You are not alone...
Friday, June 26, 2009
Thursday, June 25, 2009
Zon Kucing Terbiar...
Bapak terserempak dengan papan tanda ni ketika berjumpa dengan seorang kawan di perkarangan Hospital Kuala Kangsar tengah hari tadi.
Agak-agaknya banyak sangat kucing yang dah sengaja dibuang di hospital ni sampaikan papan tanda itu kena dipacakkan...hheheh.. Dengan Perintah Pengarah Hospital lagi..hheheh
Tak tahulah apa motifnya..mungkin kebanyakan kucing yang dibuang tu sakit, sebab tu pembela haiwan terbabit sengaja 'buang' kat Hospital Kuale untuk menjimatkan kos perubatan...(ada ke klinik haiwan kat HKK...hhehe).
Atau kucing terbuang itu sengaja 'menyerah' diri ke hospital itu kerana merasakan kehidupannya akan lebih terjamin...heheh
Hanya pembela dan kucing itu sahaja yang tahu...heheh

Friday, June 19, 2009
Warkah Untuk Ayah (Sempena Hari Bapa)
Ayah...
Berlemah-lembut, itulah yang membuatkan perasaan sayang saya pada ayah semakin menebal. Tapi, ayah perlu juga bertegas pada keadaan-keadaan tertentu, saya akan berasa lebih selamat jika diperlakukan begitu.
Jangan ayah biarkan saya terus-menerus berkelakuan buruk. Tegurlah secepat mungkin supaya saya tidak lalai. Tapi, jangan marah saya di depan teman atau rakan sekolah. Jangan malukan saya di hadapan mereka.
Ayah,
Jika selama ini saya sering melakukan kesilapan, jangan menganggapnya sebagai suatu dosa. Saya perlukan pengertian. Perlukan juga bimbingan. Bukan penghakiman, bukan juga hukuman.
Jangan ayah cuma mencari-cari kesalahan saya kerana lama-kelamaan saya akan menjadi bosan dan tidak mahu lagi mendengar kata-kata ayah lagi. Saya perlukan galakan, bukan marah-marah.
Jika saya bertanya, jawablah setakat yang ayah tahu. Saya tidak perlukan jawapan; "Nanti dulu" atau "Ayah tiada masa". Jika itu jawapan yang saya terima, cukup setakat itu. Saya akan mencari jawapannya daripada orang lain. Boleh jadi teman-teman atau sesiapa sahaja.
Seperkara lagi, jangan beritahu saya, ayah manusia sempurna. Itu hanya akan mengecewakan saya jika saya dapati ayah tidak begitu.
Yang benar,
Anakmu

Wednesday, June 17, 2009
Nasi Ayam Fuziah Bulat
Tengah hari tadi Bapak dan beberapa kekawan opis termasuk Bos makan tengah hari bersama-sama. Dah lama tak makan nasi ayam beramai-ramai dan biasanya di Ipoh ni kalau nak nikmati menu tersebut, kami akan menuju ke sebuah restoran.
Mana lagi kalau tak Restoran Fuziah yang terletak di Jalan Mustafa Al-Bakri kira-kira 400 meter dari pejabat kami.
Kenapa Bapak dan kekawan gemar makan nasi ayam di situ? Mungkin sebab rasa nasinya kena dengan selera, ayamnya rangup, kuah cili dan kicap secukup rasa. Paling penting, supnya sedap, taklah macam yang selalunya... rasa sup kosong dan tawar cam setakat taruh kiub ayam dan ajinamoto sahaja...
Restoran nasi ayam itu juga dipanggil Restoran Nasi Ayam Bazar Bulat.
Bulat bukan pasal fizikal pemiliknya tau tetapi sebab sebelum ini mereka pernah berniaga di Bazar Bulat atau Pasar Yau Tet Shin yang kini hanya tinggal kenangan setelah kompleks membeli-belah yang pernah dianggap cam Starhill Ipoh itu dirobohkan lebih lapan tahun lepas.
