Thursday, June 25, 2009

Zon Kucing Terbiar...

Bapak terserempak dengan papan tanda ni ketika berjumpa dengan seorang kawan di perkarangan Hospital Kuala Kangsar tengah hari tadi.

Agak-agaknya banyak sangat kucing yang dah sengaja dibuang di hospital ni sampaikan papan tanda itu kena dipacakkan...hheheh.. Dengan Perintah Pengarah Hospital lagi..hheheh

Tak tahulah apa motifnya..mungkin kebanyakan kucing yang dibuang tu sakit, sebab tu pembela haiwan terbabit sengaja 'buang' kat Hospital Kuale untuk menjimatkan kos perubatan...(ada ke klinik haiwan kat HKK...hhehe).

Atau kucing terbuang itu sengaja 'menyerah' diri ke hospital itu kerana merasakan kehidupannya akan lebih terjamin...heheh

Hanya pembela dan kucing itu sahaja yang tahu...heheh

5 comments:

  1. Mmg dh kira tahap serius tu...tgk la sikit punya besar ke papan amaran tu...!

    ReplyDelete
  2. Hahhahaha..

    Selalunya rakyat malaysia buang kucing mesti kat pasar-pasar basah . Dengan harapan si kucing itu mendapat makanan free kat situ .

    Kiranya ini pun salah satu alternatif yang baik ... buang kat Hospital dapat ubat free..
    hahhaha..

    wahai si 'tuan' kucing ... hingga ke hari ini takder lagi ward khas utk kucing .

    so... fikir-fikirkan lah iyeaaa...

    ReplyDelete
  3. Bukan ubat free la...tengok betul-betul bangunan sebelah dia tuh, KANTIN HOSPITAL!
    Orang yang nak mencampakkan kucing tu pun masih ada hati perut, dia tak nak kucing tu kelaparan, so buang kat kantin hospital, senang melantak free!

    ReplyDelete
  4. DUN : dah serius sgt la gamaknye..heheh

    Kak Linda : moga2 tak jadi trend baru plk nak buang kucing..heheh

    ReplyDelete
  5. Daddy : cekap mata ko! Cuma kalu x silap aku,tu bukan kantin hospital tapi bangunan makanan tuk pesakit hospital disediakan.

    X tahula kalu2 ada kucing terlepas masuk bangunan tue masa makanan tersebut disediakan.

    kalu cam tue, kalu ada waris msk Hospital Kuale, sanggup aku bawak/beli makanan lain!

    ReplyDelete