Sewaktu kecil-kecil dulu, Bapak dan adik nombor dua, Wan sering di bawa untuk melakukan pemeriksaan gigi secara berkala di Hospital Universiti. (sekarang dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Malaya).
Ayah akan membawa kami dengan menaiki bas (waktu tu kami belum masih memiliki kereta) dan rutin itu berlarutan sehinggakah Bapak dan Wan melangkah ke sekolah rendah.
Selain diajar penjagaan gigi secara tidak formal (budak-budak empat,lima tahun memang suka main-main), perkembangan gigi susu yang akan beralih kepada gigi kekal sentiasa dipantau.
Setiap kali pemeriksaan Bapak pulang gembira membawa pulang hadiah seperti berus gigi comel dan kotak pensel. Kerap kali juga Bapak tertipu diberi makan tablet berwarna merah jambu yang disangka gula- gula tetapi sebenarnya bertujuan untuk melihat plak gigi dengan lebih jelas.
Kenangan itu indah dan banyak mempengaruhi gaya penjagaan gigi Bapak sehingga sekarang.
Oleh itu Bapak berazam untuk perkara sama yang dilakukan ayah apabila berkeluarga kelak.
Perkembangan gigi susu Khalish setakat ini baik namun beberapa batang gigi hadapan Ilhan kelihatan mula berhakis. Risau Bapak lagipun memang susah dia nak diajar menggosok gigi dengan betul. Ilhan lebih suka memegang berus gigi sendiri tapi yang digosoknya bukan gigi tetapi lidah.
Kelmarin Bapak sekeluarga melakukan pemeriksaan gigi di Klinik Pergigian 1Malaysia di UTC Perak.
Kami pergi sebab servisnya cepat sebab agak lengang. Caj untuk dewasa warga negara cuma RM1 manakala kanak-kanak seperti Khalish dan Ilhan percuma.
Waktu perkhidmatan juga panjang iaitu dari 8.30 pagi hingga 10 malam.
Doktor yang memeriksa gigi Bapak memberitahu gigi Bapak dalam keadaan baik juga dua gigi di bahagian bawah berhampiran geragam tumbuh himpit-berhimpit.Penjagaan rapi diperlukan kerana ia mudah rosak.
Orang Rumah Bapak pula punya persamaan fobia dengan Aaron Aziz iaitu takut berjumpa dengan doktor gigi. Walaupun beliau beri pelbagai alasan untuk mengelak giginya diperiksa, Bapak bertegas kerana kami perlu jadi contoh baik kepada anak- anak.
Berderau darah Orang Rumah Bapak apabila doktor mencadangkan sebatang giginya yang berlubang ditampal. Dalam takut-takut masalah yang berlarutan hampir setahun berakhir apabila Bapak beri persetujuan gigi Orang Rumah Bapak berkenaan ditampal. Caj dikenakan cuma RM2.
Gigi Khalish dipuji doktor dan dia mengiyakan saranan doktor agar lebih rajin lagi memberus selepas ini.
Ilhan pula asyik mengetapkan bibir dan usaha untuk memujuknya membuka mulut memakan masa agak lama juga. Doktor memberi cadangan giginya dilap dengan kain setiap kali selepas minum susu.
masalahnya, kalau orang nak betulkan gigi, nak pasang braces, dentist kerajaan tak nak buat. apa punya klinik tak tau la... suruh org buat kat private dentist bukan murah, RM5,000 sampai RM10,000. braces hanya utk budak sekolah je sedangkan org dewasa yang betul2 mengharapkan rawatan kosmetik gigi mcm tu tidak akan dilayan sedangkan rawatan itu sgt penting dlm memberi dan menambah keyakinan tuan punya diri !!!
ReplyDeletebagi Bapak, kerajaan melalui agihan cukai hanya boleh sediakan basic needs/keperluan asas.