Lokasi Bazar Bulat hanya kira-kira 100 meter dari Restoran Fuziah dan kini menjadi tempat letak kereta.
Berbalik pada nasi ayam Fuziah, boleh kata, restoran ni popular juga di Ipoh dan ramai telah menikmati kelazatannya.
Award
Task 1:
Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link - Dea SaraTask 2:
Pass the award to 7 other blogs . Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.Tujuh saja ka? Bapak tujukan award ni kepada semua follower, kekawan dan kenalan yang menziarahi blog ini. Sila-sila...
Monday, June 15, 2009
Wednesday, June 10, 2009
Khalish Sudah Botak!
Antara 'aset' Khalish adalah rambutnya. Kebanyakan orang yang pertama kali melihat dia sebaik sahaja lahir biasanya tertarik dengan rambutnya yang lebat,lembut, hitam pekat dan berkilat macam sudah disembur minyak rambut. Siap ada side burn lagi..hhehhehe
Mama kata ia macam ayah Khalish masa kecil-kecil dulu. Masa kecil-kecil dulu la sebab sekarang ini rambut Bapak sudahlah keras dan kasar, jarang-jarang pulak di tengah-tengah kepala..hehehhe...
Namun riwayat rambut Khalish yang asalnya dari dalam rahim itu cuma bertahan selama kira-kira 19 hari sahaja.
Malam 30 Mei lalu, Bapak mengadakan majlis cukur jambul anak Bapak itu selepas solat Maghrib.
Ramai juga mengambil bahagian mengunting jambul anak sulung Bapak itu termasuk kedua-dua Atuk dan Neneknya daripada belah Bapak dan Orang Rumah Bapak.
Mak mertua Bapak (kiri) menggunting jambul Khalish sambil diperhati Mama (kanan)
Baiknya Khalish malam itu, diam dan tidur sahaja ketika rambutnya 'dikerjakan'. Mungkin leka dengan ayat-ayat Qasidah yang didendangan.
Selalu dia memang tak gemar orang selain ibu, ayah dan neneknya mengusiknya terutamanya pada waktu malam. Mesti nak 'ngamuk'!
Keesokan pagi pula, Pak Teh dengan gajetnya membantu membotakkan rambut Khalish.
Mulanya Khalish yang masih mamai-mamai pada masa itu, rilek jer sedikit demi sedikit rambutnya digondolkan. Tapi agak apabila dah tersedar daripada lamunan dan rasa kepalanya dah mula ringan, mula dia merengek. Nasib baik dapat ditenangkan Mak Teh dan Nenek (moyang Khalish).
Khalish mula terkejut rambutnya sedang digondolkan...heheh
Ha..ha..Khalish dah botak...heheh..takpe lah nak, rambut dalam rahim tu tak baik disimpan. Tak lama lagi panjang balik lah rambut Khalish tu, boleh lah simpan side burn semula...hehehe
Tuesday, June 9, 2009
Kerbau Untuk Khalish
Alhamdulillah, keluarga Bapak selamat mengadakan majlis akikah untuk Khalish pada 30 Mei lalu.
Seekor kerbau tumbang untuk menyatakan kesyukuran atas kelahiran cucu sulung untuk kedua-dua keluarga Bapak dan Orang Rumah Bapak.
Sebenarnya Bapak merancang untuk menyembelih dua ekor kambing sempena kelahiran anak lelaki tetapi sudah hajat Ayah Mertua Bapak, kerbau menjadi galang gantinya.
Balik sahaja Bapak dari menjenguk Siddiq pada lewat petang Jumaat, sudah tertambat seekor kerbau di pokok rambutan depan rumah nenek.
Esoknya, tepat pukul 8 pagi, Bapak sudah berada di bawah pokok rambutan itu seperti pesanan Ayah Mertua Bapak sehari sebelumnya bagi menyaksikan proses menyembelih kerbau berkenaan.
