Saturday, January 26, 2013

Cameron Highlands Kami Datang Lagi

Seakan lokasi percutian wajib, Bapak dan Orang Rumah Bapak tak pernah gagal mengunjungi Cameron Highlands sekurang-kurangnya sekali sejak tahun pertama perkahwinan.

Mula-mula hanya berdua dan kini bersama Khalish dan Ilhan yang semakin membesar. Orang Rumah Bapak sukakan sayur dan buahan segar yang terdapat di tanah tinggi itu, Khalish dan Ilhan suka tidur hotel. Manakala Bapak suka berangan bak seorang Inggeris minum teh dan makan skun sambil menikmati panorama hijau ladang teh..hehehe..

Ini percutian pertama kami dalam tempoh 4 bulan selepas percutian terakhir di Pulau Pinang yang berakhir dengan Bapak pulang ke rumah dengan kaki berbalut simen. Kasihan Khalish dan Ilhan terpaksa terperap di rumah...
 
Pada percutian kali ini kami melawat :-

a) Raju's Hill Strawbery Farm
Sambil membawa Khalish dan Ilhan melawat ladang strawberi, kami tak lepas peluang menikmati aiskrim, kek keju dan wafel yang semuanya berasas strawberi segar.

b) Pasar Malam Brinchang
 Ini kali pertama kami ke pasar malam berkenaan kerana sebelum ini kami sentiasa mengelak daripada mengunjungi Cameron Highlands pada hujung minggu dan cuti sekolah.

Berpusing-pusing dalam keadaan hujan renyai-renyai tapi yang dibeli cuma pucuk labu tempura dan udang goreng tepung.

c) Stimbot Hotel Rosa Pasadena
Stimbot yang digemari kami setiap kali berkunjung ke Cameron Highlands.

Selain sup, sos cili, solok dan gorengan berasaskan tauhu dan yang kena dengan  tekak, tak perlu rasa was-was kerana kafe hotel ini mempunyai sijil pengesahan halal.

d) Cameron Valley Tea
Biasanya kami ke Boh sama ada Sungai Palas dan Ringlets namun destinasi minum teh dan makan skon kali ini di Cameron Valley Tea milik Cameron Bharat Plantation di Tanah Rata. Ia dipilih kerana lokasi lebih landai, sesuai untuk pergerakan kaki Bapak yang baru pulih.

Seperti biasa skon, kek keju dan karipap di pilih sebagai sajian sarapan pagi. Memilih minum teh float pula menggembirakan Khalish dan Ilhan yang suka makan aiskrim.

e) Galeri Time Tunnel
Kunjungan ini khas untuk Ilhan kerana kali terakhir kami ke sini dia belum wujud manakala Khalish baru berusia 7 bulan. Koleksi sudah semakin banyak dan susun atur semakin kemas.

f) Rose Centre
Terletak di belakang Kea Farm dan Hotel EQ, ia kaya dengan bunga- bungaan berwarna-wangi terutama ros.

Tiket kemasukan RM5 untuk dewasa manakala Khalish dan Ilhan yang masih di bawah 4 tahun (padahal Mei ini, Khalish genap 4 tahun..heheh) kemasukannya percuma.
  Semakin tinggi kita mendaki semakin banyak monumen cantik akan kita temui. Namun atas faktor kaki yang belum sembuh 100 peratus, Bapak hanya mampu melihat Orang Rumah Bapak sahaja mendaki hingga ke puncak.

g) Kea Farm
Apa lagi borong sayur dan buah-buahan. Benda wajib kincham, brokoli, jagung, oren dan strawberi.

Lagi gambar menarik di Stimboat Rosa Pasadena Cameron, Kelazatan Waffle Strawberi, Galeri Time Tunnel part 1, Galeri Time Tunnel part 2Rose Centre part 1 dan Rose Centre part 2.

10 comments:

  1. Cubalah scone kat taman sedia, orang melayu yang buat lagi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah kami akan cuba pada kunjungan akan datang

      Delete
  2. Kalau kakak kan suruh pilih ladang teh dgn ladang bunga-bunga tu kakak pilih tempat bunga yg fresh dan besar-besar bunga dia. Sayur-sayur pun tempat yg kakak suka. Geram kan tengok kobis sebesar saiz dulang air. Banyak beli teh AB? Kalau beli teh biasa setahun pun tak boleh habis hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tahu2 je Kakzakie ni, kami beli pek teh yg besar punya..hehehe

      Delete
  3. bestnyaa
    saya dah rasa nak pergi sekali lagi aje ..

    ReplyDelete
  4. tak pernah sampai sana..menarik laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah ada rezeki juga Izan sekeluarga nanti ke Cameron

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah sudah terbau2 aroma teh cameron valley tu, jangan ditangguh lagi ke Cameron tu..hehehe

      Delete