Sunday, September 13, 2009

Mari Ke Pasar Tani


Sejak Orang Rumah Bapak kembali ke 'pangkuan' pada awal Ramadan lalu, kembalilah rutin mingguan Bapak sebelum ini; membeli barangan basah di pasar dan pasar tani.

Sekarang juga genap tiga minggu, maka tiga kalilah Bapak ke sana. Biasanya kalau hari biasa Bapak ke Pasar Besar Ipoh tapi kalau hari Sabtu, Pasar Tani Stadium Peraklah destinasi yang dituju.

Semalam Bapak ke Pasar Tani buat pertama kali dalam tempoh lima bulan, kebetulan pada hari sama ada pelancaran Pasar Tani Khas Aidilfitri peringkat Perak di situ. Program tahunan anjuran Fama itu dirasmikan salah seorang ahli lembaganya.

Tapi Bapak tengok suasana pasar tani itu macam hari-hari biasa sahaja, tiada yang istimewa. Malah banyak yang tiada malah ada barangan yang dijual tidak menetapi kualiti. Bayangkan nak beli sawi je, Bapak kena pergi tiga gerai sebab kebanyakan sawi dan sebilangan sayur yang ada di situ dah layu....

Barangan khas untuk keperluan raya pun tak banyak ada, Jika nak dibezakan pelancaran Pasar Tani Khas Aidilfitri tahun lalu di Arena Square, Kuala Kangsar macam langit dengan bumi... Mungkin pelancaran hari ini buat syarat sahaja kot dan minggu depan baru terasa kemeriahannya sebab masa tu tinggal sehari nak raya.

Cuma apabila Orang Rumah Bapak bising kualiti pisang abu yang Bapak beli, Bapak cuma boleh kata, itu sahaja yang ada... (tak dibeli karang merajuk...nak cari kat tempat lain, malas...hehehe)

4 comments:

  1. Eeeii..bestnya.. bila baca n3 bapak, teringat dolu2 time dok Ipoh.

    hhaa... senang jek jawapan Bapak kann...
    jawapan yang paling selamat !

    ReplyDelete
  2. Kak Linda,

    walaupun ramai kata dok Ipoh nie boring, x sama ngan KL, Bapak yang pernah jadi warga KL lebih 24 tahun tetap suka Ipoh! eheheh

    ReplyDelete
  3. ckLah,

    Selamat Aidilfitri buat ckLah sekeluarga! Maaf zahir dan batin gak.

    ReplyDelete