Sejurus Bapak membacakan nama-nama yang diniatkan untuk upacara akikah itu termasuk dua bahagian untuk Khalish, tukang sembelih menjalankan peranannya.
Tak sampai setengah jam, tukang sembelih yang sudah berusia 70-an dengan bantuan anaknya berusia 30-an siap melapah anggota badan kerbau terbabit.
Sebahagian daging akikah itu dimasak asam pedas untuk hidangan sanak-saudara dan jiran-jiran yang bergotong-royong menyiapkan persiapan perkahwinan Echa.
Sementara sebahagian tulangnya pula dibuat sup untuk santapan tetamu yang menghadiri majlis berinai besar pada sebelah malamnya.
HIKMAH MELAKUKAN AKIKAH :
- sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaan zuriat
- untuk menghebahkan kepada orang ramai atas kesyukuran / kurniaan Allah
- bagi memulakan kehidupan anak dengan perkara kebaikan
- mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga bayi dengan jiran dan masyarakat setempat
- sebagai tanda menjalinkan kasih saying ibu bapa dengan anak
- menggalakkan amalan sedekah bagi ibu bapa yang mendapat cahaya mata
- mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam.
Selamat Pengantin Baru Echa
Adik ketiga Orang Rumah Bapak, Echa selamat melangsungkan perkahwinan pada 30 Mei lalu.
Pilihan hati adik ipar Bapak itu ialah Fiqri, pemuda dari Kulai, Johor yang merupakan seorang anggota tentera.
Bapak yang baru setahun jagung melalui alam perkahwinan ini menjadi salah seorang daripada saksi kepada pengantin perempuan pada majlis akad nikah yang berlangsung pada kira-kira 4.15 petang.
Seperti majlis Bapak dan Orang Rumah Bapak setahun lalu, sambutan perkahwinan mereka lengkap dengan majlis bernilai, percikan bunga api, kenduri-kendara dan bersanding.
Fiqri hadir dengan ditemani sanak-saudara tanpa kehadiran ibu bapa kerana beberapa hari sebelum majlis berlangsung, beliau ditimpa ujian.
Bapanya diserang sakit jantung dan terpaksa ditahan di wad ICU Hospital Kulai. Mahu tak mahu terpaksalah ibunya menemani suaminya mengharungi saat-saat mencabar tanpa menghadiri peristiwa bersejarah anak lelakinya itu.
Apapun Ayah Mertua Bapak tersenyum lebar kerana majlis berlangsung dengan lancar, apatah lagi selepas 18 hari terima cucu sulung, dapat menantu lelaki kedua pula.
"Semakin berkembang keluarga Ayah" luahnya.
Kepada Echa dan Fiqri, Selamat Pengantin Baru, pepandailah layari alam perkahwinan ini. Nak nasihat lebih-lebih pun Abang Long kau ini pun masih hijau pengalamannya..hehhe
Monday, June 8, 2009
Our First Anniversary
31 Mei lalu genaplah setahun Bapak dan Orang Rumah Bapak disatukan dalam ikatan pernikahan.
Kini, kami sudah bertiga dengan kehadiran permata sulung, Khalish kira-kira 18 hari sebelum ulang tahun pertama ini.
Sekejap sahaja masa berlalu, rasanya macam baru semalam kami diakad nikah di Masjid Al-Jawahir, Pangkalan Balak pada kira-kira 5 petang.
Sebelah malamnya pula, majlis berinai besar yang diiringi dentuman bunga api diadakan. Buat pertama kali dan terakhir agaknya Bapak memakai persalinan baju Tradisional Melaka berwarna hitam yang rasanya macam ala Baba dan Nyonya.
Yang buat Bapak betul-betul macam sebahagian komuniti itu apabila Bapak yang bermata sepet ini dipakaikan tarbus. Walaupun ada beberapa saudara Bapak tersengih-sengih melihat Bapak berbusana seperti itu tetapi dalam hati ada perasaan seronok, ye lah bila lagi nak melaram dengan pakaian tersebut.
