Tuesday, February 26, 2013

Alahan kacang

Sejak kecil kami perasan Khalish alah dengan kekacang terutama kacang tanah, hazelnut, badam, kacang hijau dan gajus.
 Begitupun dia ok je kalau makan kacang panjang dan kacang buncis.

Masa dulu Khalish akan cirit-birit tetapi sekarang ini apabila sudah besar sikit, dia akan muntah-muntah dan demam.

Sukar sebenarnya nak menghalang naluri kanak-kanaknya untuk menikmati makanan berasakan kacang terutama mentega kacang.

Cara terbaik menjauhkan makanan-makanan tersebut daripada Khalish. Kalau kami nak makan pun kena sorok-sorok daripada pengetahuan dia.

Awal-awal lagi Orang Rumah Bapak sudah beritahu perkara tersebut kepada guru tadikanya.
 Beberapa hari lalu, Orang Rumah Bapak teringin makan rojak buah. Beliau taruh kacang tanah goreng yang kemudiannya menarik perhatian Khalish.

Simpati dengan rengekan Khalish, Orang Rumah Bapak benarkan anak sulung kami itu mengunyah dua, tiga biji kacang tanah.

Sudahlah tidak lama selepas itu suhu badannya mula naik. Cepat-cepat kami bawa dia ke klinik. Malamnya pula Khalish muntah selang sejam. Dua hari kemudian barulah dia kebah.
 Bapak sudah berkira-kira untuk menambah satu lagi bahan larangan untuk di bawa masuk ke rumah selain belacan dan jering iaitu kacang tanah...

14 comments:

  1. Salam singgah dan follow...
    Kadang2 alahan kepada makanan ni boleh membahayakan, kena lebih berhati2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami dapat pengajaran untuk lebih berhati2 pada masa depan..

      terima kasih sudi singgah dan follow

      Delete
  2. Salam,
    Teruk kesan alahannya.
    Kalau begini jgnlah berkompromi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      Khalish sudah dikejarkan ke hospital pagi tadi..

      Delete
  3. teruk sekali alahannya ...saya baru tau..ingat biasa2 saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak pun pertama kali berhadapan dengan alahan ini...

      Delete
  4. anak saya pulak tak boleh langsung makan kacang parang...doktor kata penyakit G6PD...dari kecil membawa ke besar itulah pantangnya selain beberapa ubatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ini doktor belum sahkan Khalish menghidap G6PD. Beliau cuma nasihatkan elakkan dia makan kacang, katanya alahan boleh jadi secara luaran berupa ruam manakala dalaman sebagai radang..

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zu,

      setakat ini doktor kata demam dia xde kena mengena dengan alahan kacang...

      doktor beritahu paru2 dan sel darah merah dia dijangkiti kuman... Bapak risaula...

      Delete
  6. saya pon alahan dari masa lahir kacang parang dan gajus.. jadi demam2..mak xbgtw mula2 penyakit apa sebab mak pon xberapa pasti..doktor yang bgtw mk suh saya berpantang..jadi masuk asrama makan la ap lagi..sedap la katekan..tapi masuk hospital teros..hoho..tapi tak paham juga..doktor pertama cakap sakit G6PD.. doktor lagi satu cakap jangkitan kuman.. tapi tula..sampai sekarang jadi takut nak makan apa2 dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemungkinan besar G6PD, so berhati2 lah jauhkan daripada kekacang macam Khalish

      Delete
  7. salam bro.

    anak masih lg alah kacang ka?
    Saya ada anak baru setahun dan dia alah kacang.

    nk tny if anak masih lg xboleh makan kacang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      alahan kacang masih ada tetapi sudah berkurangan bila Khalish semakin membesar ni.

      Delete