Deleteuntuk kes klinik pergigian kerajaan ini, moleklah servis check, tampal dan cabut gigi disediakan.
pakai braces untuk keyakinan diri tu bukan keperluan tapi kehendak...
nk pkai braces bkn senang... bg yg nk pkai dr kna tgok kes tu mcm mna.. klau truk sgt bru blh.. tp klau gigi xreti nk jga pn ssh...pkai besi tu lgi kna jga lbih elok
Deletebetul tu, macam ada pengalaman je..heheh
Deletekos rawatan sebenar rawatan braces adalah rm 3000..dan hanya boleh dilakukan oleh pakar sahaja...jumlah pakar di Perak hanya 2 Orang..jumlah waiting list adalah 5 tahun...bayangkan? dengan rawatan hanya kepada bawah 18 tahun dan mencapai kriteria, pun waiting list 5 tahun...paham sendiri la beb..nak bergaya, cantik ,kosmetik, kenalah bayar...
DeleteKorang pakai jelah jelly braces kalau untuk keyakinan diri. Cuba google apa tu jelly braces. Lagiun tak sakit pakai jelly braces
Deletehahaha.. betul tu... jaga gigi bagi putih tak rosak sudah la.. yg nak pasang braces tu kira dah lebih2x.. pi swasta la... tu kehendak.. bukan keperluan.. kerajaan cuma bagi yg kecemasan ja.. macam sakit gigi... gigi patah nak buang tunggul.. gigi berlubang nak tampal.. ni semua kes kes kecemasan.. jika tak buat mudarat,.... nak kecantikan pi la saloon gigi kat pakar-pakar swasta...
Deletekalau cabut gigi ada beri mc ke
ReplyDeletekalau minta kat doktor gigi, dapat la mc
Deletekalau cabut gigi ada beri mc ke
ReplyDeletecik siti dah lama tak g check gigi...kalau dulu kecik2, tiap2 6 bulan skali mesti pegi...huhu
ReplyDeleteeh kenapa x diteruskan, gaya hidup sihat tu. jangan jadikan sibuk bekerja sebagai alasan, sekarang ni Ahad pun klinik gigi buka tau!
Delete@ AnonymousFebruary 5, 2013 at 1:17 AM
ReplyDeletepemakaian braces utk pesakit dewasa tidak dilakukan di Klinik Pergigian (KP) kerajaan. Policy Kem Kesihatan Malaysia....rawatan dilakukan oleh Dr Pergigian Pakar di Klinik Pakar. Utk rawatan braces murid sekolah pun bkn semua kes diterima utk rawatan. Kes yg melibatkan gangguan fungsi atau kebarangkalian resiko kerosakan gigi yg parah saja yg diambil..rawatan ini adalah rawatan bersubsidi dimana pesakit hny bayar rm900++ utk seluruh rawatan..
Harap info ni dpt membantu..
Dr pergigian klinik kerajaan..
terima kasih, info yg berguna
DeleteKalau nak cuci gigi agak2 brape kos yg d kenekan ye??
ReplyDeleteRM1
DeleteSekarang ni dah rm3. Rm1 masa nak masuk, rm2 lepas rawatan. Pd sy jimat sgt sbb klinik swasta charge mahal.
Deletestill murah lagi kan? hihi
DeleteDoktor swasta cadangkan saya buat crowning & bridging utk pemuliharaan gigi bila retak & cabut. Kos RM seribu lebih. Agak2 kat klinik kerajaan boleh buat tak dgn kos yg rendah
ReplyDeletekalau x silap kos untuk crowning di hospital/klinik kerajaan separuh daripada kos dikenakan di klinik swasta.
Deletekesabaran menunggu giliran mungkin menjadi isu..
Pusat perubatan universiti malaya ada klinik pergigian ke untuk extraction?
ReplyDeleteBrapa harga utk composite veneer ye dkt ppum tu..
Deletetampalan gigi tu, dia guna tampalan yang biasa hitam tu ke, atau tampalan putih/sama warna dengan gigi?
ReplyDeletetampalan hitam tu kita panggil amalgam, putih pula komposit..dua2 tampalan kekal. kita keadaan..