Keesokan harinya, kenduri kahwin dan majlis bersanding yang cukup meriah dan impaknya masih diperkata penduduk kampung sehingga hari ini...heheheh
Seminggu selepas itu, majlis menyambut menantu pula disambut rumah keluarga Bapak di Petaling Jaya yang tak kurang cerianya.
Bapak akui selain menghadiri kursus nikah,ujian HIV, melengkapkan borang permohonan nikah, membeli barang hantaran dan memilih jurugambar, semua perkara lain diuruskan keluarga terutamanya Mama.
Ia termasuk memilih busana, pelamin, menggubah hantaran, pemilihan warna dan tema baju pengantin dan pelamin, tukang masak, agenda program dan tata rias bilik pengantin. Bapak cuma sediakan ongkosnya sahaja.
Bukan apa, Bapak percaya yang menikahnya memang Bapak tetapi majlis adalah kepunyaan keluarga. Biarlah mereka diberi sedikit ruang untuk mengatur sebuah majlis yang meriah dan selaras dengan lunas-lunas agama.
Melihat koleksi foto perkahwinan, Bapak yakin majlis perkahwinan kami disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh sanak saudara.
Tambah membuatkan Bapak bersyukur, ia sempat diraikan Atuk. Majlis perkahwinan cucunya yang terakhir dihadiri sebelum arwah pergi menghadap Illahi kira-kira empat bulan selepas itu...

Sunday, June 7, 2009
Budak Matrik
Dalam entry Kenangan UPU, Bapak pernah ceritakan adik ketiga Bapak, Siddiq telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Sepatutnya beliau mendaftar 27 Jun ini dan Bapak sudah pun mohon cuti pada hari berkenaan untuk menghantar Siddiq.
Namun nampaknya rezekinya bukan di situ, Siddiq telah selamat menjalani fasa kehidupan baru sebagai pelajar Matrikulasi Melaka di Londang, Masjid Tanah pada 25 Mei lalu.
Sebenarnya adik Bapak ni terpilih menerusi pengambilan kedua Matrikulasi dan tawaran tersebut hanya diketahui tiga hari sebelum hari pendaftaran.
Kelam-kabut jugalah Ayah dan Mama sediakan persediaan untuk Siddiq yang nampaknya lebih berminat mengikut jejak Bapak menjadi pelajar Matrik.
Kebetulan Matrikulasi Melaka di Londang letaknya kira-kira empat kilometer dari rumah Mertua Bapak. Sukalah hati Mama,dalam tiga bulan ni, ada alasanlah nak selalu turun Melaka. Selain tengok-tengokkan Siddiq, boleh jenguk cucu sulungnya sekali. kira cam 2+1 lah.
Petang 29 Mei lalu semasa Bapak balik Melaka, sempat Bapak jumpa adik Bapak tu. Lagipun Mama dah pesan awal-awal, jenguk Siddiq.
Sampai sahaja Bapak di kolej penginapan, Siddiq sudah menunggu dengan kemas berkemeja, siap bertali leher serta pas kebenaran keluar masuk di genggaman tangan.
Menyedari Bapak pandang beliau atas bawah tak henti-henti sambil bersengih-sengih kambing, adik Bapak segera jelaskan :
"Ni kod pakaian kat sini kalau nak keluar. Lelaki kena berkemeja dan bertie, perempuan pula berbaju kurung."
Seingat Bapak masa Bapak jadi pelajar Matrik tahun 1998 dulu, takde pun peraturan cam tu....hehehhe
Bapak ajak Siddiq jalan-jalan pekan Masjid Tanah. Tunjuk jalan, lokasi stesen bas, bank, restoran dan lain-lain di pekan itu. Bukan apa, budak tu mana pernah keluar area KL dan PJ, takut kena kejutan budaya pula nanti..hehheh
Tapi kalau teringin nak turun bandar Melaka, pepandai lah sendiri yer...heheheh