Sunday, September 13, 2009

Khalish dan Baju Raya


Ramadan semakin hampir ke penghujungnya dan insyaallah Aidilfitri akan menjelma kira-kira tujuh hari lagi.

Jika tahun lepas pertama kali meraikan Aidilfitri berdua bersama orang rumah, tahun ini bertiga pula. Sudah pastilah persiapan menyambut hari lebaran itu banyak ditumpukan kepada Khalish.

Baru-baru ini Bapak dan Orang Rumah Bapak membawa Khalish membeli-belah buat pertama kalinya. Destinasi kami ialah sebuah pusat membeli-belah; lokasi sama kebanyakan persiapan kelahiran Khalish dibeli dulu.

Agak mencabar juga kerana Khalish jenis yang tak suka statik, baring atau diikat sesuatu dalam jangka masa lama; mesti meronta-ronta nak keluar. Oleh itu penggunaan alat bantu tidak begitu berkesan..heheh... Oleh itu aktiviti menjejak baju raya Khalish itu perlu dilakukan dengan pantas.

Maklumlah pertama kali beli baju raya untuk anak, rambang mata gak Bapak dan Orang Rumah Bapak. Khalish pula hampir semua baju yang ditunjukkan kepadanya digenggamnya kuat-kuat; berkenan lah tu...heheh

Macam diduga lebih sejam setengah berkeliaran di pusat membeli-belah, Khalish mula menunjukkan rasa tak selesa dan mula merengek. Nasib baik baju raya dia hampir siap dipilih, tunggu nak bayar je. Terpaksalah aktiviti memburu baju raya ibu Khalish ditunda pada hari lain.

Selang lima kemudian, kami meneruskan pencarian baju raya Orang Rumah Bapak. Walaupun ada beberapa helai kain yang masih belum dijahit tapi sebab Orang Rumah Bapak hanya habis pantang pada awal Ramadan, tiada siapa yang sudi terima tempahan lagi pada masa itu. Kenalah beli baju kurung yang pasang siap sahaja..


Kali ini kami dah belajar perangai Khalish, sesi membeli-belah berjalan lancar pada masa ditetapkan. Cuma tinggal baju raya Bapak saja tak beli lagi.

"Bila nak off lagi ni, " kata Bapak sambil merenung almari baju dengan sayu...hheheheh

8 comments:

  1. Perrgghh...dah beli baju raya anak tuh!

    Zakat skang pun dah tiga kepala pak!

    ReplyDelete
  2. Seronok Khalish dah dapat baju raya ya... tinggal nak tunggu duit raya la ni...

    ReplyDelete
  3. Daddy,

    2 tahun dulu, seorg, tahun lepas, 2 org, tahun ni 3 lak..hahha

    ReplyDelete
  4. Krasz,

    Khalish kat Kinta City, ibunya kat Greentown Suria..heheh

    ReplyDelete
  5. Kak Zara,

    duit raya? Khalish semua dia suka..hehhee

    ReplyDelete
  6. Pengalaman akan mengajar kita segala2nya...tp pengalaman itu la yg akan kekal diingatan kita...termasukla pengalaman membeli persiapan raya ni...hahahaha!

    ReplyDelete
  7. ye, semua yang dilalui kita biarpun kecil mahupun besar adalah pengalaman..heheh

    ReplyDelete