DeleteSy pemakai braces sblum ni. Kalau mmg dah dewasa mmg la kena buat kat private. Pakai braces mmg la mahal. Sy sendiri total hampir rm10k. Tp jgn risau pembayarab secara bulanan..paling2 pun byran pendahuluan adalah rm1500 depends pd klinik tu. Dan yg selebihnya byr la bulanan rm100 ke.. sy ok je...
ReplyDeleteBtw...beauty is pain and expensive... itu kebenarannya :)
This comment has been removed by the author.
DeleteBerapa agaknya kos pembedahan cabut gigi..?
ReplyDeletedi klinik kerajaan, kosnya RM2 untuk sebatang gigi
Deletekos pembedahan cabutan gigi tak sama seperti cabutan biasa...harga adalah 50 ringgit..
Deleteterima kasih atas info kiang-boy
DeleteAssalamualaikum..maaf sy ingin nk tau kalau kt kilinik 1malaysia ni ada ke pkai braces bt oku dn brape harga ya??
ReplyDeletesila rujuk komen2 sebelum ini. persoalan tentang braces di klinik 1malaysia ada dibincangkan sebelum ini.
Deletewaktu perkhidmatan memang panjang ke? rasa macam nak pergi situ jer lepas kerja
ReplyDeletekalau di UTC memang sampai pukul 10 malam
Deleteselalunya berapa lama kena tunggu appointment dari doktor untuk scaling gigi?
ReplyDeletesama ada di klinik kerajaan/swasta, perkhidmatan scaling dilakukan pada hari itu juga.
DeleteKalau tampal? Perlu appointment or terus dibuat pd hari tu juga?
ReplyDeleteboleh ditampal pada hari pendaftaran
DeleteAssalamualaikum.. sy nk tnya.. waktu beroperasi klinik gigi tu setiap hari isnin hingga ahad ke?
ReplyDeletekalau di UTC, memang buka hari2 kecuali cuti umum.
DeleteLau kat kajang ni mne ya klinik kerajaan utk bt pendakap gigi utk oku?? Adeq sy nk sngat bt... Kesian pula tngok dye... Agak dpt murah ke tak ya???
ReplyDeletesaya tidak pasti sama ada terdapat kemudahan pendakap gigi untuk oku. setahu saya bagi individu normal tiada kecuali kes yang betul2 memerlukan..
Deleteapa pun ariana boleh check kat klinik kesihatan kajang di jalan semenyih.
Bole tau klinik gigi utc ada buat pemutihan gigi tak?
ReplyDeletetiada...
Deleteutc perak ade klinik 1 malaysia utk cabut gigi kan? berapa harga?
ReplyDeleteRM2 sebatang
DeleteJadi tampal gigi ada cas kah..??
ReplyDeleteRM1
Deletescaling gg sama ke dgn rawatan pemutihan gg?
ReplyDeletelain, scaling tu cuci gigi
Deletegomen ad buat crowning n bride ke ye
ReplyDeletegomen ada crowning & brigde
DeleteBle tnya klu nk buat crowing kt utc kena buat appointment ke?
ReplyDeletekwna buat pemeriksaan rutin dulu, baru doktor bertugas boleh cadangkan sama ada crowing boleh dilakukan atau sebaliknya...
Deletekalau utc pudu kl ahad ada buka kah? jam berapa ya?
ReplyDeleteutc pudu buka ahad, dari 8 pagi hingga 9.30 malam
DeleteKalau tampal gigi kat hosp kerajaan bpe ye?sblm ke unit pergigian kena pergi kat main kaunter dulu or terus je pergi kat unit pergigian.tq
ReplyDeleteRM2 untuk sebatang gigi. boleh terus ke klinik pergigian
DeleteKlinik kt Utc sentul ada check gigi x?.. :'(
ReplyDeleteada
Deletemaaf menganggu..ada sesapa tau klinik yg murah buat implant gigi (tanam gigi) kalau ada klinik kerajaan yg buat lg bagus kosnya murah sikit....area selangor
ReplyDeletemaaf saya tiada maklumat. Saya kini menetap di Kuala Terengganu
DeleteKalau budak 5 tahun nak cuci gigi blh ke atau ada had umur....gigi anak saya habis rosak berlubang...apakah rawatan yg perlu dibuat
ReplyDeletegigi susu biasnya tak digalakkan mencuci gigi. biar je sampai luruh gigi tersebut
DeleteKlinik kerajaan ada perkhidmatan buat crown gigi tak....?
