Thursday, October 11, 2012

Senget ikut Menara Condong Teluk Intan

Sebagai anak kelahiran Teluk Intan, Menara Condong Teluk Intan bukanlah asing bagi Bapak. Apatah lagi kedudukannya yang terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan.
Namun jangan gelak jika Bapak mengatakan tak pernah menaiki menara tersebut kecuali baru-baru ini. Itupun desakan Orang Rumah Bapak...heheheh...biasalah benda depan mata jarang dihargai...heheheh..

Kami sampai di Dataran Menara Condong Teluk Intan pun dah agak lewat petang, kira-kira setengah jam sebelum masa lawatannya ditutup pada pukul 5 petang.

Ilhan boleh tidur nyenyak pula pada masa itu,terpaksalah Orang Rumah Bapak menaiki bangunan tersebut yang kini berfungsi sebagai menara jam itu dengan mendukung Ilhan.

Khalish macam biasa teruja berjalan di lokasi baru. Dari luar menara condong ini nampak macam lapan tingkat tetapi sebenarnya ia cuma tiga tingkat sahaja.
Namun untuk sampai ke puncak bangunan yang setinggi 25 meter ini sebanyak 110 anak tangga perlu didaki.

Di tingkat bawah ada sebuah perigi yang dipenuhi dengan duit syiling kebanyakan satu sen. Dinding ruang tingkat dua dan tiga pula dipamerkan gambar-gambar yang berkaitan dengan menara condong dan sejarah bandar Teluk Intan.

Menara yang sering dikaitkan dengan menara Pisa ini dibina oleh seorang pemborong Cina bernama Leong Choon Cheong pada 1885 dan mempunyai kecondongan ke arahbarat laut.

Asalnya ia berfungsi sebagai bangunan menyimpan tangki air untuk kegunaan penduduk setempat pada musim kemarau dan memadam api kebakaran memandangkan Teluk Intan pada masa itu tidak mempunyai perkhidmatan bomba.

Seterusnya menjadi menara jam setelah jam buatan JW Benson-Ludgathill dari Londondipasang pada 1894 manakala pada zaman pendudukan Jepun, ia berfungsi sebagai menara kawalan.
Mengenai kecondongannya, banyak faktor penyebab antaranya bangunan itu dibina di bekas terusan yang pernah menjadikan bandar Teluk Intan sebagai seolah-olah sebuah pulau. Terusan itu dibina pengasas bandar ini iaitu Mak Intan menghubungkan Sungai Bidor dengan Sungai Perak bagi memudahkan aktiviti perdagangan.

Penjajah Inggeris kemudiannya menimbus terusan itu dengan tanah gambut pada 1880 dan lima tahun kemudian pembinaan menara yang diinspirasi daripada struktur Pagoda di China itu dibina.

Faktor lain ialah menara ini pernah ditenggelami banjir besar pada 1889 dan 1895 selain pernah dibom pada Perang Dunia kedua.




8 comments:

  1. terletak atas tanah gambut... pernah kena banjir... pernah kena bom... dan ianya condong tapi masih kukuh tak tumbang... dan masih boleh dipanjat... hebatnya senibina zaman dahulu... saya kagum... bagaimana agaknya struktur binaan dia...

    ReplyDelete
    Replies

    1. kalau ditengokkan struktur binaannya kayu dan batu-bata jer. senibina dulu memang tahan...

      Delete
  2. saya pun tak penah sampai lagi kat sana. mmg dah lama teringin nak kesana, nak tgk menara condong teluk intan tu

    ReplyDelete
    Replies

    1. semoga dapat berkesempatan ke menara condong teluk intan suatu hari nanti

      Delete
  3. lepaih ni boleh ler kita ke tower of pisa pulok ye...

    ReplyDelete
    Replies

    1. menara pisa boleh naik sampai atas ker? bkn aper asyik tengok bergambar dr bawah jer..heheh

      Delete
  4. haritu ke Ipoh xsempat jalan² sebab kursus..sempat jumpa Imanshah je..hehe

    kalau ambik dr jauh keseluruhan menara tu lagi best, ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ker, turun ipoh x habaq pun..

      ada ambik keseluruhan menara condong, dimuat dalam blog satu lagi http://imejcerita.blogspot.com/2012/10/menara-condong-teluk-intan.html

      Delete