Saturday, March 27, 2010

Bermukim di hospital...

20 Mac lepas adalah hari ulang tahun kelahiran Mama yang ke-54 dan ia merupakan hari kedua Mama menjadi penghuni sementara hospital.

Alhamdulillah pembedahan membuang sinus bernanah di rongga hidung Mama sehari sebelum itu berjalan dengan lancar.

Bapak, Orang Rumah Bapak dan Khalish selamat tiba ke hospital pada tengah hari 20 Mac lalu. Kami dari Ipoh terus menuju ke hospital tersebut yang terletak di Bukit Pantai, Kuala Lumpur.

Ayah seperti biasa membeli kek hari jadi dan beberapa makanan sempena ulang tahun kelahiran Mama tapi semuanya Mama tak leh makan.

Apa lagi Bapak lah yang sebat semua makanan tu..heheh.

Daripada hari tersebut sehingga tiga hari berikutnya, kebanyakan masa kami dihabiskan di dalam bilik wad hospital tersebut menemani Mama dan melayani tetamu terutama sanak-saudara yang menziarahi Mama.
Bapak dan Orang Rumah Bapak juga ditugaskan Mama untuk menjadi wakil keluarga menghadiri majlis perkahwinan anak sulung Auntie G, salah seorang jiran.

"Macam mana ni, tak bawak baju kurung la?," tanya Orang Rumah Bapak kepada Bapak sebaik sahaja menerima 'tugasan' itu.

"Tak semestinya kenduri kahwin kena pakai baju kurung, pakai je apa-apa asalkan sopan dan menutup aurat," jawab Bapak selamba.

Hari keempat Mama dibenarkan pulang ke rumah dan Bapak pun kembali ke Ipoh..

No comments:

Post a Comment