Sunday, August 16, 2009

14 Ogos....

14 Ogos adalah tarikh ulang tahun kemerdekaan Pakistan. Negara itu tak da kena mengena dengan Bapak, walaupun Orang Rumah Bapak ada iras-iras Pakistan namun berdasarkan ujian DNA, ia menunjukkan sebaliknya...heheh

Namun 14 Ogos amat berhenti kepada Bapak kerana 29 tahun lalu, Bapak diizinkan melihat dunia dari rahim Mama.

Kebetulan tahun ini, Bapak ada urusan di Jabatan Sumber Manusia syarikat Bapak di Kuala Lumpur (kebetulan apa, memang dah rancang tarikh turun KL..hehhe), Bapak menyambut sambutan ulang tahun kelahiran bersama keluarga di PJ.


Gambar diatas ni bukan tahun ni tapi tahun lepas. Tahun ini Bapak tak nak kek tapi cukuplah keluar makan bersama keluarga, hadiah yang cukup bererti bagi Bapak....

Tapi macam ada kurang je sebab adik ketiga Bapak, Siddiq di Matrik, Orang Rumah Bapak dan Khalish juga tiada, masih di Melaka...


Tinggal setahun je lagi 20-an akan ditinggalkan, tanggungjawab dah besar..Tapi di mata Mama dan Ayah, Bapak tetap sama cam dulu...heheh, terima kasih atas kasih sayang dicurahkan...

p/s : terima kasih kepada semua yang sudi wish through phone, sms, friendster & facebook hari tu...heheh

2 comments:

  1. Alahai... terlepas keretapi la... nak ucapkan selamat menyambut hari kelahiran Bapak. Semoga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu.

    ReplyDelete