdg2 join gak...hu3x cepat putus asa , sebetulnya tak ade idea nak jawab!

    ReplyDelete
  3. Kak Sonata,

    join contest suka2 je Kak. meriahkan suasana..heheh..kalu ada ganjaran itu, bonus..heheh

    ReplyDelete