Wednesday, June 12, 2013

Borong buku di Pesta Buku Selangor

Gara-gara PRU-13, perancangan awal untuk ke Pesta Buku Antarabangsa pada hujung April lalu tidak kesampaian.

Masa itu Orang Rumah Bapak berada di kampung untuk pulang mengundi manakala cuti Bapak pula dibekukan sepanjang tempoh tersebut.
Sebagai galang-ganti kami pergi ke Pesta Buku Selangor yang diadakan di SACC, Selangor pada awal bulan ini.

Sebab dah lama berada di perantauan, Bapak keliru antara SACC dengan SACC Mall. Berlegar kami sekejap di SACC Mall sebelum menyedari SACC yang terletak berhadapan pusat membeli-belah itu premis yang berbeza..hehehe..

Walaupun tak sebesar Pesta Buku Antarabangsa dari segi penganjuran tapi banyak juga pilihan di Pesta Buku Selangor terutama melibatkan buku genre agama.
Orang Rumah Bapak merungut novel- novel terbitan Karangkraf plot dan gaya penceritaannya hampir sama, konflik percintaan wanita kaya dengan lelaki kebanyakan atau sebaliknya yang stereotaip.

Akhirnya beliau memilih novel terbitan syarikat lain. Citarasa Bapak pula berbeza, pemilihan genre yang lebih serius..huhuhu..
Untuk Khalish dan Ilhan juga tak dilupa, lebih bercorak pendidikan. Mama pula citarasanya lebih kurang Orang Rumah Bapak.

10 comments:

  1. wah banyak shopping buku tu bang...he he he... tapi x rugi pun kalau kita shopping buku ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni la caranya nak dapat pelepasan income tax RM1,000 tu setahun tu..hehehe

      Delete
  2. wahh banyak buku dibelinya ..
    bagus2 , kalau saya ke sini anak2 lah suke ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak pulak kalau Khalish dan Ilhan mengikut, letih mengejar mereka dari memilih buku..heheheh

      Delete
  3. rajinnya baca buku yea.. hu2.. teman je malas baca buku.. xtau nape.. suka tgk buku tebal2 tp setakat tengok jelea.. nak baca tu kena pk 10X.. tp pnh jugak lea baca novel yg tebal tu.. sekali je pun.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulakan langkah pertama dulu, kemudian baru senang. bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.

      Delete
  4. saya suka novel Ramlee Awang Murshid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Rumah Bapak pun suka novel RAM. buat koleksilah..hehehe

      Delete
  5. yap saya juga setuju novel karangkraf alaf 21 terlalu formulaic

    ReplyDelete
    Replies
    1. komentar daripada pembaca novel tegar..hehehe..

      lama x dengar cerita Sam?

      Delete