ReplyDeleteAde and kos lebih murah tpi tunggu giliran tu hmm lama sikit...but if betul 2 x kisah tentang masa jadi dpt crowning
Deletesalam, uncle nak tanya. kalau klinik kerajaan nak buat x-ray gigi berapa ye dia caj?
ReplyDeleteSalam. saya tidak pasti klinik kerajaan ada perkhidmatan x-ray gigi atau sebaliknya
Deletekalau cabut gigi geraham bongsu di klinik kerajaan, berpa kos yg dikenakan?
ReplyDeleteRM2
DeleteTampal Gigi 2 kali sehari pun tak tahan kat klinik Kajang ... Lena buat crowning geng.. tetapi klinik Kerajaan tak buat crowning... Private klinik RM600 - RM1500
ReplyDeleteTuan/Puan Sesiapa tau tak mana nak buat Crowning .. harga Yang Murah.. Dan service dia ok
ReplyDeleteKlinik kerajaan ada buat frc bridge atau bridge ke?.
ReplyDeletehello , nk tanya ,boleh ke buat veneer kat klinik kerajaan? , dan berapa harganya? please help me
ReplyDeletekt klinik kesihatan boleh buat bridge gigi tak? brp kos utk sebatang gigi
ReplyDeleteizmir
ReplyDeleteErzurum
Diyarbakır
Tekirdağ
Ankara
4HA7UT
goruntulu show
ReplyDeleteücretli
NO3W5C
74A31
ReplyDeleteErzurum Lojistik
Rize Lojistik
Muğla Evden Eve Nakliyat
Sinop Lojistik
Adıyaman Evden Eve Nakliyat
A235D
ReplyDeleteGümüşhane Evden Eve Nakliyat
buy steroid cycles
Yalova Evden Eve Nakliyat
Rize Evden Eve Nakliyat
Silivri Evden Eve Nakliyat
Bilecik Evden Eve Nakliyat
Niğde Evden Eve Nakliyat
Erzurum Evden Eve Nakliyat
order masteron
20954
ReplyDeleteAdana Şehir İçi Nakliyat
Kars Şehirler Arası Nakliyat
Edirne Şehir İçi Nakliyat
Bilecik Şehir İçi Nakliyat
Uşak Lojistik
AAX Güvenilir mi
Karaman Şehirler Arası Nakliyat
Şırnak Şehir İçi Nakliyat
Ünye Parke Ustası
9BD69
ReplyDeletezonguldak canli sohbet bedava
batman en iyi rastgele görüntülü sohbet
antalya mobil sesli sohbet
canlı sohbet odası
bedava görüntülü sohbet
şırnak canlı görüntülü sohbet odaları
bartın ücretsiz görüntülü sohbet
ücretsiz sohbet uygulamaları
samsun goruntulu sohbet
46A1C
ReplyDeleteerzurum kadınlarla rastgele sohbet
Artvin Ücretsiz Görüntülü Sohbet
kayseri canli sohbet
zonguldak canlı görüntülü sohbet odaları
Osmaniye Muhabbet Sohbet
ankara sesli sohbet odası
edirne canlı sohbet ücretsiz
rize ucretsiz sohbet
erzurum görüntülü sohbet odaları
0CA5A
ReplyDeletelayerzero
dexscreener
solflare
uwu lend
aave
ledger wallet
ledger live
shiba
eigenlayer
biasanya waiting list untuk buat implant gigi di hospital kerajaan lama tak? berapa lama ya?
ReplyDeleteشركة عزل اسطح بالدرعية ds4pSqSOoN
ReplyDelete