Wednesday, June 10, 2009

Khalish Sudah Botak!














Antara 'aset' Khalish adalah rambutnya. Kebanyakan orang yang pertama kali melihat dia sebaik sahaja lahir biasanya tertarik dengan rambutnya yang lebat,lembut, hitam pekat dan berkilat macam sudah disembur minyak rambut. Siap ada side burn lagi..hhehhehe

Mama kata ia macam ayah Khalish masa kecil-kecil dulu. Masa kecil-kecil dulu la sebab sekarang ini rambut Bapak sudahlah keras dan kasar, jarang-jarang pulak di tengah-tengah kepala..hehehhe...

Namun riwayat rambut Khalish yang asalnya dari dalam rahim itu cuma bertahan selama kira-kira 19 hari sahaja.

Malam 30 Mei lalu, Bapak mengadakan majlis cukur jambul anak Bapak itu selepas solat Maghrib.

Ramai juga mengambil bahagian mengunting jambul anak sulung Bapak itu termasuk kedua-dua Atuk dan Neneknya daripada belah Bapak dan Orang Rumah Bapak.

Mak mertua Bapak (kiri) menggunting jambul Khalish sambil diperhati Mama (kanan)

Baiknya Khalish malam itu, diam dan tidur sahaja ketika rambutnya 'dikerjakan'. Mungkin leka dengan ayat-ayat Qasidah yang didendangan.

Selalu dia memang tak gemar orang selain ibu, ayah dan neneknya mengusiknya terutamanya pada waktu malam. Mesti nak 'ngamuk'!

Keesokan pagi pula, Pak Teh dengan gajetnya membantu membotakkan rambut Khalish.

Mulanya Khalish yang masih mamai-mamai pada masa itu, rilek jer sedikit demi sedikit rambutnya digondolkan. Tapi agak apabila dah tersedar daripada lamunan dan rasa kepalanya dah mula ringan, mula dia merengek. Nasib baik dapat ditenangkan Mak Teh dan Nenek (moyang Khalish).
Khalish mula terkejut rambutnya sedang digondolkan...heheh

Ha..ha..Khalish dah botak...heheh..takpe lah nak, rambut dalam rahim tu tak baik disimpan. Tak lama lagi panjang balik lah rambut Khalish tu, boleh lah simpan side burn semula...hehehe

18 comments:

  1. Bapak,
    Perghhh.. ada side burn tu.. wallawehh..

    ReplyDelete
  2. Si Lampu Neon : terima kasih sudi ziarah blog Bapak.

    Pasal Khalish, comel cam Ayah dia gak tapi Ayah dia comel tang lain..hehehhe

    Ana : hehehhe...tue la pasal, side burn tue..heheh

    ReplyDelete
  3. majlis bercukur... meriah..

    ReplyDelete
  4. orang tetua katakan.. kalu tak cukur kang, bila besor nanti akan selalu kena sakit kepala or migrain .

    Pastukan... rambut yg dicukur tuh ditimbang mengikut harga emas semasa and duitnya boleh disedekahkan mengikut keperluan .

    Tepuk dada tanya selera .

    ReplyDelete
  5. Salam Bapak,
    Kak Myza setuju sangat-sangat dengan Linda tu! Itu yang sepatutnya Bapak buat! Rambut Khalish tu nanti tumbuh balik, nanti lagi cantik!

    ReplyDelete
  6. Hanis : majlis itu sederhana sahaja tapi meriah mungkin sebab cucu sulung. Syukur kedua-dua keluarga Bapak dan Orang Rumah Bapak dapat berkumpul sama-sama rai majlis tue.

    ReplyDelete
  7. Kak Linda & Kak Myza : terima kasih atas info tue. baru Bapak tahu hikmah dari segi kesihatan disebalik amalan mencukur rambut bayi.

    Tentang rambut ditimbang dengan nilai emas tue, memang Bapak ada buat amalan sama tuk rambut Khalish. alhamdulillah memang niat nak sedekah kat fakir miskin tanda syukur.

    ReplyDelete
  8. teringat zaman kecik masa cukur jamboi (boleh ingat ke!!) haha..apapun tahniah untuk Bapak!!

    ReplyDelete
  9. cikgu iman :

    terima kasih.
    wah, hebat, masa cukur jamboi kecil2 pun bole ingat...heheh...cikgu katakan...hehhe (jgn mare, gurau jer)

    ReplyDelete
  10. Tahniah...dah selamat berecukur...dah besar anak bapak...pandai apa dah Bapak?

    ReplyDelete
  11. Kak Sonata : terima kasih.

    semalam Khalish genap berumur sebulan. sekarang ni dia dah pandai ketawa kecil kalu ada yang melayannya.

    ReplyDelete
  12. Comelnya Khalish...dah botak pun comel lagi..hehehe

    ReplyDelete
  13. Gua nak jemput lu dtg kenduri kt blog gua beb..
    FOLLOW skali pun tak dak hal..

    satu lagi gua nk tanya lu..camna feeling jd bapak?

    ReplyDelete
  14. Kak Tirana : Khalish pesan jangan puji dia lebih2...heheh

    ReplyDelete
  15. FdauAmad : thanks lawat blog Gua.

    Camne feeling jadi Bapak? bercampur baur beb..
    berdebar2,gembira, syukur..macam2 la..
    susah nak cakap, nanti Lu jadi Bapak, Lu akan lalui sendirik la...

    ReplyDelete