Tuesday, January 22, 2013

Menjejak susu tepung Dutch Lady perasa coklat yang menyorok

Sejak buku lali Bapak patah kira- kira 4 bulan lalu, barulah timbul kesedaran tentang keperluan kalsium untuk tulang. Sumber kalsium termudah dan murah pastilah susu. Namun Bapak bukanlah jenis suka minum susu.

 Sebenarnya sejak putus susu ketika berumur 4 tahun, tekak Bapak alah dengan susu. Rasa loya dan mahu diluahkan semula jika susu diteguk. Kalau susu kacang soya tak pula..

Hanya susu yang  mempunyai perasa sahaja boleh serasi dengan tekak Bapak.Biasanya perasa coklat menjadi pilihan.
Kebetulan masa Bapai bercuti panjang MC dulu, Dutch Lady memperkenalkan produk baharu, susu tepung perasa coklat. Lebih ekonomi daripada membeli susu kotak.

 Puaslah Orang Rumah Bapak cari di beberapa pasar raya besar di sekitar Ipoh ini. Setiap perosok rak produk tenusu di pasar raya besar dijelajahi tapi tak jumpa juga dengan produk tersebut.

Bukan sekali dua tapi setiap kali mengunjungi pasar raya besar, kami cuba mencari susu tepung perasa coklat tetapi hampa. Yang ada susu tepung perasa strawberi dan asli.

Sakit hati juga setiap kali tengok iklan Dutch Lady di televisyen. Orang Rumah Bapak nak sedapkan hati mengandaikan produk tersebut cuma di jual di Lembah Klang. Apa ingat orang Ipoh tak minum susu ke?

Di pendekkan cerita, kami akhirnya jumpa juga pek susu tepung perasa coklat Dutch Lady itu baru-baru ini.Rupa-rupanya pengurusan pasar raya besar meletakkan produk itu di rak minuman malt dan coklat seperti Milo, Ovetine, Holicks dan Vico.

Sampai juga hajat Bapak.Minta maaf kepada Dutch Lady sebab mengandaikan persepsi yang bukan-bukan...hehehe..tapi kalau letak di rak produk tenusu kan senang...

10 comments:

  1. wah... bapak dah minum susu kembali... siap 'botol' lagi... :)
    saya masih tetap ambil susu... walaupun bukan hari-hari, tapi minum juga... org perempuan ni lagi senang hilang kalsium...

    ReplyDelete
    Replies
    1. botol tu free gift beli susu Dutch Lady tu. senang, goncang je, siap..heheh

      Delete
  2. Replies
    1. Milo minuman malt, ada macam2 rasa, ni susu perasa coklat..

      Delete
  3. ramai yg kata sedap..belum cuba lagi =p

    ReplyDelete
  4. Eh..kan ke patutnya diorg letak kat shelf susu formula anak?
    Lain la kalo geng2 anlene tu..biasanya lane sebelah

    ReplyDelete
  5. botol budak2 yang 4 jenis free gift langsung tak berkualiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg Dutch Lady 123/456 tu ker? nasib baik x beli tuk Ilhan. tengok harganya pun terlebih mahal, cam kita beli botol air tu je..

      Delete