Sunday, April 7, 2013

Nostalgia funfair

Kali terakhir Bapak ke pesta ria (funfair) ketika berada di tingkatan 4 di Lumut pada pertengahan 90-an.

Selepas itu Bapak mendapati funfair pada abad ke-21 semakin membosankan. Apatah lagi ia semakin  tenggelam dek hiburan lain yang semakin melambak.
Baru-baru ini semasa berkunjung ke Taiping, Bapak kembali ke funfair atas desakan Ilhan yang begitu teruja. Beriya-iya dia menarik tangan ayah dan ibunya untuk memasuki pesta ria tersebut. Mungkin terpesona dengan pelbagai permainan dan lampu warna-warni yang menerangi kawasan tersebut.

Berpusing Bapak sekejap, permainan yang terdapat di dalam Funfair Taiping ini tak jauh daripada yang ada masa zaman Bapak kecik-kecik.

Satu token berharga RM2 dan rata-rata permainan memerlukan dua token. Agak mahal juga jika nak dibandingkan dengan tawaran hadiah mengarut yang disediakan.
Mula-mula kami kasi Ilhan menaiki keretapi bersama kanak-kanak lain yang baru dikenali. Gembira dia berpusing-pusing dengan tren tersebut lebih 10 kali.

Bapak cuma main satu sahaja permainan memasukkan bola pingpong ke lubang yang lubang bernombor. Rasanya Bapak dah dapat masukkan ke lubang-lubang bernombor besar tetapi ganjarannya cuma sebuah lampu tidur mini.
Orang Rumah Bapak yang macam lepas gian bermain pelbagai permainan. Hadiahnya turut sama mengarut termasuk sebatang pen yang tak pasti ada dakwat ke tak. Kalau yang boleh kata berbaloi, patung monyet yang telah menarik perhatian Ilhan.

No comments:

Post a Comment