Tuesday, June 11, 2013

5 tahun kami bersama...

Orang kata lima tahun pertama merupakan tempoh yang paling kritikal dalam sesebuah perkahwinan. Masa untuk mengenali hati budi dan penyesuaian dengan kedua-dua belah keluarga.
Alhamdulillah Bapak dan Orang Rumah Bapa yang diijab kabul pada 31 Ogos 2008 berjaya mengharunginya.

Sepanjang tempoh itu, bukan sedikit nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah termasuk yang paling berharga kelahiran Khalish dan Ilhan pada Mei 2009 dan Oktober 2010.

Syukur kami sentiasa mendapat sokongan keluarga kedua-dua pihak yang sentiasa merestui perhubungan ini.

Tak dinafikan sepanjang lima tahun ini juga ada juga beberapa ujian kecil yang melanda rumah tangga kami. Alhamdulillah, setiap berlaku persoalah Dia memberi ilham penyelesaiannya.
Namun hari-hari mendatang kelak jauh lebih mencabar dari tempoh lima tahun tersebut memandangkan dengan Khalish dan Ilhan semakin membesar dan bakal terdedah untuk pacaroba dunia.

Bapak mohon kepada Allah agar Bapak dan Orang Rumah Bapak terus diberi kekuatan agar  terus istiqamah memelihara iman dan menjadi insan yang lebih baik.

Semoga rumahtangga ini berada tetap di landasan yang diredhai Allah..

9 comments:

  1. Salam bro..kejap je kan masa berlalu..apa2 pun selamat ulangtahun yg ke lima..moga diberi keberkatan...

    ReplyDelete
  2. Happy 5th Anniversary bro...

    Moga kekal berbahagia hingga ke syurga...Insya Allah...:)

    ReplyDelete
  3. perkahwinan IM dan hampir 30 tahun. saat paling tough dalam hidup ialah menjaga anak yang dalam usia remaja.

    bersedialah untuk itu...

    ReplyDelete